Saturday 21 November 2009

Saudara Baru & Birm Mari



Selepas solat Jumaat yang lalu, saya telah menyaksikan syahadah pertama seorang saudara baru kita. Syahadah tersebut dibuat sekali dalam bahasa Arab dan sekali dalam bahasa Inggeris. Laungan takbir bergema sejurus syahadah diucapkan. Beberapa tahun lepas, saya juga telah menyaksikan syahadah pertama seorang saudara baru kita. Sejurus selepas syahadah, seorang brother bangun dan menceritakan bagaimana saudara baru tersebut mengenal Islam. Dia mengenal Islam melalui bekas peninju terkenal Prince Naseem. Saya pasti ramai di kalangan kita kenal akan Prince Naseem. Dulu, beliau tinggal di Sheffield dan selalu bersolat Jumaat di masjid IC. Beberapa tahun yg lepas, Naseem dijatuhi hukuman penjara kerana memandu dgn cuai sehingga melanggar orang. Saudara baru tersebut merupakan cell mate Naseem. Semasa di dalam penjara itulah, Naseem telah banyak bercerita dan mengenalkan Islam kepada dia sehingga dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam setelah keluar daripada penjara.

Minggu lepas pula, saya dan beberapa orang rakan pergi ke Walsall, Birmingham. Semasa kami berada di sebuah masjid, kami didatangi oleh seorang hamba Allah. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Musa, merupakan rakyat Msia tetapi telah menetap di UK berpuluh2 tahun. Berdasarkan rupa paras Musa yang gelap, saya ingatkan dia ni mamak Penang. Rupa2nya agakkan saya salah. Saya amat terkejut apabila dia memberitahu bahawa dia pada asalnya adalah hindu tetapi telah memeluk Islam pada tahun 1995. Dia lahir dan membesar di Msia, tetapi hanya kenal pada Islam selepas datang ke UK. Dia mula tertarik dengan Islam selepas membaca sebuah buku mengenai Nabi Muhammad S.A.W semasa berada dalam flight. Walaupun memeluk Islam ketika usianya telah lanjut, Musa tetap aktif dalam mengerjakan dakwah kepada masyarakat tempatan di Walsall. Beliau, juga terlibat dalam mengasaskan beberapa Islamic centre dan berurusan dengan pihak sekolah yang mempunyai pelajar Islam untuk memastikan mereka diberi ruang untuk bersolat Zuhur dan Asar dan diberi makanan halal.

Terlalu banyak ruang untuk kita berdakwah dan mengajak orang lain kepada kebaikan. Kalau kita yang berilmu, sihat tubuh badan, cukup serba serbi tidak menjalankan tanggungjawab ini, Allah akan gantikan kita dengan orang lain. Maka rugilah kita kerana tidak mengambil peluang yang ada di depan mata.


Menjamu selera bersama Yusuf di Bader Restaurant

Kami juga sempat untuk singgah ke Coventry Road, Birm untuk menjamu selera. Majoriti kedai makan disitu ialah restoran Arab. Kami sempat singgah di 2 kedai, satu ketika perjalanan pergi dan satu semasa perjalanan balik. Saya sempat cuba menu roasted lamb, lamb mandy dan beli ikan bakar untuk dibawa balik ke Sheffield=)

Di sana juga kami terjumpa kedai Viva Palestina yang menjual survenior2 bertemakan Palestin. Interior kedai tersebut amat professional dan moto mereka amat menarik 'where shopping becomes charity'. PIC di dalam kedai tersebut amat peramah dan kami juga di served dengan teh arab. Jadi, sekiranya anda pergi ke Birm, jangan lupa untuk singgah di Coventry road untuk makan dan beli cenderamata di kedai Viva Palestina.


Di hadapan kedai Viva Palestina


Bersama Abdul Hamid Faruki di dalam kedai Viva Palestina

3 comments:

Last Kai Of Sommerlund said...

Alhamdulillah, bertambah lagi saudara baru

Pena Biru said...

alhamdulillah

iman said...

menarik :)