Tuesday, 14 August 2007

Lirik - Aku Tanpa Cintamu

Lirik lagu:

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku


Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


lagu dendangan mirwana dan jay jay ini menceritakan mengenai cinta antara manusia dengan Pencipta-Nya.

Apabila membaca rangkap pertama lirik lagu tersebut, saya berasakan bahawa makna yang cuba disampaikan amat releven sekali dengan kita. setiap kali selepas selesai mengerjakan solat, kita selalunya berdoa meminta keampunan daripada Allah atas dosa-dosa kita dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. walau bagaimanapun, kita sering memungkiri janji tersebut dan mengulangi dosa-dosa yang lalu. kemudian, kita bertaubat kembali dan berdoa meminta keampunan daripada Allah.

rangkap kedua pula menceritakan mengenai pergantungan kita terhadap Allah Taala. lirik tersebut menggambarkan kehidupan manusia yang tidak diredhai-Nya seperti layang-layang yang terputus talinya. manusia akan hilang arah tujuan tanpa rahmat dan kasih sayang dari-Nya. sebaliknya, sekiranya kita tidak patuh atau beriman kepada-Nya, Allah tidak sedikit pun terjejas. Malah, kita lah yang berada dalam kerugian kerana tidak berusaha untuk mendapatkan cinta dan rahmat daripada Allah Taala. Kejayaan dan ketenangan yang abadi tidak akan diperolehi tanpa rahmat daripada-Nya.

Oleh itu, sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri supaya kehidupan kita di dunia ini sentiasa diredhai-Nya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


No comments: