Friday 17 June 2016

CORETAN POLITIK TANAHAIR - BAHAGIAN 1: BAGAIMANA PAS BERUBAH?

[CORETAN POLITIK TANAHAIR - BAHAGIAN 1]
***artikel ini bukan berniat untuk tujuan provokasi terhadap ahli atau penyokong mana2 parti politik tetapi lebih kepada pandangan dan pengamatan penulis terhadap situasi politik tanahair.

Saya amat tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan bahawa "PAS kini bersendirian dan tidak mempunyai sekutu, sebab itulah dia berjuang disisi Najib" [http://www.malaysiakini.com/news/344997]. Artikel ini mengingatkan saya kepada kata-kata Anis Matta dalam pidatonya mengenai pengalaman PKS (Partai Keadilan Sejahtera) di Indonesia. Beliau berkata bahawa setiap parti politik mempunyai 3 fasa utama:
Fasa 1: Setiap parti perlu mengintegrasi dalam sistem politik nasional dan kekal dalam arus perdana (mainstream). Sebab itulah, kebanyakkan parti terlibat dalam coalition atau pakatan di peringkat nasional. 
Fasa 2: Menjadi kekuatan utama atau mendominasi koalisi politik mereka. Sebagai contoh, UMNO adalah kekuatan dan dominasi utama BN.
Fasa 3: Meyakinkan keseluruhan rakyat bahawa mereka boleh memimpin (rentas coalition).

Apabila memerhati situasi politik tanahair, terutamanya PAS, saya beranggapan bahawa kata-kata Anis Matta ini ada kebenarannya. Apabila PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini bermakna bahawa mereka telah keluar daripada sistem politik arus perdana. Dari segi politiknya, ini tentu sekali adalah one step backward. Oleh sebab itu, tidak lama kemudian, PAS terpaksa membuat pakatan baru dengan parti IKATAN, walaupun parti baru ini tidak mempunyai apa-apa pengaruh. Malah boleh memberi baggage tambahan kepada PAS. 
Atas dasar ini jugalah, PAS yang kini keseorangan lebih cenderung untuk dilihat memperjuangkan bangsa Melayu. Suka atau tidak, DS Najib dan UMNO adalah satu-satunya parti utama yang boleh dijadikan sekutu kepada PAS pada ketika ini. Ini jelas dapat dilihat daripada ucapan dan pakaian ala pahlawan kepimpinan PAS semasa muktamar mereka baru-baru ini. Inilah apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dalam artikel Malaysiakini diatas. Beberapa hari lepas juga, presiden PERKASA mengatakan bahawa PAS kini sudah hendak menjadi seperti mereka (PERKASA). 
Wallahua'lam. 

Pena Biru

No comments: