Thursday 29 January 2009

Fellow? Lecturer? RO? RA? Tak faham la

Mungkin ramai dikalangan kita tidak mengetahui perbezaan antara felo penyelidik (Research Fellow or researcher) dengan pensyarah. Felo penyelidik juga berbeza dengan pegawai penyelidik (Research Officer, RO) dan pembantu penyelidik (research assistant, RA). Ramai ahli akademik juga kurang jelas mengenai perkara ini terutamanya ahli akademik dari universiti2 baru.

Felo penyelidik merupakan ahli akademik (academician) sama seperti pensyarah manakala RO dan RA merupakan kumpulan sokongan.

Bagi seorang felo, tugas utama mereka ialah melakukan penyelidikan dan menyelia pelajar postgraduate (MSc by research dan PhD). Pensyarah juga melakukan penyelidikan tetapi kuantiti masa yang diperuntukan untuk penyelidikan adalah kurang berbanding felo kerana mereka mempunyai tugas untuk mengajar.

Kebiasaannya, felo di tempatkan di institut penyelidikan manakala pensyarah di jabatan (department). Institut adalah pusat kecemerlangan bidang tertentu. Oleh itu, skop penyelidikannya adalah fokus dan mendalam. Contohnya, Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) di UKM hanya melakukan penyelidikan dalam bidang tersebut sahaja. Namun, jabatan menjalankan penyelidikan dalam skop yang lebih besar. Contohnya, jabatan elektrik dan elektronik menjalankan penyelidikan dari bidang VLSI, fotonik, power, hingga ke telekomunikasi.

Dari aspek skim gaji, felo penyelidik dan pensyarah adalah sama. Ini bermakna, felo penyelidik juga boleh mendapat gaji profesor.

Graduan berkelulusan sarjana muda akan bermula sebagai felo penyelidik muda/junior research fellow yang setaraf dengan tutor, felo penyelidik/research fellow setaraf pensyarah, felo penyelidik kanan/senior research fellow setaraf profesor madya, felo utama/principal research fellow setaraf profesor. Namun, felo tidak mendapat title 'prof' walaupun berada dalam skim tersebut kerana tidak mengajar.

Dari aspek kenaikan pangkat pula, pensyarah yang mempunyai prestasi cemerlang boleh dilantik menjadi ketua jabatan (head of department), timbalan dekan, dekan, timbalan naib canselor dan akhirnya naib canselor. Felo yang cemerlang pula boleh dilantik menjadi ketua research group, timbalan pengarah, pengarah institut, timbalan naib canselor dan naib canselor. Jawatan pengarah adalah setaraf dengan dekan.

Perkara yang dinilai untuk menentukan prestasi seorang felo penyelidik ialah penerbitan, penyelidikan, penyeliaan (supervision), persidangan, pentadbiran, khidmat masyarakat dan sahsiah. Bagi pensyarah pula, pengajaran dan khidmat pelajar turut dinilai. Namun untuk felo, peratusan markah untuk penyelidikan dan penerbitan adalah lebih tinggi dan kosong untuk pengajaran dan khidmat pelajar

PS: di sesetengah tempat, warden asrama dipanggil felo. Jadi, jangan keliru antara felo penyelidik dan felo.

Thursday 15 January 2009

Rapat Umum untuk GAZA

10 Januari lepas, telah diadakan satu rapat umum untuk Gaza di Stadium Malawati Shah Alam. Majlis tersebut bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat pada pukul 1 tengahari. Kira-kira 10 ribu orang telah hadir.

Majlis tersebut bukanlah bertujuan untuk mengadakan demonstrasi seperti yang diadakan di seluruh negara (dan negara-negara di seluruh dunia) tetapi lebih kepada untuk memberi kesedaran tentang isu Palestin, memberi info, menaikkan semangat kita dan melancarkan tabung untuk membantu rakyat Palestin. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa majlis tersebut ialah ucapan dari wakil UMNO, PAS, PKR, ABIM dan seorang wakil dari Gaza. Pameran juga diadakan.

Sorakan yang banyak dilaungkan pada majlis tersebut ialah, "Khaibar khaibar ya yahud. Jaishu Muhammad sa fa yahud". Siapa yang tahu maksud sorakan ini bolehla letakkan di bahagian komen. Terima kasih.

