Saturday 11 August 2007

Inikah AKHLAK pemimpin kita?



Apabila pertama kali saya melihat video klip rakaman pergaduhan antara ADUN BN dan PAS, saya ketawa sakan. Apa tidaknya, jarang sekali saya melihat orang-orang yang sudah lanjut usianya bergaduh seperti kanak-kanak sehingga mengeluarkan perkataan seperti iblis, syaitan dan babi. Akan tetapi, apabila saya berfikir kembali, saya menjadi berasa malu dengan sikap tidak professional yang ditunjukkan oleh pemimpin kita. Bagaimana orang yang teruk akhlak dan bahasanya boleh dipilih oleh kita untuk menjadi pemimpin negara??? Yang di Pertua Dewan langsung tidak menegur bahasa kesat yang dilontarkan oleh ADUN tersebut. Adakah ini kerana ADUN tersebut daripada pihak kerajaan?

Dengan menjelangnya pilihanraya umum tidak lama lagi, saya menyeru pembaca-pembaca sekalian agar memilih calon-calon yang baik agamanya, rajin bekerja, berilmu, mempunyai visi dan telus. Dengan ini, barulah kita dapat memastikan bahawa calon yang benar-benar layak dan berkaliber sahaja yang akan mentadbir negara kita.

No comments: