Cerita ini telah disampaikan oleh Zaid semasa sesi usrah yang lalu di rumah Najib.
Disebuah kampung, tinggal seorang tua bersama cucunya yang berumur kira-kira 9 tahun. Orang tua tersebut merupakan seorang yang kuat beribadat. Pada suatu hari, kanak-kanak tersebut berjumpa dengan datuknya.
'Datuk, saya ingin menjadi seperti kamu. Apa yang perlu saya buat?', tanya budak tersebut.
'Kamu baca Quran setiap hari', balas datuknya.
Budak tersebut pun akur dengan saranan datuknya dan membaca al Quran setiap hari. Namun, lama-kelamaan budak tersebut menjadi bosan kerana berasa dia tidak mendapat apa-apa manfaat daripada membaca al-Quran setiap hari. Tambahan pula, dia tidak memahami maksud ayat-ayat yang dibacanya disebabkan umurnya yang terlalu muda.
Budak tersebut kemudiannya berjumpa dengan datuknya.
'Datuk, kenapa kamu menyuruh saya membaca al-Quran setiap hari? Saya rasa saya tidak mendapat apa-apa manfaat dengan membacanya', terang budak tersebut.
Orang tua tersebut kemudiannya mengambil satu bekas arang dan memberikannya kepada cucunya. Bekas arang tersebut kotor, usang dan mempunyai banyak lubang-lubang di tepinya.
'Cucuku, kamu pergi ke sungai, ambil air dengan menggunakan bekas arang ini dan bawa balik ke sini', perintah orang tua itu.
Budak tersebut terus ke sungai dan melakukan arahan datuknya. Namun, apabila sampai dirumah, air di dalam bekas tersebut sudahpun habis kerana tumpah melalui lubang-lubang di bekas arang tersebut. Budak tersebut cuba berkali-kali namun, tetap gagal.
Dia pun lantas berjumpa datuknya dan berkata, 'Datuk, saya tidak dapat membawa balik sebarang air dengan menggunakan bekas arang tersebut'.
Datuknya kemudian menjawab, 'Cuba kamu lihat bekas arang tersebut'.
Apabila melihat bekas arang tersebut, budak tersebut terkejut kerana bekas arang yang pada mulanya kotor dan hitam sudah menjadi bersih.
Datuknya kemudian berkata,' Walaupun kamu tidak berjaya membawa balik air namun, kamu telah membersihkan bekas arang tersebut. Begitu juga dengan membaca al-Quran. Mungkin kita tidak faham atau rasa tidak mendapat apa-apa manfaat dengan membacanya. Tetapi percayalah, membaca al-Quran itu pasti akan memberi kita kebaikan secara kita tidak sedari'.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment