Thursday 4 August 2011

Iklan Ramadhan TV9 menghina Islam?

Salam,


 Saya tertarik dgn artikel 'Pemuda PAS dakwa iklan Ramadhan TV9 menghina Islam' yang disiarkan hari ini. Klik here

Link iklan

Setelah melihat iklan tersebut, saya rasa tiada apa2 masalah. Jauh sekali daripada menghina Islam. 

Kadang2, bila sesuatu itu tidak betul pada pandangan kita, jangan kita terus melatah dan mengatakan bahawa itu menghina Islam. Perkataan itu terlalu keras dan tidak kena pada tempatnya. 

Kita kena terima bahawa iklan tersebut mahu menonjolkan unsur2 humour. Pada saya, humour yang diketengahkan oleh iklan tersebut masih lagi boleh diterima. Juga ada unsur2 nasihat. 

Kalau lah setiap kali sesuatu yang tidak betul pada pandangan kita terus label menghina Islam, akan kelihatan jumud lah Islam itu. Orang bukan Islam akan memandang bahawa dalam Islam, 'Itu tidak boleh, ini tidak boleh'. Semua tak boleh. Even hendak jadi kreatif pun kena hentam. 

Kalaulah kita rasa perkara tu memang tak betul dan hendak menegur, tegurlah dengan cara yang baik dan gunakan perkataan yang sesuai. Ya, perkataan yang sesuai. jangan terus menghentam!!!. Kita juga perlu melihat perkara itu dalam konteks yang positif dan bukan hanya ingin mencari2 kesalahan.

Wallahua'lam. 

Pena Biru,
4 Ramadhan 1432

No comments: