Thursday 29 January 2009

Fellow? Lecturer? RO? RA? Tak faham la

Mungkin ramai dikalangan kita tidak mengetahui perbezaan antara felo penyelidik (Research Fellow or researcher) dengan pensyarah. Felo penyelidik juga berbeza dengan pegawai penyelidik (Research Officer, RO) dan pembantu penyelidik (research assistant, RA). Ramai ahli akademik juga kurang jelas mengenai perkara ini terutamanya ahli akademik dari universiti2 baru.

Felo penyelidik merupakan ahli akademik (academician) sama seperti pensyarah manakala RO dan RA merupakan kumpulan sokongan.

Bagi seorang felo, tugas utama mereka ialah melakukan penyelidikan dan menyelia pelajar postgraduate (MSc by research dan PhD). Pensyarah juga melakukan penyelidikan tetapi kuantiti masa yang diperuntukan untuk penyelidikan adalah kurang berbanding felo kerana mereka mempunyai tugas untuk mengajar.

Kebiasaannya, felo di tempatkan di institut penyelidikan manakala pensyarah di jabatan (department). Institut adalah pusat kecemerlangan bidang tertentu. Oleh itu, skop penyelidikannya adalah fokus dan mendalam. Contohnya, Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) di UKM hanya melakukan penyelidikan dalam bidang tersebut sahaja. Namun, jabatan menjalankan penyelidikan dalam skop yang lebih besar. Contohnya, jabatan elektrik dan elektronik menjalankan penyelidikan dari bidang VLSI, fotonik, power, hingga ke telekomunikasi.

Dari aspek skim gaji, felo penyelidik dan pensyarah adalah sama. Ini bermakna, felo penyelidik juga boleh mendapat gaji profesor.

Graduan berkelulusan sarjana muda akan bermula sebagai felo penyelidik muda/junior research fellow yang setaraf dengan tutor, felo penyelidik/research fellow setaraf pensyarah, felo penyelidik kanan/senior research fellow setaraf profesor madya, felo utama/principal research fellow setaraf profesor. Namun, felo tidak mendapat title 'prof' walaupun berada dalam skim tersebut kerana tidak mengajar.

Dari aspek kenaikan pangkat pula, pensyarah yang mempunyai prestasi cemerlang boleh dilantik menjadi ketua jabatan (head of department), timbalan dekan, dekan, timbalan naib canselor dan akhirnya naib canselor. Felo yang cemerlang pula boleh dilantik menjadi ketua research group, timbalan pengarah, pengarah institut, timbalan naib canselor dan naib canselor. Jawatan pengarah adalah setaraf dengan dekan.

Perkara yang dinilai untuk menentukan prestasi seorang felo penyelidik ialah penerbitan, penyelidikan, penyeliaan (supervision), persidangan, pentadbiran, khidmat masyarakat dan sahsiah. Bagi pensyarah pula, pengajaran dan khidmat pelajar turut dinilai. Namun untuk felo, peratusan markah untuk penyelidikan dan penerbitan adalah lebih tinggi dan kosong untuk pengajaran dan khidmat pelajar

PS: di sesetengah tempat, warden asrama dipanggil felo. Jadi, jangan keliru antara felo penyelidik dan felo.

11 comments:

iman said...

ooo mcm tu...often people think that researcher pangkat dia lagi rendah dr pensyarah.walhal sama je.Even Researcher sebenarnya lg mendalam kajian dia compared to pensyarahkan?hmmm..tetiba kagum dgn Researchers.Plus dah lama tak puas hati dgn those yg mendouble standard kan Researcher dgn Lecturer.But i got no reference/proof to argue back.

Owh bydway kalau kat Malaysia, university mana yg paling mantap dalam research semiconductor?

Pena Biru said...

yg sy cerita tu apply kt Msia. mungkin di UK ada perbezaan sket. Contohnya, RA di UK mestilah someone with PhD qualification. kalau di Msia, RA tu cuma budak yang ada degree sahaja.

so, after this if someone said to u researcher ni pangkat dia lagi rendah dr lecturer, hope u can correct them.

berkenaan soalan research semicon di uni Msia, setahu sy UKM dan USM. bidang semicon ni memerlukan facilities yg byk dan mahal. jd tak semua uni mampu. IMEN di UKM ada facilities yg baik (terbaik di kalangan uni Msia). IMEN merupakan organisasi pertama yang ada MBE. USM baru 2 thn lepas ada. wafer bonder dan double-side mask aligner hanya ada di IMEN (MIMOS pun xde alat ni).

Di USM, semicon bawah Fizik.

nurinkhairi said...

baru tau.
terima kasih kerana berkongsi.

ayasofya said...

haha kenal istilah RA last summer..aah leh jadi RA after degree kt mesia..

anyway uni2 ni byk ke yg wat collaboration dgn syarikat2 komersial luar..xdela just terfikir,kita wat2 research takkan semata2 reseach masuk IEEE journal,bentang2, cne nk applykan dia utk kegunaan awam?kalo uni UK ada yg wat collaboration dgn Roll Royce n etc.malaysia mcm kurang je collabortn dgn company2..

sorila soklan macam xtahu sgt je..

Pena Biru said...

[ayasofya] disebabkan jawapan kepada soalan awk panjang dan mungkin ramai yg ingin tahu, jadi saya bercadang untuk buat satu post khas utk jawab soalan tersebut. nntikan post seterusnya tunggu... =)

Pena Biru said...

[nurin-k] u r welcome =)

Bella Zulkifly said...

masa saya isi borang scholarship jpa hari tu... ada dinyatakan beberapa universiti penyelidikan dalam malaysia-ukm, usm, um dan upm. adakah hanya empat uni ini sahaja dimalaysia yang ada research fellow? jika ya, apa keistimewaannya dan mngapa tdk dwujudkan d uni lain?

p/s-warden asrama sy dulu pun panggil felo gak,, tapi kekal kejap je cuz student dah biasa panggil warden, he2

Pena Biru said...

sy x pasti sama ada wujud ataupun tidak jawatan felo penyelidik di uni penyelidikan lain selain ukm.

jawatan felo penyelidik ini diwujudkan untuk accelerate research progress dan meningkatkan research output di universiti. dulu, apabila uni mengharapkn lecturer sahaja utk menjalankan research, progress agak perlahan dan output research tidak banyak. ini kerana, lecturer ada beban mengajar yang banyak.

jadi, untuk mengatasi masalah ini dan meningkatkan output research, jawatan felo diwujudkan yg sepenuh masa bertugas menjalankan research, tiada beban mengajar.

tidak semua universiti (terutamanya uni baru) mampu untuk mewujudkan jawatan felo penyelidik. ini kerana mereka belum mempunyai bilangan pensyarah yang mencukupi. ataupun, ratio antara pensyarah dan pelajar masih lagi kecil.

sorry for late reply

Amphenous said...

macamana nak apply jawatan felo lect ni?

Anonymous said...

Sy ada apply research fellowship tajaan JPA bersama uni di Malaysia tahun 2021.Tajuk research kena tentukaan sendiri. Harap dpt membantu..

Anonymous said...

Hmmmm, msih rmi yg keliru dgn istilah2 ini