Thursday, 3 July 2008

Barcelona bercerita

22 Jun

Percutian ini disertai oleh 6 orang iaitu saya, azri, pijo, che we, amad dan mate. Kami bertolak ke London kira-kira jam 7 petang dengan menaiki keretapi. Memandangkan penerbangan kami pada awal pagi 23 Jun, kami telah membuat keputusan untuk menghabiskan masa malam di restoran bar Tinsel Town (bukan Actil Town ataupun Tinsleton. hehehe)


23 Jun

Kami menaiki pesawat Ryanair dan tiba di Barcelona kira-kira jam 12 tengahari. Kami menyewa sebuah apartment mewah di La Ramblas. Apartment tersebut memang lawa dan mempunyai 2 bilik, 2 tandas, ruang tamu dan dapur. Kos untuk satu malam ialah 180 euro. Tidak sampai 15 minit selepas kami check in, seorang rakan kami yang berbadan sasa telah mematahkan kepala paip di tandas secara tidak sengaja. Air pun melimpah-limpah dan kami terpaksa menelefon gadis check in. Gadis tersebut pasti pening dengan gelagat kami. Haha. Petang tersebut kami berjalan-jalan di kawasan La Ramblas.

Buat kali pertamanya kami makan paella untuk lunch. Paella memang SODAP. Paella ni macam nasi goreng tapi bukan nasi goreng.

Kemudian, kami singgah di pasar (mercat dalam spanish). Reaksi pertama saya, PEHHHH. Memang kagum. Apa tidaknya, pasar tersebut dipenuhi dengan buah-buahan yang segar-segar, besar-besar, bulat-bulat dan warna-warni. Teknologi pertanian mereka memang jauh lebih maju dari Malaysia. Mereka mampu menghasilkan produk buah-buahan yang besar2. Sebagai contoh, sebiji anggur mereka adalah sebesar ibu jari kaki. Makanan laut seperti lobster, udang, ketam, semuanya besar2 belaka. Tiada yang kecik2. Pasar mereka bagaikan syurga seafood dan buah-buahan. (Tak kurang juga dengan babi-babi gantung yang dah berkulat2. hahaha)

Kami amat beruntung kerana ada pertunjukan bunga api (lebih kurang dengan Guy Fawkes Day) pada malam tersebut. Kebiasaannya, pertunjukan bunga api diadakan di udara dan kita melihat formation bunga api tersebut dari jauh. Namun, pertunjukan bunga api kali ini agak berbeza, ianya dilakukan di darat dan diiringi dengan persembahan drum spanish yang rancak. Pertunjukan tersebut memang menarik. Tidak rugi saya dan rakan-rakan menyelit-nyelit untuk berdiri di barisan paling hadapan. Namun, percikan bunga api telah menyebabkan seluar kami berlubang-lubang dan mempunyai kesan hitam.

Setelah berakhirnya pertunjukan bunga api, kami menuju ke Barceloneta beach. Saya agak terkejut apabila melihat begitu ramai orang di tepi pantai. Suasana di tepi pantai sangat happening. Di sana, ada konsert, pertunjukan bunga api dan lain-lain. Remaja-remaja tempatan pula sibuk bermain mercun dan bunga api. Kami pulang ke apartment kira-kira jam 1 pagi. Pada ketika itu, masih ramai lagi orang berjalan menuju ke arah pantai.



24 Jun

Pagi hari agak sunyi. Mungkin orang ramai masih lagi tidur akibat penat bersuka ria malam semalam. Kedai-kedai juga banyak yang tutup. Mungkin 24 Jun ialah public holiday. Kami pergi melawat Park Guell dan bangunan rekaan arkitek terkenal, Antoni Gaudi iaitu La Sagrada Familia, Casa Milla dan Casa Batllo. Pembinaan Sagrada Familia telahpun bermula sejak 1882 namun, masih belum siap hingga kini. Bangunan tersebut dikatakan tidak akan siap dalam masa 20 tahun lagi. Park Guell merupakan attraction yang paling saya suka. Struktur bangunan dan batuan2 di situ amat menarik dan unik. Disebabkan kawasan tersebut ialah kawasan bukit, kami juga dapat melihat pemandangan hampir kesemua bandar Barcelona dari situ.

Waktu malam pula kami habiskan di dock sambil ambil angin dan memberi ikan makan.

