Saya pasti ramai yang terkejut dan hairan apabila mendengar berita mengenai kes rampasan tanah peladang-peladang kecil di Sabah. Berita melaporkan bahawa kes tersebut didalangi oleh seorang ahli politik kanan dan pegawai polis kanan di negeri tersebut.
Mari kita melihat fakta mengenai kes tersebut.
Ladang seluas 787 hektar yang bernilai kira-kira RM 40 juta milik 171 orang peladang kecil di Kampung Tingkayu, Kunak Sabah didakwa telah dirampas. Peladang-peladang tersebut mendakwa bahawa ladang mereka telah dirampas dan mereka tidak dibenarkan memasuki ladang mereka. Seorang pegawai kanan polis negeri Sabah dipercayai terlibat dalam kes rampasan tersebut. Tidak hairanlah tiada sebarang tindakan diambil walaupun sebanyak 40 laporan polis telahpun dibuat dari Januari sehingga Mac mengenai kes terbabit. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada TV3 yang telah membuat liputan mengenai kes ini. Inilah yang kita takut, bila polis sendiri sudah korup. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Menurut siasatan awal, seorang ahli politik kanan di negeri tersebut yang berumur kira-kira 60 tahun turut mendalangi kes terbabit. Dia dikatakan telah mendapat saham dan sejumlah wang dari sebuah syarikat hartanah yang merampas tanah peladang-peladang tersebut. Saya pasti wang sogokan itu berjumlah jutaan ringgit kerana nilai tanah tersebut sudah pun bernilai RM 40 juta.
Kes ini mengingatkan saya dengan kes yang berlaku di negara-negara Afrika lama dahulu. Semasa zaman penjajahan, penjajah yang berkulit putih telah merampas tanah-tanah penduduk pribumi yang berkulit hitam dengan sewenang-wenangnya. Namun, itu berlaku semasa zaman penjajahan.
Saya berasa hairan bagaimana kes seperti ini boleh berlaku di Malaysia. Mereka ingat peladang-peladang di Sabah bodoh-bodoh semuanya ke? Mereka tidak tahu hak mereka? Atau dalang yang merampas tanah itu sebenarnya yang bodoh? Adakah mereka fikir begitu senang mereka boleh merampas tanah orang? Tidakkah mereka sedar bahawa ada lagi orang yang lebih berkuasa daripada mereka yang boleh membongkar tindakan mereka?
Saya sangat tidak sabar untuk melihat perkembangan kes ini. Sekiranya terbukti bahawa memang berlaku rampasan tanah dan ahli politik serta pegawai kanan polis tersebut terbabit dalam kes ini, ini merupakan konspirasi jenayah paling amatur pernah saya lihat. Tidak syak lagi, inilah kantoi of the decade. (Kes kantoi hubungan sulit Dr. Chua Soi Lek jatuh tempat no. 2)
Sekiranya mereka mahu kaya dengan cara menipu sekalipun, biarlah rancangan mereka itu bijak. Ini tidak, mereka seolah-olah menggali kubur sendiri. Penipu sentiasa rasa mereka sudah bijak. Namun, saya percaya penipu tidak pernah bijak dan tiada penipu yang bijak di dunia ini. Wallahua'lam

8 comments:
"Sekiranya mereka mahu kaya dengan cara menipu sekalipun, biarlah rancangan mereka itu bijak."
haha aku suke ayat ni
hahaha
macam reporter la man..macam karam singh walia pun ada hehehe...pendedahan berani oleh man :)
pendedahan berani oleh pena biru. nama glamer aku skang nih. hehe
rajin sungguh ko update blog akhir2 ni..dah habis exam ke?
nyway aah cam reporter..mantap2.hehehe..aku baru tau isu ni bila ko tulis ni...tq2..
tajuk sangat catchy..kantoi of the decade...=p
next paper lamer lg, tu yg rajin update blog skang ni. hehe.
pasni kena jd part time reporter ataupun freelance nih. hehe
a ah blog ni makin best la.haha
cam reporter la En Biru.hehe
More isu menarik esp kat Malaysia , kat Sheffield ke.
News on demand!
tenkiu2. i'll post more news nnti k. after exam la.
Post a Comment