Saturday 14 June 2008

Part 1 - CV

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai interview dan careers. Post ini sepatutnya saya sudah tulis sejak bulan Mac lepas semasa UKEC Careers Fair lagi. Namun, baru sekarang saya mempunyai semangat untuk menulis mengenai perkara ini. Yang baiknya, lebih banyak maklumat boleh saya tulis.

Saya akan menulis dari proses menghasilkan CV, interview, sehinggalah mendapat offer kerja. Semua post berkaitan topik ini akan diletakkan dibawah label "Careers" dan mempunyai tajuk bermula dengan Part X.

CV

Perkara pertama yang perlu kita ada ialah CV ataupun resume. Banyak sumber yang telah saya rujuk semasa menulis CV ini termasuklah CV abang-abang saya, sample di internet dan sample yang diberikan oleh University Careers Service.

Panjang CV haruslah kira-kira dua muka.

Kita boleh dapat banyak ready-made template untuk CV di internet. Nasihat saya, jangan sesekali menggunakan template ini. Buat CV kita sendiri daripada blank paper.

Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan antara CV UK dan CV Malaysia. CV Malaysia selalunya mempunyai gambar dan menamakan 2 referees merupakan satu kemestian. Tapi CV UK tidak mempunyai gambar dan menamakan referees merupakan satu pilihan. Kita boleh tulis "references are available by request". Semasa saya menghadiri CV Workshop yang dianjurkan oleh IET, presenter tersebut menyatakan dengan tegas supaya tidak sesekali meletakkan referees dalam CV. Itu pendapat dia. Sekiranya anda memohon kerja di Malaysia, ada baiknya meletakkan terus nama referees.

CV UK juga tidak menggalakkan kita meletakkan butir-butir yang boleh menyebabkan bias. Contohnya, tarikh lahir atau umur, bangsa dan agama.

Selepas CV anda siap, jangan lupa untuk membuat appointment dengan staff Careers Service supaya mereka dapat check grammar, menilai dan memberi feedback mengenai CV kita.

Sekiranya kita berasa bangga apabila orang membaca CV kita, itu bermakna kita berada dilandasan yang betul.

2 comments:

lad said...

ooo bagus gak kongsi2 pengetahuan buat CV ni..aku baru terfikir pasal "bias" ni,patutla tak berhasil lg! :)

Pena Biru said...

xpe2. pasni bleh update cv lamer