Sudah lama saya tidak menulis. Semenjak dua menjak ni, saya amat sibuk. Dari pagi hinggalah ke malam. Rasa2nya, saya tak dapat lagi menulis entri 3 kali sebulan seperti sebelum ini. Selepas ini, mungkin hanya sebulan sekali, tapi saya akan cuba untuk menjadikan setiap entri itu kompak dan bermanfaat.
Banyak perkara telah saya pelajari dalam beberapa bulan yang lalu. Saya juga telah jumpa berbagai2 jenis manusia yang sebelum ini saya memang tak pernah jumpa. Saya telah jumpa manusia lalang. Lalang dalam erti kata tidak mempunyai pendirian serta mudah dipengaruhi dan diperguna oleh orang lain. Saya juga telah jumpa orang yang suka memburukkan orang lain.
Jika suatu hari nanti anda diburuk2kan oleh orang lain, ingatlah pada akhlak Rasulullah SAW yang cantik. Semasa hidupnya, Rasulullah pernah dibaling dengan batu dan dilontar dengan najis oleh seorang kafir quraisy. Namun, Nabi tidak pernah membalasnya dengan melontar kembali batu dan najis tersebut. Even, apabila orang yang melontar batu dan najis tersebut sakit, Nabi pergi melawat orang tersebut. Begitu cantik akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi. Ingatlah, apabila kita dibaling dengan batu oleh orang lain, pulangkan balik dengan buah2 yang manis. That's the spirit.
Pada saya, hidup kita ni panjang. Fikir untuk masa hadapan. Mungkin orang yang kita cerca, aniaya mahupun buli pada waktu sekarang adalah orang yang lekeh ataupun junior yang blur2. Tapi, tidak mustahil dalam 10 atau 15 tahun akan datang, orang yang kita perlekeh itulah majikan kita. Itulah bos kita. Kes seperti ini telah banyak berlaku. Tidak mustahil juga orang yang kita cerca pada masa sekarang akan menjadi jiran kita di masa hadapan. Jiran yang merupakan tempat pertama kita meminta pertolongan apabila dilanda kesusahan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada 3 Syawal yang lepas, isteri kepada abang saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aufa Irdina. Anak sedara saya yang pertama. Sekali pandang, nama tersebut seperti nama melayu moden, tapi sebenarnya itu adalah nama dalam bahasa arab. Menurut abg saya, aufa bermaksud yang setia dan irdina = kesucian. Walaupun dua perkataan tu macam tak match bila digabungkan, tapi tak kisahlah, asalkan maksudnya baik. Menurut rakan saya yang terer arab, orang arab memang pelik dengan nama orang Malaysia. Contohnya, nama saiful. saiful diambil dari perkataan arab iaitu saif = pedang. Jadi, nama yang betul ialah saif. sekiranya nak tambah ul, i.e saiful, hendaklah disambung dengan sesuatu. Kalau tidak, perkataan tersebut jadi tergantung. Contoh yang betul, saiful islam = pedang islam, saifuddin = pedang agama. Sama juga dengan perkataan bait=rumah. kalau kita jadikan baitul, kita kena sambung. contohnya, baitul mal, baitul muslim = rumah muslim.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aidilfitri di Sheffield pada tahun ini memang meriah. Inilah kali pertama saya banyak hadiri open house. Sebelum2 ni, lepas sembahyang hari raya, saya terus balik ke rumah. Open house pun hanya 2 atau 3 sepanjang Syawal. Mungkin sebab sekarang saya dah bercampur dengan komuniti postgrad, jadi banyaklah undangan2 open house ni. Masa 1 Syawal je, saya dah datang 4 open house. Minggu ke-2, satu open hall dan 5 open house. Minggu ke-3 ni, ada satu open hall dan 3 open house. Minggu ke-4 ada lagi beberapa. Tak tahulah mampu ke tak saya cover semua sekali.
Ha, malam hari raya ataupun eid eve dalam bahasa omputihnya, saya join takbir dari rumah ke rumah. Malam tu adela 13 buah rumah kitorang cover. Rumah terakhir habis pukul 2 pagi. Tapi saya pukul 12.30 mlm dah balik dah. Pasal perut pun dah kenyang dan rumah yang belakang2 tu pun jauh2.
Salam Aidilfitri,
Pena biru
6 comments:
ait, lm tak update... so sempoi entri anda kali ni... santai gitu ;)
Selamat Hari Raya. And congrats sbb akhirnya dh jadi pakcik.....ingat2 la diri tu dh tua. hehehe
Selamat Hari Raya. korg buat konvo raya tk?
ps: umur KITA memang dah semakin lanjut. hehe
Konvo raye? Majlis makan hari raye ade la.....meh la mkn. IMEN aku x sure buat ke x.
Adoi......dh lanjut rupenye aku ni. Ingatkan muda remaja lagi. hahahaha
sy stuju sgt bila baca pasal ragam manusia tuh..sy pun,hampir 2 tahun bekerja,mcm2 prangai org kita jumpa..tp,mudah2an Allah je la yg Maha Melindungi..keji,umpat,cerca tuh,biasa da la kena..tp,Alhamdulillah,tu smua buat kan sy jd lebih kuat..sy percaya hidup ni ada hukum karma..what u give,u get back,i'Allah..kn?
p/s: pak usu la ye?hihi
'Aidilfitri di Sheffield pada tahun ini memang meriah'
mmg salu meriah pun..bgusla dah makin bercampur dgn org...hehehe
bertuah jgkla ko dtg blk sheffield...
dpt rasa raya yg meriah tu..kalo tak rugilaaa dok lama kt sheffield
Post a Comment