Pada entry kali ini, saya ingin menulis mengenai peranan yang dimainkan oleh Sultan di negara kita. Saya tidak berniat untuk memberi komen ataupun bercerita mengenai politik BN mahupun PR. Saya mulakan dengan kronologi yang berlaku sejak PRU12 yang menampakkan peranan aktif Sultan di negara ini.
1- Sultan Terengganu yang juga YDP Agong menolak MB yang dicalonkan BN iaitu Datuk Idris Jusoh dan melantik Datuk Ahmad Said. BN terpaksa akur.
2- Sultan Perlis juga menolak cadangan BN untuk MB baru iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim. BN juga akur.
3- UMNO memohon kepada Sultan Perak agar UMNO diiktiraf sebagai kerajaan kerana mendapat kerusi paling banyak berbanding mana2 PARTI lain. Sultan Perak menolak permohonan tersebut dan mengiktiraf kerajaan campuran PR. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkeras mahukan MB dari kaum Melayu walaupun DAP mahu mencalonkan YB Ngeh Koo Ham. DAP dilihat lebih layak kerana telah memenangi majoriti kerusi DUN berbanding parti2 dalam PR. Akhirnya, Sultan melantik Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin dari PAS sebagai MB.
4- Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin yang berpelajaran tinggi memberi banyak nasihat, peringatan serta pandangan kepada ahli politik dan rakyat. Saranan2 yang bernas daripada baginda telah menjadikan baginda terkenal, dihormati dan disegani oleh banyak pihak (pembangkang mahupun kerajaan). Raja Dr. Nazrin dijadikan ikon.
5- Kerajaan PR di Perak hilang majoriti apabila 3 orang ADUNnya melompat parti. Datuk Seri Nizar memohon agar Sultan Perak membubarkan DUN. Datuk Seri Najib pula memohon agar Sultan Azlan Shah mengiktiraf kerajaan BN selepas mendapat majoriti. Sultan Azlan Shah yang juga bekas ketua hakim negara memutuskan untuk mengiktiraf kerajaan BN. Datuk Seri Nizar dan exconya diarah oleh Sultan untuk meletakkan jawatan. Sehari/2 hari sebelum keputusan itu dibuat, Raja Nazrin Shah ada membuat kenyataan betapa pentingnya pihak Istana untuk tidak menyebelahi mana2 pihak. Sultan Azlan Shah kemudiannya melantik Datuk Zambry Abdul Kadir dari BN sebagai MB baru.
Disebabkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Sultan, penyokong PR telah membuat rusuhan di hadapan Istana Iskandariah termasuklah menghalang dan membaling batu ke arah sebuah kenderaan diraja. Sultan juga turut dicaci dan dihina dilaman web rasmi Istana Perak.
Walau bagaimanapun, Sultan Perak tidak membuat apa2 kenyataan atau tindakan balas. Menurut pengetahuan saya, Sultan Azlan Shah boleh menghalau individu2 yang dikehendakinya keluar dari negeri Perak dalam jangkamasa yang dikehendaki baginda. Perkara ini pernah dilakukan oleh Ayahanda/Kakanda (tidak pasti yang mana) Sultan Azlan Shah kepada seorang wanita kerana enggan mengahwininya.
Namun, Sultan hanya mendiamkan diri walaupun didesak oleh banyak pihak. Majlis Raja2 juga tidak bersidang untuk membincangkan hal penderhakaan bekas MB Perak dan exco2nya sebagaimana dicadangkan oleh beberapa NGOs.
Adakah tindakan Sultan yang berdiam diri ini menunjukkan bahawa Sultan itu lemah dan tidak mampu untuk berbuat apa2? Saya tidak fikir begitu. Saya percaya Sultan memilih untuk berdiam diri untuk mengelakkan perkara ini daripada bertambah keruh. Inilah tindakan yang dilakukan dengan rasional akal fikiran, kematangan dan bukannya emosi semata2.
Saya juga berasa bersyukur bahawa tidak semua kuasa di negara ini diberikan kepada ahli politik. Kalau tidak, boleh huru-hara negara ini. Kata pemutus yang dimiliki Sultan itu besar kuasanya walaupun secara luarannya kelihatan kecil. Sultan juga mempunyai peranan yang istimewa kerana sifatnya yang neutral.
Dalam kes negeri Perak, perlu diingat bahawa Sultan hanya mempunyai 2 pilihan dan keputusan yang hendak dibuatnya amatlah berat. Tidak kira apapun keputusan baginda, kedua2nya pasti akan mengecewakan salah satu pihak. Bak kata pepatah, telan mati mak, luah mati bapak. Begitulah situasi Sultan pada ketika itu. Saya percaya bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira PELBAGAI aspek, atas dasar rasional dan keputusan itu dibuat oleh seorang yang neutral pada sifatnya.
