Tuesday 10 November 2009

Riwayat Travelmate 291 dan Aspire 5542







The 6 years old laptop; Masih mengancam?

Salam,

Setelah 6 tahun tidak berganti laptop, akhirnya saya pun beli laptop yang baru pada minggu lepas. Laptop lama saya tu, saya guna sejak Disember 2003 semasa saya masih lagi buat program IB di KMB. Saya guna laptop yang sama masa undergrad sampailah tengah buat PhD sekarang ni. Pada waktu tersebut, MARA beri RM5000 untuk beli komputer. Jadi, saya pun belilah laptop tu, Travelmate 291, yang pada ketika itu berharga lebih kurang RM4500. Spec laptop tu masa saya beli;


RAM; 517MB DDR1
HDD; 30 GB
Processor; Intel Centrino 1.4GHz
Connectivity; Infra Red, 3x USB

Masa saya beli tu, Intel baru sahaja launch Intel Centrino yang merupakan processor pertama yang direka khas untuk laptop. Sebelum zaman Centrino, kesemua laptop menggunakan processor desktop ataupun processor M. Disebabkan laptop pada masa tu menggunakan processor desktop, maka energy consumption adalah tinggi dan bateri laptop cepat haus.

Jadi, Intel telah design Centrino ni supaya mempunyai clock speed yang rendah sedikit (1.4GHz) untuk reduce power consumption, tetapi mampu untuk process data in-parallel. Jadi, jumlah data yang dapat diproses dalam satu masa adalah lebih banyak walaupun clock speed rendah sedikit.

Masa tu, laptop Centrino juga merupakan model laptop pertama yang mempunyai features wi-fi dan tidak mempunyai drive untuk disket (orang siap tanya, apsal laptop ko takde drive untuk disket? hehe). Masa tu, boleh dibilang dengan jari berapa ramai orang yang tahu pasal wifi ni. Saya pun tahu pasal wifi ni pasal ada ambil subjek ITGS (Information Technology in Global Society) semasa di kolej. Adalah belajar pasal wifi ni.

Selama 6 tahun menggunakan laptop tu, banyak jugalah yang saya upgrade. In fact, saya dah pernah ganti DVD drive (beli secondhand di ebay pasal kat kedai dah takde jual), tukar HDD kepada 120GB dan upgrade RAM kepada 2GB. Disebabkan laptop ni guna DDR1 yang dah obsolete, harga RAM dia memanglah mahal. Saya beli 1GB DDR1 tu dengan harga GBP45. Disebabkan body bahagian atas dia dah banyak calar2, saya beli laptop cover (gambar spiderman) dan tampal. Baru cantik sikit. Untuk memudahkan saya transfer gambar dari memory card kamera ke laptop, saya pun belilah memory card reader (juga dari ebay). Raya lepas pula, abang saya baru register wireless broadband. Disebabkan nak berwebcam masa raya, saya pun terpaksalah beli webcam (tak pernah berwebcam sebelum ni). Beberapa bulan lepas saya ada browse di ebay untuk beli bateri baru untuk laptop tu. Rupa2nya, masih ada orang jual bateri tu. Brand new tapi from China. Saya target nak guna laptop tu lama lagi, pasal tula beria2 nak upgrade/repair laptop tu. Tapi entah kenapa, tak jadi beli bateri tu.



Bulan lepas, baru saya perasan yang laptop saya ni tak boleh di 'turn on' bila laptop connected dengan power supply. Bila nak turn on, mestilah kena unplug power supply dan turn on laptop dengan power bateri. Lepas Windows dah booting, barulah boleh sambung ke power supply semula. Mula2, saya tak kisah pasal problem ni, pasal laptop tu memang jarang saya 'shut down'. Paling2 pun seminggu sekali hibernate, sebulan sekali shut down. Sampailah satu ketika, saya bawak laptop saya tu ke dapur untuk streaming tengok match bola masa tengah masak. Saya guna laptop tu sampailah bateri habis. Alkisah, bila bateri dah habis, laptop tu tak boleh diturn on. Setelah berusaha bersungguh2, akhirnya laptop tu dapat juga di 'turn on'. Fuhhhh, lega den. haha. Malam tu juga saya browse untuk cari laptop baru dan weekend tu pergi ke PC World. Laptop tu boleh guna lagi, cuma kalau perkara yang sama berulang kembali, habislah fail2, data2, graphs2, journal2, report2, (+movie2, tv series....). Jadi, ada baiknya, untuk selamat, saya pun decide untuk beli laptop baru.

