Monday 13 July 2009

Internet Telefon Bimbit ke PC

Dalam entri yang lepas, saya ada mengatakan bahawa saya mungkin tidak akan update blog ini buat beberapa ketika kerana ketiadaan internet di rumah baru saya. Namun, bermula semalam, semuanya berubah. rumah saya kini sudah ada internet, terima kasih kepada telefon bimbit saya.

Saya baru saja tahu yang kita boleh menggunakan hp (model canggih2 sahaja) sebagai modem untuk wireless internet. Apa yang kita perlu hanyalah sambungkan hp ke laptop menggunakan wayar USB dan pilih option 'connect PC to web' [ini untuk Nokia E71]. Kemudian, gunakan software Nokia [diberikan semasa beli hp] untuk connect ke internet. Kelajuan internet boleh tahan, iaitu 461 kbps. Hampir mencecah 512 kbps.

Jadi, sekiranya kita mempunyai hp dengan unlimited internet, bolehlah manfaatkan features ini. Ini juga bermakna kita tak perlu untuk ambil internet broadband di rumah sekiranya ada hp dengan unlimited internet. Sekiranya kita travel ke mana2, tidak perlu lagi risau pasal internet. Hanya sambungkn hp ke laptop. Tidak perlu menggunakan WiFi berbayar seperti di airport ataupun hotel.

PS: Kepada sesiapa yang menggunakan iPhone, boleh cuba. Saya pun nak tahu iPhone boleh manfaatkan features ni atau tak.

2 comments:

[danial][ma] said...

hej! Pena Biru...yeah, iPhone can do the same long time ago...;-)

Pena Biru said...

hahaha.