Wednesday 10 November 2010

Puasa 3 hari sebulan

Hadith berkaitan utk puasa 3 hari dalam sebulan seperti dalam mutabaah amal:

"...Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah untuk solat (qiam) serta berpuasalah tiga hari setiap bulan kerana pahalanya dilipatkan sepuluh kali. Jika setiap bulan kamu berpuasa 3 hari, itu seperti berpuasa sepanjang masa"

Riwayat Bukhari dan Muslim

Thursday 4 November 2010

'Kalau' dan 'Sihat tubuh badan'


Artikel ini ditulis hasil inspirasi perbincangan dalam usrah sebentar tadi (credit tu burn, afifi, haikal, akmal dan atiq)...

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, pada kedua2nya ada kebaikan. Berjaga2 lah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata, 'Kalaulah aku lakukan begini, maka sudah pasti lain yang berlaku'. Tetapi katakanlah, 'Itu merupakan takdir  Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya', sesungguhnya 'Kalau' akan membuka pintu amalan syaitan'

(Riwayat Muslim)

Disini saya ingin berkongsi 2 points; pertamanya penggunaan perkataan 'kalau'. 

Sebagaimana yang diterangkan Rasulullah, perkataan 'kalau' akan membuka jalan kepada hasutan syaitan. Ia akan menjadikan seseorang itu resah gelisah, berduka dan tidak redha kepada qada' dan qadar Allah. Seharusnya, kita berfikiran positif kerana sesuatu yang berlaku itu adalah dengan keizinan-Nya. Allah lah yang Maha Bijaksana dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Penggunaan 'kalau' untuk sesuatu yang belum berlaku atau untuk future planning adalah tidak salah sama sekali.

Point ke-2 ialah Allah lebih menyukai dan mencintai mukmin yang kuat dan sihat berbanding mukmin yang lemah. Sebab itulah salah satu daripada muwasafat tarbiah kita ialah untuk membina individu yang memiliki 'kekuatan jasmani' ataupun 'Qawiyyul Jism'. Melalui kekuatan jasmani dan tubuh yang sihat, kita dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang kuat, apalagi berperang di jalan Allah dan bentuk2 perjuangan yang lain. 

Untuk itu, dalam tarbiah, setiap orang dibiasakan untuk menjaga kebersihan badan, pakaian, makan dan minum mengikut sunnah, meninggalkan kebiasaan yang buruk (i.e MEROKOK) atau mengambil makanan2 yang melemahkan tubuh. Selain itu, setiap orang juga dibiasakan untuk menjauhi makanan dan minuman yang diawet, mengatur jadual makan, makan makanan yang seimbang (piramid makanan) dan tidak berlebihan dalam mengambil lemak, garam dan gula (kurangkan soft drinks).
Setiap orang juga dibiasakan untuk mendapat tidur yang cukup, bangun sebelum fajar dan menjadikan bersukan minimum 15 mins sekali dan sebanyak 3 kali seminggu dalam mutabaah amal.

Kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Walaubagaimanapun, sakit adalah lumrah dan wajar diterima dengan hati yang redha.

Wallahua'lam. 

Selamat bersukan,

Pena Biru
11.30pm, 4 Nov 2010