PS: Saya baru sahaja sedar yang rakyat asing dari Timur Tengah di Selangor sangat ramai.
Replica Bush dan Olmert pada awal pagi


Tumbang selepas dibaling dengan kasut (trend baru. hehe)


Bendera Israel memang layak dijadikan alas untuk berjalan


TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!



Semua tengah khusyuk dengar ucapan

Thursday 8 January 2009

GOTCHA!!!!



I got an email a few days ago from CIMBclicks telling that I got a new message. I clicked at the cimbclicks url and entered my username and passwords to check the message. When I clicked the login button, the same page appeared. At first, I thought I entered the wrong password, so I tried to login again. Still, nothing happened. Then, when I looked at the url of the page, it says "http://thecyberbully.ron8.org/poll/image/index.htm".

SHIT!!! I was tricked. The email was fake. But at that time, they already got my username and password. Thank god I realise that I was tricked straightaway. I quickly logon to my CIMBclicks account (the real one) and it says I got no new message (as expected). It also says that the bank will never contact their customers through email.

Luckily, my money is still there too, untouched. But, in order for them to steal/transfer my money, they also need a TAC code, which means they have to have my mobile phone because the TAC code will be sent to the account holder mobile phone. Quickly, I reset my old password and set a new one. DONE!. Fuhhh....

I used to get several fake emails like that when I use my HSBC account. Usually, I am really careful when it comes to internet banking and I'm aware of this kind of trick. I think I fall into the trap because I'm still new with CIMBclicks, I thought they will send such email and the email was sent to my new email (email given by my employer).

I'm so grateful that CIMBclicks require a TAC code everytime we want to make a transaction. So, knowing password alone won't give any good. Before this, I felt that TAC code is not needed (menyusahkan je) because I'm confident that I can take care of my password. But now, I think TAC code is extremely important, as important as the password.

So, next time, if you got an email from a bank telling bla bla bla, make sure you check the url of the page first before you key in your username and password.

Sunday 4 January 2009

itu ini, sana sini

1. Saya pernah diberitahu oleh kedua-dua ibu bapa saya untuk memperbanyakkan membaca "Allahumma yassir wa la tu'assir" yang bermaksud "Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan". Doa ini boleh di baca di mana sahaja pada bila-bila masa untuk memohon diberi kemudahan dalam apa juga situasi. Menurut kedua ibu bapa saya, jemaah haji selalu mengamalkannya supaya mereka dipermudahkan semasa di Tanah Suci. Saya juga selalu membacanya terutamanya semasa hendak mencari tempat parking kereta. Alhamdulillah, biasanya dipermudahkan.

2. Kadangkala kita risau akan keselamatan rumah kita terutamanya apabila hendak meninggalkannya untuk tempoh yang panjang. Doa yang boleh diamalkan ialah membaca "Ash haduallah ila haillallah" ketika mengunci rumah atau bilik.

3. Aktiviti yang paling banyak ketika cuti sekolah ialah majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan akan terganggu sekiranya hujan. Kebiasaannya, bapa kepada pengantin akan jumpa bomoh hujan atau melakukan amalan tertentu (seperti puasa dll) yang bertujuan untuk menolak hujan. Saya pernah bertanya kepada ayah saya adakah dia akan lakukan perkara yang sama untuk mengelakkan hujan semasa majlis perkahwinan abang saya nanti. Ayah saya jawab, dia akan sembahyang dan doa minta supaya tidak hujan. Itu saja. Mahu atau tidak, kita kena minta supaya tak hujan sebab kalau kita tak minta, kita akan jadi mangsa orang lain. Dengan kata lain, kalau kawasan sekitar kita semuanya guna bomoh hujan, awan-awan mendung tu akan ditolak ke kawasan kita. Jadi, nanti kampung-kampung sebelah semuanya terang benderang, kampung kita sahaja yang hujan lebat. Tapi, kalau guna bomoh hujan pun, kalau mendung tu rata, tetap akan hujan juga. Sebab mendung tu dah tak boleh nak ditolak kemana-mana. Wallahua'lam