25 Jun

Kami menuju ke stadium Barcelona FC iaitu Camp Nou. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk menampung kira-kira 100,000 penonton (slightly bigger than Old Trafford). Satu fakta mengenai stadium ini yang ramai tidak tahu ialah seat di tier paling bawah dan pitch bola di stadium ini sebenarnya terletak di bawah aras tanah. Sebab itulah, stadium ini kelihatan agak kecil jika dilihat dari luar. Kami juga berpeluang untuk masuk ke dressing room untuk away team, lounge untuk players dan press box yang terletak di tier paling atas. Kami juga berpeluang untuk menyaksikan majlis memperkenalkan kit baru Barcelona yang dirasmikan oleh presidennya, Joan Laporta. Kami mengakhiri tour dengan melawat muzium dan membeli cenderamata di megastore atau butik Barcelona FC.


Kami kemudiannya melawat castle yang terletak di puncak sebuah bukit berhampiran Montjuic. Kami menaiki kereta kabel untuk ke atas dan turun dengan menaiki bas. Pelabuhan, kawasan pantai dan bandar Barcelona dapat dilihat dengan jelas dari castle tersebut.

Waktu petang pula kami habiskan dengan bermandi manda di Barceloneta beach. Beach ini tidaklah sehebat dan sebersih pantai di pulau redang ataupun tioman tetapi cukup untuk melepaskan gian mandi laut. Pengalaman mandi laut di Barcelona amat berbeza. Jangan terkejut sekiranya anda tidak jumpa tempat mandi bilas tertutup mahupun tempat untuk menukar pakaian. KEMUDAHAN TERSEBUT MEMANG TIDAK ADA. Apa yang anda akan jumpa ialah batang paip untuk shower tanpa sebarang dinding ataupun pintu. Anda perlu mandi bilas di shower tersebut dalam KEADAAN TERBUKA. Tempat untuk menukar pakaian pula tidak ada kerana mat salleh memang tidak tukar pakaian apabila mandi laut. Selepas mereka mandi bilas, mereka akan kembali berjemur di bawah matahari sehinggalah pakaian mereka kering. Sekiranya anda ingin mandi laut di negara-negara eropah, anda perlu bersedia untuk adapt dengan cara mereka. Kami bersedia, sebab itulah kami mandi pantai. hahaha.

Satu lagi fakta mengenai mat salleh ialah mereka suka pergi ke pantai pada waktu tengahari atau ketika panas kerana mereka suka berjemur. Lagi tanned warna kulit mereka, lagi cantik pada mereka. Cara orang Malaysia pula berbeza. Kita suka mandi pantai pada waktu petang apabila matahari tidak begitu terik dan cuaca tidak begitu panas. Kalau mandi ketika panas deng deng, alamat hitam lah kulit. Jadi, sekiranya anda ingin dikelilingi oleh crowd (ehem ehem), mandilah pantai ketika matahari betul betul terik. Lagi satu, lagi petang anda mandi, lagi sejuk air laut.


Selepas mandi manda dan ambil angin di tepi pantai, kami makan seafood di salah sebuah restoran di beach tersebut. Sedulang seafood tersebut mengandungi lobster, Norway lobsters, king prawns, mussels (kupang), sea snails, lala dan beberapa lagi seafood yang saya lupa namanya dan tidak pernah jumpa sebelum ini. Sedulang seafood itu adalah untuk 2 orang. Kami ordered 3 dulang dan setiap dulang berharga 52 euro. Pihak restoran ada menyediakan alat2 untuk makan seafood seperti penyungkil dll tetapi kami tidak begitu menggunakannya. Kami makan seperti 'orang melayu'.

Sekiranya anda ingin makan lobster terutamanya bahagian penyepit, ada tricknya. Shells lobster teramatlah keras. Tetapi lobster mempunyai weakness point yang mana sekiranya kita tarik bahagian tu, penyepitnya sangat mudah dipatahkan dan dan isi2nya akan terkeluar terus. Trick ini diberitahu oleh pijo yang pernah makan lobster sebelum ini. Masing-masing berasa sangat puas dengan dinner pada malam tersebut. Walaupun mahal, tapi bukan selalu dapat makan seperti itu. Mungkin itu adalah kali pertama dan terakhir kami makan seafood seperti ini. Pengalaman yang penting. Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa dinner pada malam tu seperti dream comes true. hahaha. WARNING, MAKAN TERLALU BANYAK SEAFOOD AKAN MENYEBABKAN KANDUNGAN IODIN DI BADAN ANDA TINGGI DAN BOLEH MENYEBABKAN GOUT.

