Sunday 4 January 2009

itu ini, sana sini

1. Saya pernah diberitahu oleh kedua-dua ibu bapa saya untuk memperbanyakkan membaca "Allahumma yassir wa la tu'assir" yang bermaksud "Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan". Doa ini boleh di baca di mana sahaja pada bila-bila masa untuk memohon diberi kemudahan dalam apa juga situasi. Menurut kedua ibu bapa saya, jemaah haji selalu mengamalkannya supaya mereka dipermudahkan semasa di Tanah Suci. Saya juga selalu membacanya terutamanya semasa hendak mencari tempat parking kereta. Alhamdulillah, biasanya dipermudahkan.

2. Kadangkala kita risau akan keselamatan rumah kita terutamanya apabila hendak meninggalkannya untuk tempoh yang panjang. Doa yang boleh diamalkan ialah membaca "Ash haduallah ila haillallah" ketika mengunci rumah atau bilik.

3. Aktiviti yang paling banyak ketika cuti sekolah ialah majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan akan terganggu sekiranya hujan. Kebiasaannya, bapa kepada pengantin akan jumpa bomoh hujan atau melakukan amalan tertentu (seperti puasa dll) yang bertujuan untuk menolak hujan. Saya pernah bertanya kepada ayah saya adakah dia akan lakukan perkara yang sama untuk mengelakkan hujan semasa majlis perkahwinan abang saya nanti. Ayah saya jawab, dia akan sembahyang dan doa minta supaya tidak hujan. Itu saja. Mahu atau tidak, kita kena minta supaya tak hujan sebab kalau kita tak minta, kita akan jadi mangsa orang lain. Dengan kata lain, kalau kawasan sekitar kita semuanya guna bomoh hujan, awan-awan mendung tu akan ditolak ke kawasan kita. Jadi, nanti kampung-kampung sebelah semuanya terang benderang, kampung kita sahaja yang hujan lebat. Tapi, kalau guna bomoh hujan pun, kalau mendung tu rata, tetap akan hujan juga. Sebab mendung tu dah tak boleh nak ditolak kemana-mana. Wallahua'lam

No comments: