1- Manusia terdiri daripada 2 elemen penting yang saling berkait rapat iaitu rohani dan jasad. Kedua2 elemen ini perlu di jaga supaya berkembang secara seimbang. Seperti jasad, rohani juga memerlukan 'makanan'. Namun, 'makanan' rohani adalah dalam bentuk melakukan sesuatu yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Salah satu cara untuk membentuk dan menguatkan rohani ialah dengan memperbanyakkan amalan seperti mengamalkan doa2 harian (doa bangun daripada tidur, doa masuk tandas, doa makan, doa hendak tidur dll) dan zikrullah.
Apabila rohani seseorang itu kuat berbanding jasadnya, akal akan dapat membezakan perkara yang hak dan yang batil. Nafsu mudah dikawal dan ditundukkan. Maka, secara tidak langsung, seseorang itu akan dapat berfikir dan bertindak secara waras. Namun, perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya jasad lebih kuat dan dapat menguasai rohani. Sekiranya perkara ini berlaku, seseorang itu akan mudah melakukan kemungkaran, tidak dapat membezakan perkara yang betul dan salah serta bertindak diluar batas kewarasan akal fikiran.
2- Di sekolah, kita selalu diajar 'lakukan perkara yang disuruh Allah, dan tinggalkan perkara yang dilarang'. Alangkah baiknya sekiranya kita tambah ayat di atas kepada 'lakukan perkara yang disuruh Allah walaupun kita tak suka, dan tinggalkan perkara yang dilarang walaupun perkara itu kita suka'. Insya Allah, sekiranya perkara ini diterapkan sejak kanak2 lagi, mudah2an akan memberi impak yang positif.

3- Ciri2 orang yang dimuliakan oleh Allah (diambil dari surah al-Furqaan):-
- Seorang yang humble
- Bersolat malam
- Menginfakkan harta
- Bertaubat
- Menjauhi perkara yang sia2
- Patuh dan taat kepada suruhan Allah
- Berazam untuk membina keluarga dan masyarakat Islam serta menyumbang kepada masyarakat
1 comment:
salam
satu perkara yang telah dibincangkan bersama di awal sesi... jngn biarkan roh kita dipenjarakan oleh jasad semata-mata kuatnya nafsu memerintah jasad...sebaliknya roh yan sehat menundukkan nafsu dan memerdekakan jasad.
Post a Comment