Sunday 29 March 2009

Duit di mana kau duit

Saya kini berada di dalam Business Class Lounge di Heathrow Airport London (hehehe, jangan jeles arr. Ni dah kali ke 3). Saya tiba di London pada pukul 5.30 am dan sedang menunggu flight ke Manchester pada pukul 11.30 am. Memandangkan waktu transit yang lama, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menulis mengenai DUIT.

Duit juga merupakan perkara yang sedang membelenggu saya pada ketika ini. Kini, saya sudahpun tiba di UK, namun duit yang saya pindahkan dari akaun Malaysia ke akaun UK belum lagi diterima. Kebiasaannya, pemindahan duit akan mengambil masa selama 3 hari bekerja, namun kini 4 hari sudahpun berlalu dan duit yang saya pindahkan belum lagi diterima.

Kini, saya hanya berbekalkan GBP 200 sahaja untuk memulakan hidup di UK. Apabila tiba di Sheffield nanti, pelbagai barangan hendak dibeli dan pastinya memerlukan wang. Bagaimana hendak membayar sewa dan deposit rumah? Nampaknya, kenalah minta penangguhan bayaran daripada landlord sehinggalah duit tersebut saya terima. Nak shopping barang2 duty free di airport? Lupakanlah.

Selagi duit tersebut tidak diterima, selagi itulah hidup saya tak tenang. Mudah-mudahan tiada masalah dalam pemindahan wang tersebut. Amin.

Saya juga ingin berkongsi sebuah cerita mengenai sebuah keluarga berpendapatan rendah yang saya kenali. Pada waktu pagi, si suami bekerja sebagai pembantu di pasar dengan bayaran RM 15 sehari. Pada waktu petang pula, si suami menjual kuih muih di tepi jalan. Untungnya saya tidak pasti tapi tidaklah banyak. Namun, baru2 ini beliau telah berhenti menjual kuih kerana tak laku. Tak laku bukan kerana kuih tak sedap (kuih yang dijualnya memang sedap, saya dah banyak kali cuba) tapi mungkin disebabkan kemelesetan ekonomi menyebabkan orang kurang membeli makanan diluar. Majoriti penduduk di situ ialah pekerja kilang dan peladang dan kawasan tersebut merupakan kawasan pedalaman.

Kini, si suami bekerja memotong rumput pada waktu petang. Upahnya pula RM 15 untuk satu lorong (potong rumput bawah subcon majlis bandaran). Sekiranya cuaca baik, dapatlah cover dua lorong (RM 30), tapi kalau hujan atau ada masalah, dapatlah selorong atau tiada langsung. Bayarannya pula hanya akan diperolehi selepas subcon menerima bayaran daripada majlis bandaran. Buatnya subcon lari lepas dapat payment ataupun maincon tak bayar pada subcon lepas dapat payment? Perkara ini bukannya jarang2 berlaku. Selalu.

Anda kiralah sendiri pendapatannya sebulan dan dengan jumlah tersebut, bagaimana si suami hendak menyara 4 orang ahli keluarga. Saya juga selalu melihat si suami memakai baju yang lusuh dan berlubang2. Keadaan keluarga tersebut bukanlah daif seperti yang kita boleh lihat dalam rancangan ‘Bersamamu’ namun, keadaan itu sudah cukup memberi kesedihan dan keinsafan kepada saya. I wish I could help them.

Kadang2 untuk mengubah nasib sesebuah keluarga miskin itu, mereka perlu berhijrah. Seperti kes keluarga diatas, beliau berhenti berniaga disebabkan tidak laku namun, sekiranya mereka berhijrah ke bandar, market adalah lebih besar dan dengan kuih sesedap itu, beliau mampu untuk mendapat untung yang besar. Sudah banyak kali saya mencuba kuih yang sama di bangi, kajang, tapi semuanya tidak sesedap kuih si suami tadi.

Jadi, adakah duit itu penting? Tentu sekali. Tanpa duit, kita akan stress. Jadi, carilah duit dengan bijak untuk mengelakkan daripada unnecessary stress. Dalam Islam juga, kita disuruh mencari kekayaan kerana kepapaan akan mendekatkan kita pada kekufuran.

8 comments:

Bella Zulkifly said...

sheffield? moving?
to answer ur question-i got 8A1,1B

Pena Biru said...

alhamdulillah, duit tersebut telahpun diterima

Anonymous said...

Rahman,further phd kt sheffield ke??
-aishah-

Pena Biru said...

aah. baru je sampai sini a few days ago

@rep said...

duit ckp dia ada kat bank.. silalah ke sana..

:)

@rep said...

btw business class lounge di heathrow biasa2 jer.. KLIA lagi best..sebabnya..makanan x sedap...

Anonymous said...

ic..gudluck eh,dr.rahman!=)

Anonymous said...

yup..sy setuju..