Thursday 3 May 2012

1 state solution kepada konflik Israel - Palestin

Salam,

Adakah 2 states solution adalah jalan penyelesaian kepada masalah konflik Israel - Palestin?

Tidak. 2 states solution adalah tidak praktikal dan tidak adil untuk mengatasi konflik Israel - Palestin. Pelbagai percubaan untuk menjayakan 2 states solution sejak 1948 lagi telah menemui kegagalan. Sudah tiba masanya di mana significant efforts and thinking diperlukan untuk menjayakan 1 state solution dimana rakyat palestin dan yahudi hidup bersama dalam satu negara. Namun, sehingga sekarang the Quartet (Russia, EU, US dan UN) masih lagi favour kepada 2 states solution. 

Untuk menjayakan 1 state solution, kita memerlukan suatu political structure yang mengiktiraf hak kesamarataan antara palestinians dan israeli, mengikitiraf right of return penduduk Palestin dan menghapuskan ideologi zionist yang tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin di tanah air mereka. 

Penyelesaian 1 state solution ini pastinya akan menimbulkan rasa bimbang dan takut di kalangan israeli kerana pada mereka itulah satu2nya tempat dimana mereka boleh mendapat hak self-determination. Pada saya, this is understandable. Namun, perlu kita ingat bahawa tanah Palestin juga adalah satu2nya tanah di mana palestinians boleh mendapat hak self-determination mereka. Peristiwa sejarah telah menyebabkan kedua2 mereka tinggal di Palestin dan kedua2nya tidak mungkin akan berjaya untuk menubuhkan negara masing2 tanpa mengambil tanah orang lain. Jadi, penyelesaiannya adalah untuk mereka menubuhkan negara yang mengiktiraf hak kedua2 mereka. 

Daripada israeli POV, ini tidak semestinya sesuatu yg negatif. Positif daripada 1 state solution adalah penduduk yahudi dapat hidup dengan aman. Tiada lagi confrontation antara kedua2 belah pihak. Penubuhan 1 state solution juga tidak bermakna penghapusan israel itself, tapi lebih kepada penghapusan negara israel sebagai zionist entiti yang menekan, menjajah dan melakukan pembunuhan dan war crimes on daily basis. Israel sebagai zionist entiti pada hari ini adalah punca konflik dan bukannya solution.

No comments: