Saturday, 17 October 2009

Ipswich dan Ba Alif Ba Ya




Khamis yang lalu, saya telah pergi ke Ipswich untuk menghadiri ETOE 2 (Extended Temperature Optoelectronics) project meeting. Projek ini melibatkan Uni of Sheffield, Uni of Surrey, Loughborough Surface Analysis (LSA), CIP Technologies, Oclaro (formerly known as Bookham) dan SAFC Hitech. Aim utama projek ini ialah untuk menghasilkan 1.55-1.6um dilute nitride lasers on GaAs and InP substrate. Role Sheffield ialah MBE growth dan fabrication.

Saya pergi bersama Research Associate group kami iaitu Dr. Lionel Tan dengan menaiki kereta. Kami bertolak seawal 6.30am dan perjalanan pergi mengambil masa kira-kira 4 jam.

2 jam pertama di dedicate untuk technical meeting manakala 2 jam seterusnya untuk administration meeting. Environment meeting agak relaks. Setiap companies present progress masing2 untuk 3 bulan yang lepas. Isi kandungan presentation mereka adalah CONFIDENTIAL.

Meeting tersebut tamat kira2 jam 3 petang dan kami sampai ke Sheffield pada pukul 7.15pm. Selepas itu, saya terus ke masjid IC untuk hadiri iftar. Ingatkan tak sempat nak join iftar, tapi Alhamdulillah, sampai Sheffield awal.

Semasa on the way ke Ipswich, saya nampak something interesting. Dah lama saya cari tempat ni, tapi tak jumpa2. Sebenarnya, tempat yang saya maksudkan ialah pig farm. haha. Itulah kali pertama saya nampak pig farm di UK. Pig farm tu terletak di tepi highway kira2 40 min dari Ipswich. Seperti sedia maklum, di Msia, khususnya Melaka dan Selangor pernah kecoh pasal pig farm ni. Melaka dok sibuk nak tutup pig farm dan Selangor pulak sibuk nak bukak pig farm yang kononnya berteknologi tinggi. Sekarang ni tak tahulah apa status pig farm berteknologi tinggi kt S'gor tu.

Isu utama yang sering berkait rapat dgn pig farm ialah isu kebersihan, bau etc..... Saya pernah berborak dgn kawan2 pasal isu ni. Saya kata, 'selama kat UK ni, tak pernah pulak aku dengar pasal isu babi ni. Padahal sepatutnya kat sini ada lagi banyak babi'. Kawan saya pun jawab, 'kat UK pun mesti ada isu ni. Tapi mungkin isu babi ni dah diorang alami 20 tahun lepas. Sebab tu la sekarang ni tak ada isu pasal pig farm'.

Sebab itulah saya beria2 nak tengok berapa canggih pig farm kt UK ni sampai tak timbul isu kebersihan etc.

Daripada observations saya, cara mereka bela babi di sini lebih kurang saja dengan cara mereka bela kambing. Babi2 tersebut dibiar bebas di atas padang. Tapi setiap lebih kurang 5 meter, ada dibina shelter2 untuk babi2 tersebut. Sekali pandang, saya tak nampak pun apa yang boleh dikatakan teknologi tinggi. Babi2 tu mestilah berak dan kencing kat padang tu juga. Tapi tak tahulah kalau kt bawah tanah, ada special piping supaya air kencing babi tu boleh dialirkan secara sistematik. haha.

Daripada apa yang saya lihat, babi2 di msia pula sentiasa dikurung dalam kandang. Itulah tempat dia makan, itulah tempat dia berak, kencing, mengawan dll. Manalah diorg tak stress. hehe.

PS; babi meragut rumput macam kambing jugak ke?

5 comments:

[danial][ma] said...

hej! the pig farm that you saw is a free range pig farm but there are pig farms in UK that still use the cage method/small compartment for a few pigs and they are kept in barns...

nurinkhairi said...

curious jap. tengok dari kereta semasa bergerak ke? coz the way you relate it seemed that you could see quite some view, besar ke ladang itu..

Pena Biru said...

[danial ma] ok. thanks for the info

[nurinkhairi] aah, tgk dari dlm kereta masa bergerak. pig farm tu mmg besar.

mawar said...

Kat melaka, if i've not mistaken, diorang ternak kat paya mengkuang. Paya mengkuang terletak antara londang dan kuala sgi baru. Pergh, bau dia masya'Allah!!
Tapi tak tahulah mcmana masyarakat kat situ boleh hidup. Dah lali kot.

blurenciel said...

babi diorg boleh cari kulat truffle..so jgn la ngada2 nk mkn kulat truffle yer..