Dalam artikel yang lalu, saya telah ditanya oleh seorang rakan mengenai persoalan kenapa kurang kerjasama antara universiti2 di Msia dengan pihak industri.
Memang diakui, kerjasama antara industri di Msia dengan uni2 tempatan amat kurang. Tidak banyak dana2 diberikan oleh industri kepada uni untuk membangunkan sesuatu projek. Senario yang berlaku ini bukanlah disebabkan semata2 oleh kurangnya kualiti dan kepakaran uni di Msia, tetapi lebih kepada nature atau sifat industri di Msia itu sendiri.
Sebagai contoh, Msia merupakan antara negara pengeksport barangan elektronik terbesar di dunia. Company semikonduktor seperti Intel, Motorola (Free Scale), Agilient, Infineon etc semuanya di Msia. Soalan yang timbul, kenapa company2 gergasi ini kurang bekerjasama dgn uni di Msia?
Perlu diingat bahawa di Msia, industri elektronik dan semikonduktor lebih terarah kepada manufacturing dan assembly dan bukannya penyelidikan. RnD yang dilakukan pula hanya merupakan penyelidikan di peringkat akhir. Saya ambil contoh Intel. RnD Intel di Msia lebih kepada semiconductor packaging, testing dan penyelidikan untuk meningkatkan performance peranti (ie lower power consumption, higher efficiency etc). Penyelidikan fundamental iaitu penyelidikan pada transistor level (ie how to shrink the transistor etc) hanya dijalankan dibeberapa negara sahaja seperti US.
Disebabkan industri di Msia lebih fokus kepada manufacturing dan bukannya RnD, maka tidak banyak kerjasama antara industri dan uni. Mereka sendiri boleh menjalankan RnD mereka.
Kebiasaannya (tidak semestinya), sesebuah company itu hanya menjalankan penyelidikan penting dan fundamental di negara asal company itu ditubuhkan. Sekiranya company tersebut berasal dari Jepun, maka penyelidikan yang penting hanya dilakukan di Jepun.
Sebab itulah kerjasama antara industri dan uni di negara2 maju seperti UK banyak kerana majority company2 besar berasal dari sana dan industri mereka fokus kepada penyelidikan bukannya pembuatan.
Selain itu, penyelidikan di uni2 Msia juga lebih cenderung kepada applied research iaitu untuk menghasilkan produk. Apabila sesuatu dana diberikan kerajaan, kerajaan mahu melihat hasilnya dalam bentuk produk. Contohnya, penyelidikan untuk menghasilkan microtransformer. Hasil dalam bentuk teori atau 'on-paper' kurang dihargai. Perkara ini terjadi disebabkan dana penyelidikan yang terhad.
Selalunya, produk yang berjaya dihasilkan akan dipatent dan company2 yang mahu menggunakannya akan membayar royalti kepada universiti (kalau tak silap saya, 30% bayaran royalti diambil uni dan selebihnya diberikan kepada penyelidik/pensyarah yang menghasilkan produk tersebut).
1 comment:
oh ok.thanks a lot for the info.oh maksudnya 70% dapat kat researchersla.kalo cmtu not badla.hehe.
coz tringat if under visual /information engineering kat sheffield yg wat research menda2 brkaitan pattern recognition, derang applykan sume tu utk tolong polis, trace footprint ala2 cm CSI,biometrics n genetics thingy.so rasa sgt mnarik.n kalau kat mesia xpastila sejauh mana application dia.
but kat mesia ade gak collaboration/memorandum dgn MIMOS n UniMap cthnya patternkn MEMs sensors kalo for communication.
Post a Comment