Laptop baru saya jenama Acer juga. Harap2 hayat laptop ni sama panjang dengan hayat abang dia sebelum ni. Saya beli Acer Aspire 5542 dengan harga GBP478. Specs dia;

RAM; 4 GB
HDD; 500 GB
Processor; AMD Turion II X2, 2.2 GHz
OS; Windows 7

Laptop baru ni semua ada, termasuklah bluetooth, built-in webcam, memory card reader dan HDMI port. Dengan adanya semua features ni, menggangurlah webcam serta memory card reader yang baru saya beli tu.

Apa nak buat dengan laptop lama ni? Erm, kalau nak bagi orang, rasa macam dah tak sesuai pasal ada problem dengan power supply. Option pertama, trade-in kat PC World. Sekarang ni PC World ada buat promotion; trade-in old laptop. Boleh dapat up to GBP100. Masa beli laptop hari tu, saya ada beri specs laptop saya dan dia cakap boleh dapat between GBP20-GBP70. Harap2 boleh dapat 70 pounds la. Kalau dapat 20 pounds je, baik tak payah. Harga RAM hari tu beli je dah 45 pounds. Second option, dismantle laptop tu dan jadikan HDD sebagai external HDD. RAM plak boleh jual kat ebay.


The new laptop

The next things to buy/do;
37' LED or LCD TV, Blue ray DVD/PS3 Slim, ambil driving license UK =)

PS: Saya baru je tahu PC World dan Curry's adalah satu company. Curry's dan Dixon juga merupakan satu company. Jadi, PC World, Curry's dan Dixon adalah satu company.

First entri menggunakan laptop baru,


Pena Biru
Sheffield, UK

9 comments:

mawar said...

Setiap benda mempunyai expired datenya. Mcm manusia gak. Sampai masa akan mati. Mana ada yang kekal lama.
Rasanya better buat 2 or 3 copies. Jgn save dalam laptop sahaja. Belilah 2 3 external hard disk. Skrg external hard disk dah murah.
Ada kawan ckp, jgn save dalam C:drive. Save dalam D:drive.
If berlaku apa-apa, documents tak hilang. Ni tak sure kenapa.

nurinkhairi said...

salam,
kenapa sanggup guna yang lama dan sanggup beli macam2 utk upgrade komputer lama? i can actually relate to myself coz for me, selagi boleh guna apa2 barang sendiri, selagi tu la guna dan berusaha supaya dia masih hidup, sampai la mmg dah mati dan tak boleh guna lagi. my laptop was kinda the same story as yours, except mine was infected by virus.
nak tanya, pcworld trade in tu, boleh ke untuk laptop rosak? sebab minggu lepas saya pegi ke complete entertainment exchange (depan tj hughes kat city), dia kata dia cuma trade in laptop yg masih boleh guna. yg rosak dia xnak.

Pena Biru said...

[idzuardi] memang kalau save kt D; lebih selamat. mungkin pasal bila kita buat partition, kom assume ada 2 hard disk berbeza. File2 Windows pulak semua dalam C; Jadi, bila kita format kom, dia akan remove semua file dalam C; lepas tu install balik. Drive D; tak affected. Pasal tula lebih selamat simpan kt D;

Pena Biru said...

[nurinkhairi] style saya, beli barang biar mahal sikit tapi tahan lama. dan bila dah beli tu, pakai sampaila brg tu arwah. In fact, kebanyakkan brg2 sy mostly dah lama2 termasuklah my 3.2Megapixel Nikon digital camera, sandal, jam loceng (sejak form 5) .... I also have a good track records of not losing things.

Value laptop yg kita trade in tu depends on the condition of our laptop. Mula2 dia give value to our laptop depending on specs, then deduct value ikut condition. Kalau keyboard not working, value drop to 0 straightaway. Dia ada 7 or 8 checklist. But in my case, I don't think they can spot the power supply problem at that moment. Kalau dah guna for a while baru boleh spot the problem. But I really don't know what they want to do with the old laptop. Nak bagi dekat orang miskin di africa mungkin.

[danial][ma] said...

hej! pena biru...wow! and for my case, so far i will get the new one after three years...just got my new macbook pro...hehehehe...

Pena Biru said...

[danial ma] every 3 years aa? what did u do with ur old laptops?

[danial][ma] said...

just scrap it...hehehehe...

joegrimjow said...

teknologi ni graph dia exponent

Anonymous said...

kalau yg i tahu, better save kat D. even u bleh wat beberapa partition partition. guna partition magic. so docs penting2 leh simpan dalam 2 lg partition selain C. and u buat guna ghost, untuk back up windows. tetiba windows u kena virus, u tak payah dah risau. guna ghost je. just reinstate mcm awl2. i guna laptop acer, almost 5 years. and baru2 ni office bg laptop baru. so, laptop lama i simpan je. sbb condition laptop lama sgt baik. ;)