Wednesday 8 April 2009

Superman, Smallville and Jewish


Saya baru sahaja selesai menonton siri terbaru Smallville, episod 18 musim ke-8. Saya telah mengikuti siri ini sejak musim ke 4 lagi dan tidak pernah tertinggal walaupun satu episod. Dalam beberapa episod lepas, Clark Kent ada berjumpa dengan 'The Legion' yang datang dari abad ke-31. Mereka memberitahu bahawa pada masa hadapan, Clark Kent aka Superman adalah lagenda yang di kenali di seluruh pelusuk galaksi kerana beliaulah yang telah membuatkan manusia belajar untuk menerima 'alien' immigrant' atau makhluk asing pendatang dengan hati terbuka. Begitu hebat sekali kisah hidup Clark Kent.

Tidak lama yang lalu, semasa di Malaysia, saya ada terbaca sebuah artikel di akhbar yang ditulis oleh Datuk Johan Jaafar mengenai bagaimana Yahudi memperluaskan pengaruh mereka melalui watak superhero. Beliau mengambil contoh, Superman.

Superman adalah watak yang direka oleh 2 orang muda berbangsa Yahudi. Pada ketika itu (Perang Dunia pertama), kaum Yahudi sedang ditindas dan watak superhero Superman dicipta untuk menjadi sumber inspirasi kepada kaum mereka.

Dalam kisah Superman, demi menyelamatkan Clark Kent yang ketika itu masih bayi, ibu bapa kandungnya telah meletakkan dia ke dalam sebuah kapsul dan di lepaskan ke bumi sebelum Planet Krypton musnah. Kemudian terdamparlah Clark di bumi sebelum di jumpai dan dibela oleh Jonathan dan Martha Kent. Sebenarnya, kisah tersebut diadaptasi daripada kisah Nabi Musa yang dimasukkan ke dalam bakul dan dihanyutkan ke sungai.

Dalam kisah Superman juga, Clark adalah makhluk asing dari Krypton yang tinggal di bumi. Begitu jugalah keadaan kaum Yahudi yang merasakan diri mereka begitu asing ketika mula-mula tiba di US.

Nama sebenar Clark ialah Kal-el, bapanya Jor-el etc.... Semua nama watak-watak ini adalah nama-nama tuhan mereka.

Selain daripada Superman, banyak lagi watak-watak superhero yang terkenal di seluruh dunia adalah hasil ciptaan orang Yahudi. Setiap satunya mempunyai maksud yang tersirat yang ingin di sampaikan oleh mereka.

PS: untuk maklumat tambahan, boleh Google sendiri. Saya tidak punyai banyak masa untuk google dan hanya tulis apa yang saya ingat.


4 comments:

Last Kai Of Sommerlund said...

Pergh......tatau pulak aku. Thanks Blue Pen atas info ni. Lepas ni aku kene boikot Superman la kan?

Pena Biru said...

aku still layan jek smallville tu. haha. cuma kalu diorg buat movie aku x pegi la cinema tgk cerita tu.

Bella Zulkifly said...

adakah mereka menerapkan pengaruh yahudi melalui watak superhero untuk menyebarkan idea atau memberitahu bahawa mereka golongan yg hebat(simbolik kpd watak superhero)?

Pena Biru said...

sy rasa salah satu daripada matlamat mereka ialah mereka mahu kita terdedah dengan ajaran dan fahaman mereka. orang dulu2 kuat beragama, jadi banyak perkara yg mereka lakukan sebenarnya berpandukan kepada agama mereka.

mereka juga percaya bahawa menyebarkan agama adalah sesuatu yg terpuji.

artis2 eropah zaman dulu2 pun sama, kebanyakkan lukisan dan hasil seni mereka mengenai jesus, marry etc.

sbb itulah, mereka mahu memasukkan elemen2 agama, kepercayaan dan fahaman mereka dalam karya2 mereka.

mungkin lari topik sket. hehe