Monday, 25 February 2008

Suka Duka Bola Sepak Inggeris




Minggu ini sahaja, terdapat banyak suka duka yang berlaku dalam dunia bola sepak Inggeris. Manisnya kerana kejayaan Man Utd mengalahkan Newcastle Utd 5-1 dan seri 1-1 dengan Lyon di tempat lawan.

Spurs pula berjaya mengalahkan Chelsea dan seterusnya dinobatkan sebagai juara Carling Cup 2008. Seingat saya, Chelsea sudah memenangi Carling Cup sebanyak 2 tahun berturut-turut sebelum ini. Perlawanan akhir Carling Cup ini adalah perlawanan yang sangat penting bagi kedua-dua pengurus pasukan iaitu Ramos dan Avram Grant kerana ianya merupakan peluang bagi mereka untuk menjulang piala pertama sejak menjadi pengurus di kelab masing-masing. Namun, Grant masih lagi mempunyai peluang untuk menjulang piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah (yang kemungkinan besar bakal dimenangi Man Utd, hehe) pada akhir musim ini.

Duka pula apabila mengenangkan nasib Eduardo yang ditackle keras oleh Taylor. Akibatnya, Eduardo patah di buku lali dan terpaksa dikejarkan terus ke hospital. Tackle tersebut merupakan tackle paling teruk pernah saya saksikan. Pada tahun lepas pula, pemain muda Arsenal iaitu Abou Diaby juga menerima nasib yang sama dan patah kaki apabila ditackle.

Saya percaya bahawa insiden tersebut merupakan satu kemalangan dan Taylor langsung tidak mempunyai niat untuk mematahkan kaki Eduardo. Inilah yang dikatakan 'malang tidak berbau'. Hendak tak hendak, kecederaan ringan mahupun berat merupakan lumrah yang perlu diterima oleh setiap pemain. Saya tidak dapat bayangkan sekiranya Cristiano Ronaldo ditackle seperti itu pada masa depan.

Saya agak terkilan apabila terbaca artikel di Utusan Malaysia mengenai insiden kecederaan tersebut. Artikel tersebut menyatakan bahawa kecederaan Eduardo pasti disambut gembira oleh Man Utd. Apa yang wartawan tersebut fikirkan??? Sebagai salah seorang penyokong 'hardcore' Man Utd, saya tidak sedikitpun berasa gembira atas insiden tersebut. Sepatutnya kita berasa simpati terhadap Eduardo atas kemalangan yang dialaminya, bukan bergembira, walaupun ini secara tidak langsung akan memudahkan Man Utd untuk memintas kedudukan Arsenal di Liga Inggeris. Saya berasa adalah tidak betul sekiranya kita bergembira atas kemalangan tersebut.

Diharapkan Eduardo akan lekas sembuh supaya dapat memberi cabaran kepada Man Utd di musim akan datang.

1 comment:

[danial][ma] said...

hej! give some times, keegan will bring newcastle to success... ;)