Tuesday, 14 August 2007

Lagi Kemalangan Ngeri Melibatkan Bas


Belum pun reda kepiluan rakyat msia atas kes kematian 5 beranak akibat kebakaran di kluang tempoh hari, kita digemparkan pula dengan berita kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress. kali ini ialah yang terburuk dalam sejarah negara. 20 orang mati manakala 9 yang lain cedera apabila sebuah bas ekspress menjunam ke dalam sebuah parit di KM 229 di lebuh raya utara-selatan di bukit gantang.

Sehingga kini, sudah 82 nyawa terkorban (berdasarkan rentetan yang saya perolehi di bawah) dalam kemalangan melibatkan bas yang kebanyakannya akibat daripada kecuaian pemandu bas seperti hilang kawalan akibat memandu terlalu laju dan tertidur.

Apabila pertama kali saya membaca mengenai berita kemalangan di bukit gantang, saya berasa amat marah sekali. pada pendapat saya, segelintir pemandu bas langsung tidak mempunyai kesedaran. adakah mereka sedar bahawa mereka sedang membawa nyawa para penumpang? beberapa tahun lepas, media ada mendedahkan bahawa sebahagian daripada pemandu bas ekspres memandu laju disebabkan ingin mengejar trip. lagi banyak trip yang mereka perolehi, lagi banyak pendapatan mereka. saya percaya, pihak pengurusan juga bertanggungjawab dalam perkara ini. ingin saya tujukan soalan di sini bahawa adakah nyawa para penumpang sama seperti nyawa trip tambahan, sekadar rm300 atau rm400?

sesetengah pemandu bas pula memandu laju dengan alasan 'habit', darah muda yang sukakan kelajuan dan mereka sudah 'expert' dengan jalan tersebut kerana hampir tiap-tiap hari memandu di laluan yang sama. pada pandangan saya, alasan tersebut langsung tidak memberi 'authority' untuk mereka memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

sekiranya pemandu bas mengantuk, mintalah pembantu pemandu menggantikan tempatnya. sekiranya tiada pembantu, berehatlah sebentar ataupun mengambil makanan yang dapat menghilangkan rasa mengantuk. amatlah tidak berbaloi membahayakan nyawa para penumpang semata-mata disebabkan keengganan pemandu bas berhenti rehat.

saya juga berasa pelik dengan sikap sesetengah pihak pengurusan bas ekspress. sesetengah daripada mereka amat kedekut untuk membelanjakan sebahagian daripada keuntungan syarikat untuk menggantikan bas-bas yang telah usang. penyelengaraaan bas pula amat tidak memuaskan. bukan sekali, tapi banyak kali telah saya naiki bas-bas ekspress yang berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. sebagai contoh, air-cond tidak berfungsi, tempat duduk yang bahagian penyandarnya yang sudah lagi tidak boleh disandar dan macam-macam lagi. apalah salahnya membelanjakan sebahagian keuntungan mereka untuk menjaga kualiti bas. sekiranya bas mereka dalam keadaan yang baik, sudah tentu ia secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai penumpang. bukannya menggunakan taktik menarik penumpang dengan meletakkan gambar bas baru di kaunter masing-masing tetapi pada hakikatnya bas mereka buruk-buruk belaka. saya tidak mahu menyentuh aspek seperti ketepatan masa, taktik kotor mereka dan lain-lain lagi. cukuplah mengenai kualiti bas. saya tidak mahu memberi gambaran bahawa semua pengusaha bas ekspress adalah teruk kerana sebahagian daripada mereka adalah baik dan boleh saya kategorikan sebagai pengusaha bas ekspress sejati.

sebagai contoh, saya cukup kagum dengan syarikat bas ekspress satria yang beroperasi dari kluang ke kuala lumpur. inilah bas ekspress yang sering saya naiki semasa belajar di banting untuk pulang ke kampung halaman. pada ogos 2005 (kali terakhir saya menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan), saya sempat berbual-bual dengan pemandu bas berkenaan. pemandu tersebut berkata kepada saya bahawa bas transnasional (juga beroperasi dari kl ke kluang) yang baru sahaja memotong basnya tadi langsung tidak membawa penumpang. kemudian saya bertanya kepadanya,

"syarikat bas ni selalunya untung ke rugi, pak cik?"
"untung rasanya. kalau tak, macam mana company bas ni boleh beli banyak bas baru,", jawab pemandu tersebut yang sedang memandu salah sebuah bas baru syarikat itu.
"daripada pemerhatian pak cik la, kalau isnin sampai khamis untung sikit je. hari jumaat untung banyak. tapi kalau sabtu dengan ahad, untung lagi la banyak," tambah pemandu tersebut.

rupa-rupanya banyak juga untung syarikat bas ni. namun, masih banyak syarikat bas yang tangkai jering untuk melaburkan sebahagian keuntungan mereka untuk menjaga kualiti bas.

berbalik kepada kes kemalangan melibatkan bas ekspress. sekiranya tindakan untuk mengatasi masalah ini tidak diambil dengan segera oleh pihak kerajaan, para penumpang mungkin akan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan bas. sama seperti kanak-kanak sekolah yang kini enggan meminum susu bantuan kementerian pelajaran.

pada pendapat saya, langkah-langkah pencegahan yang bakal diambil perlu meliputi kesemua aspek yang melibatkan perkhidmatan bas seperti pemandu bas, bas, syarikat bas dan sistem perkhidmatan bas itu sendiri. keempat-empat aspek ini perlu ditangani dengan serentak, bersepadu dan berterusan. mengatasi masalah ini secara berasingan adalah kurang efektif. sebagai contoh, memasang kotak hitam di bas tanpa mendisiplinkan pemandu bas tidak akan mendatangkan hasil yang diinginkan. sistem demerit pernah dilaksanakan, tetapi tidak diselenggara dengan baik dan akhirnya ditamatkan begitu sahaja. adakah apabila kemalangan sudah berlaku, baru semua orang sibuk hendak melaksanakan dan memperbaiki sistem perkhidmatan bas?

bak kata albert einstein, orang yang bijak ialah orang yang dapat menyelesaikan masalah yang berlaku, tetapi orang yang genius ialah orang yang dapat menjangka masalah dan menyelesaikannya sebelum masalah itu berlaku. sama-samalah kita renungkan kata-kata azimat ini.

Berikut ialah rentetan kemalangan ngeri melibatkan bas yang dapat saya kumpulkan:

* 9 Mac 2007 di KUALA KANGSAR:

6 penumpang terbunuh manakala 20 yang lain cedera apabila bas ekspress yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam sebuah gaung di KM 254, lebuh raya utara-selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat sungai perak.

* 30 Julai 2006 di NIBONG TEBAL:

11 penumpang maut, manakala 35 lagi cedera termasuk sembilan parah dalam nahas melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 46 penumpang terbalik sebelum terbabas ke dalam parit di KMr 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Jawi.

* 30 November 2003 di KUALA LIPIS:

Dua buah bas bertembung di Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang menyebabkan 15 penumpang maut, manakala 29 lagi cedera hanya selepas beberapa hari sambutan hari raya Aidilfitri.

* 20 April 2001 di BALING:

13 penumpang termasuk dua kanak-kanak maut apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Batu 7, Jalan Pengkalan Hulu-Baling. Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, bas yang membawa anggota Amanah Ikhtiar Malaysia dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Langkawi.

* 15 Julai 1996 di GENTING HIGHLANDS:

Nahas ngeri ini mengorbankan 17 nyawa dan mencederakan 15 yang lain apabila sebuah bas yang membawa pelancong terbabas dan terjunam ke dalam gaung di KM1 Jalan Genting Highlands.


Sumber: Utusan Malaysia, 13 Ogos 2007

1 comment:

Maizatul said...

awk kene tambah senarai kemalangan awk ni..semalam satu lagi rekod kemalangan membabitkan bas terburuk di negara dipecahkan.27 org maut.mesti awk tau kan...xsabar tunggu 2010 tamat lam 2 bulan ni bnyak sgt bas xciden,.. sad..