26 Jun

Hari terakhir di Barcelona. Kami menghabiskan masa beberapa jam di muzium Picasso. Hasil kerja Picasso dari kecil sehingga tua disusun oleh kurator muzium mengikut tahun lukisan tersebut dihasilkan. Saya begitu kagum dengan hasil kerja Picasso pada awal hingga pertengahan kareernya. Akan tetapi, saya sangat tidak suka hasil kerjanya ketika tua. Hasil kerjanya seakan-akan hasil kerja orang malas yang sudah tidak mempunyai motivasi. Namun, ini dilihat oleh orang2 seni secara positif dengan mengatakan bahawa hasil kerjanya lebih kepada freedom yakni Picasso menghasilkan seni mengikut kehendaknya.

Kemudian, kami menghabiskan sisa2 masa dengan membeli survenior dan makan kus kus (macam nasi tapi bukan nasi) di sebuah restoran halal. Kami juga sempat untuk singgah ke sebuah masjid yang terletak di kawasan tersebut.

Flight kami bertolak balik kira-kira jam 8.20 malam. Disebabkan cuaca buruk, kami terpaksa memakai tali pinggang keledar almost all the time. Pendaratan kapal terbang dilakukan ketika waktu hujan. Setelah pendaratan dilakukan dengan jayanya, penumpang menepuk tangan tanda tahniah kepada pilot atas kecekapannya. Disebabkan hujan lebat, banyak kapal terbang tidak dapat mendarat dan terpaksa berlegar-legar di udara. Oleh sebab itu, banyak pendaratan dilakukan dalam masa yang singkat apabila hujan sedikit reda. Akibatnya, berlaku human congestion di airport. Bayangkanlah, kami terpaksa beratur selama lebih 2 jam untuk sampai ke kaunter imigresen.

27 Jun

Tiba di Sheffield pada pukul 10 pagi.

Percubaan curi

Semasa 4 hari percutian kami di Barcelona, kami diuji dengan tiga kes percubaan untuk mencuri duit. Alhamdulillah, ketiga-tiga percubaan berkenaan gagal. Kesemua kes berlaku di kawasan La Ramblas pada waktu siang. Kes pertama dialami oleh saya pada hari pertama kami di Barcelona. Kes kedua dan ketiga berlaku pada hari terakhir dalam interval kurang 10 minit. Kedua-dua kes tersebut dialami oleh che we.

Kes pertama:

Semasa kami melalui jalan-jalan belakang, ada 2 orang gadis dalam lingkungan 15 tahun datang ke arah kami dan meminta sign satu petition untuk kanak-kanak cacat katanya. Saya pun tulislah maklumat peribadi di kertas tersebut (tulis maklumat tipu sebenarnya. hehehe). Kemudian saya baru sedar bahawa column terakhir pada borang tersebut meminta jumlah wang yang kita nak donate. Aiseh. Ingatkan sign petition je. Saya kemudian mengeluarkan dompet dan ingin mencari duit syiling. Pada ketika itu, gadis itu menolak sedikit kertas petition tu ke arah saya dan melindungi sebahagian dompet saya. Saya pun mengalihkan dompet saya sebab tak boleh nak cari syiling sebab kertas tu ada kat atas. Gadis tu kemudiannya menolak kertas tu lagi. Saya pun berasa pelik. Kemudian, saya rasa ada satu sentakan di dompet saya. Apa lagi, saya pun cepat-cepat menarik dompet saya.

Rupa-rupanya gadis tersebut cuba cover sebahagian daripada dompet saya supaya dia boleh menarik duit kertas dari dompet dari bawah. Saya terus teringat bahawa inilah taktik yang pernah memperdaya seorang rakan saya semasa dia melawat Spain dahulu. Setelah menarik dompet saya, saya terus kata 'Woowooowooowooo'. Gadis itu terus mengangkat kedua belah tangannya. Saya pun terus bagi 30 sen dan beredar dari situ. Seorang pak cik yang terlihat kejadian tersebut menunjukkan isyarat bahawa mereka bukan orang baik. Cis, berani dia nak curi duit aku. Dah la budak kecik.

Alhamdulillah, duit saya selamat. Ketika itu, dompet saya ada 110 euro dan 60 pound. Maklumlah baru withdraw duit di mesin ATM.

