Friday, 13 March 2009

Spa Underground???

Minggu lalu, saya telah menghadiri satu seminar yang di adakan di sebuah hotel terkemuka (5*) di sebuah negeri di semenanjung Malaysia. Seminar tersebut bermula pada hari Jumaat dan tamat pada hari Ahad.

Kali ini, saya bukan mahu bercerita mengenai input dan output seminar tersebut, tetapi perkara lain yang berlaku semasa saya menginap di hotel itu.

Satu petang, semasa berada di kolam renang hotel, rakan (R) saya ternampak sebuah bangunan kecil bersebelahan kolam tersebut dan bertanya kepada penjaga kolam (PK),

R1: bang, bangunan apa tu?
PK: itu spa hotel.
R2: oo, spa rupanya. Ni spa ‘betul’ la nih, bukan underground punya? (saja2 nak buat lawak)
PK: Uih, ni spa ‘betul’. Yang underground punya kat tempat parking B2 tu. (jawab PK tu dengan bersemangatnya)

Hah? Ada spa underground? Kena siasat ni. Tanpa membuang masa, mereka pun turun ke B2. Di kawasan parking tersebut ada signboard dan direction ‘SPA’. Memang betul, ada spa di situ. Ada seorang perempuan cina yang merupakan receptionist duduk di meja hadapan. Melihat kedatangan rakan2 saya, perempuan tersebut pun menghubungi seseorang dengan menggunakan walkie talkienya.

Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki cina menyapa dan menerangkan perkhidmatan2 yang ditawarkan mereka. Seperti yang dijangka, mereka hanya menggunakan ‘SPA’ untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka sebenarnya menyediakan khidmat pelacuran. Pelacur daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, warga asing, semuanya ada dan bermula daripada harga RM 180. Spa underground mereka juga mempunyai extension telefon hotel (intercom). Pelanggan boleh menelefon mereka menggunakan extension tersebut daripada telefon di bilik hotel dan pelacur yang dipilih akan datang terus ke bilik hotel pelanggan.

Ini menunjukkan bahawa kegiatan pelacuran tersebut diketahui oleh pihak pengurusan hotel kerana ‘spa’ mereka mempunyai extension telefon hotel. Jika tidak, masakan mereka boleh mempunyai extension sendiri. Saya pasti mereka sudah kautim dengan bos hotel berkenaan untuk beroperasi di situ. Mungkin mereka membayar sejumlah wang setiap bulan kepada pengurusan hotel. Lagipun, hotel berkenaan sudah pun mempunyai spa yang official dan legal di sebelah kolam renang. Tiada keperluan untuk mempunyai spa ke-2.

Bak kata rakan saya, ‘sebelah sarang pelacuran, sebelah rumah Menteri Besar’ (rumah MB negeri tu memang sebelah hotel tu).

Keesokan harinya, saya terbaca di Harian Metro mengenai laporan kegiatan pelacuran kelas atasan di sebuah hotel 3* di Lembah Klang yang menggunakan nama artis untuk cover operasi mereka. Kali ini, saya tidak terkejut kerana saya telah menyaksikan perkara yang sama berlaku di hadapan mata saya. Perkara ini memang berlaku. Itulah realitinya

3 comments:

Anonymous said...

Hahaha aku rasa aku tau kat mana hotel ni, & kalau betul, aku sahkan hotel tu ada that kind of service. heh

Pena Biru said...

aku rs tekaanmu benar belaka. hahahaha.

Bella Zulkifly said...

sebut pasal pelacuran, written somewhere i read(dewan masyarakat i guess), ada sebahagian pelacur yg dipaksa melacur-gadis2 diculik dari merata tempat(di malaysia pun ada) dan djadikan pelacur. pihak yg terlibat dgn aktiviti ini rupa2nya pihak yg mendalangi kegiatan penyeludupan manusia. ada antara gadis2 tersebut akan diseludup ke thailand dan negara2 lain utk djadikan pelacur disana. kalau nasib mereka baik, dalam proses penyeludupan trsebut, pihak berkuasa datang menyerbu, maka mereka akan diselamatkan, kalau tak, bertambah gelapla masa depan mereka, how pity...