Keputusan itu pasti mudah dibuat oleh orang kebanyakan seperti kita. Ini kerana kita sudah condong kearah sesebuah pihak. Sekiranya ditanya kepada penyokong PR, pasti dalam 1 saat sahaja mereka akan mengatakan bahawa bubar DUN adalah keputusan yang paling ADIL. Apabila ditanya penyokong BN pula, mereka pasti dalam 1 saat sahaja mereka akan mengatakan iktiraf kerajaan BN adalah paling ADIL.
Janganlah kerana keputusan yang dibuat pemerintah itu tidak menyebelahi kita, kita terus menganggap Sultan tidak adil dan zalim. Adakah kita pasti keputusan yang dibuat oleh kita yang (emosional) dan condong kepada sebelah pihak itu lebih baik dan lebih adil? Apatah lagi mencaci dan merusuh dan membaling batu kearah pemerintah.
Adakah tindakan merusuh itu tanda bahawa mereka (perusuh) itu kuat? Atau berdiam diri Sultan itu tanda baginda lemah? Anda fikirlah sendiri....
4 comments:
Tu la masalah dgn politik. Bila benda tu lebih memberi kelebihan, semuanya puji2 belaka.
Tgk je masa kes Idris Jusoh. BN sampai nak pulaukan majlis angkat sumpah Ahmad Said. Kan tu menderhaka namanya. Cuma BN tak la sampai gunakan perkataan Sultan tak adil, atau yg seumpamanya dgnnya.
Kuasa Raja bukan lagi kuasa eksekutif. Namun kerana menjadi adat Melayu, Sultan masih diberi kuasa dalam hal2 tertentu. Selagi apa yang dibuat mempunyai asas disebaliknya, terima saja keputusan Baginda. Cuba fikir kalau masa PRU12 Sultan Azlan pilih wakil DAP jd Menteri Besar. Dh tentu bertimbun yang mengamuk.
Tapi patut kita contohi Jerman. Patutnya yg melompat parti ni mesti letak jawatan. Sbbnya rakyat pilih diorg atas tiket parti dan individu tu sendiri. Biar rakyat tentukan balik orang yang patut jadi wakil diorg.
Hanya pendapat insan yang neutral
Hmm aku yg kat UK ni pun terasa pening dgn apa yg berlaku di Malaysia.But obviously u know it better.
I think for the next time perlu la buat law supaya siapa yg melompat party ni perlu meletak jawatan.Sbb mmg org pilih atas dasar party jg bkan individu alone.
Tmbh dgn surat perletakan jawatan,kehilangan for days, and tertuduh dgn rasuah sex.
And why by any means,dont they wait until things resolve first?
But then as for me people should respect la Sultan bukan mempergunakan.
[LKoF] betul, setiap parti ada kepentingan masing2. Mereka juga kena terima hakikat bahawa bukan semua keputusan yang dibuat Sultan itu akan sentiasa menyebelahi mereka. bagaimana mereka react dengan keputusan yang tidak menyebelahi mereka itulah yang menunjukkan kematangan dan kerasionalan mereka.
[Iman] law untuk avoid lompat parti mungkin susah nak dilaksanakan sebab kekangan perlembagaan, ie kebebasan berparti dll. perkara ni pernah keluar Buletin Utama.
tapi law untuk avoid lompat parti mungkin boleh dilaksanakan spt kena letak jawatan bila nk lompat. jadi, bila kena letak jawatan, pastilah YB x jd nk lompat. Menurut Tun M, BN dulu dh nk buat dah, tp tak sah secara undang2 pada waktu tu.
utk nk buat changes dari segi undang2 ni, aku rs perkara ni perlu diusulkn, dibincangkn di parlimen dan disokong. tapi aku x rasa kjaan mahupun pembangkang akan usulkn perkara ni diparlimen dlm masa terdekat.
sebab, dulu DSAI (ketua pembangkang) yang beria2 mempromosi dan menyokong lompat parti ni. jadi, xkan dia nk usulkn perkara yg akan memalukan diri dia sendiri.
pihak kerajaan pun mungkin tak akan usulkn perkara yang sama. sebab BN baru sahaja terima 3 org yg lompat parti.
secara keseluruhannya, kedua2 pihak sudah terjebak dlm kes lompat parti ni. jadi, hanya org yg betul2 berprinsip menentang lompat parti ni sahaja yg akan mengusulknnya.
tapi, siapakah mereka dan bila?
Post a Comment