Kes kedua:

Kes ini berlaku di stesen metro Drassanes ketika che we sedang melalui barrier tiket untuk keluar dari stesen berkenaan. Ketika melalui barrier tersebut, secara tiba-tiba datang 2 orang (seorang lelaki dan seorang perempuan) menghimpit che we dan kemudian berlalu pergi. Ketika inilah dompet che we dicuri tanpa disedarinya. Mereka begitu pro. Sejurus selepas menyedari kehilangan dompetnya, che we terus berlari mengejar pasangan terbabit. Che we yang sedang panas menjerit kepada lelaki berkenaan, "Give my money back!!!". Menyedari orang ramai melihat kejadian tersebut, pencuri berkenaan akhirnya memulangkan kembali dompet che we. Itupun selepas disuruh oleh rakan perempuannya. Seorang pengawal keselamatan di stesen metro berkenaan turut melihat peristiwa tersebut namun, berdiam diri.

Kes ketiga:

Selepas mendapat kembali dompetnya, che we berjalan bersama pijo di La Ramblas. Kemudian, mereka berdua ditegur oleh seorang mamat.

Mamat: Hey, how are you? Do you like football? I'm from Brazil. Brazil is the best.

Pijo dan che we pun melayan mamat tersebut. Mamat tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia ingin menunjukkan skill bola sepaknya kepada pijo. Mamat tersebut pun menunjukkan skillnya. Dia kemudiannya memegang pijo dan cuba untuk menunjukkan skill tackle. Pijo yang berasa tidak selesa menolak mamat tersebut dengan serta merta.

Setelah ditolak pijo, mamat tersebut mendekati che we dan che we melayan mamat tersebut. Semasa menunjukkan skill bolanya, mamat tersebut sempat memasukkan tangannya kedalam poket seluar che we dan mengambil dompet che we. Namun, che we berjaya memegang tangan mamat tersebut. Pijo pula memegang tangan kiri mamat tersebut. Menyedari mamat tersebut ingin lari bersama dompet che we, pijo memanggil mate yang secara kebetulan berada berhampiran. Menyedari hakikat bahawa dia tidak mampu untuk mengalahkan 3 orang, mamat tersebut akhirnya membaling dompet che we dan berlalu pergi.

2 kes curi dalam masa kurang 10 minit itu telah menghilangkan mood che we. Termasuklah mood makannya. hehe. Che we juga agak menyesal kerana tidak melepaskan sedas tumbukan kepada mamat tersebut sebagai buah tangan.

Saya berharap anda semua terutamanya yang ingin travel mendapat manfaat dari segi informasi dan pengajaran daripada cerita diatas. Sekian, tammat.

Info tambahan:
1- Link untuk apartment yang kami sewa di Barcelona
2- Untuk transport di Barcelona, saya mengesyorkan anda beli tiket T-10 (boleh guna 10 kali dan boleh kongsi).


8 comments:

lad said...

info yang sangat baik man...ada kawan aku hilang kamera and wallet masa kat sana. Mungkin bagi yang berminat ke barcelona boleh jadikan ni sebagai panduan.

[danial][ma] said...

hej! rahman...what a great experience in barcelona...lucky i did not have any bad incidents last time maybe because i was to cautious all the time...however, you gained something at least...:)

Pena Biru said...

neil:

betul. tp tmpt lain mcm madrid, italy pun 2x5, kena hati2 gak sbb member2 aku dh ade yg penah hilang dompet/barang.

pickpocket kt england jarang dengar lak. mungkin sbb kjaan bagi elaun kt org mengganggur kot. org homeless pun ade keje jual 'big issue'.

Pena Biru said...

danial ma

yeah, better to be cautious all the time.

iman said...

what a great experience there...i went to barcelona last spring but did not even visit the beach.Tak sangka meriah camtu skali beach dia.But La Rambla mmg happening.Masa kat Cathedral tu pun ada gak budak2 jahat tu,dorg mmg suke beroperasi kwsn2 pelancongan.Time tu yg kne me and Adibah,dak tu marah giler sbb bagi sikit dia nak Euro25!apakah?

Pena Biru said...

"apakah?" -ini adalah trademark cik faith. haha. mintak 25 euro? mmg mimpilah budak tu. kalo mintak 25 cent buleh la. barceloneta beach tu happening masa summer je rasanya. waktu2 lain, kurang sedikit meriahnya.

Dilla Ahmad said...

Mmg penting kita study dulu sblm pegi tpt2 cam ni... lain pdg lain belalang eh... so far... alhmdulillah masa pegi barc bbrp bln lps...dok plak kt las ramblas tew... nothing bad happenned tp mmg dah beware laa....bc blog2 camni...tq

Dilla Ahmad said...

Mmg penting kita study dulu sblm pegi tpt2 cam ni... lain pdg lain belalang eh... so far... alhmdulillah masa pegi barc bbrp bln lps...dok plak kt las ramblas tew... nothing bad happenned tp mmg dah beware laa....bc blog2 camni...tq