Felo penyelidik merupakan ahli akademik (academician) sama seperti pensyarah manakala RO dan RA merupakan kumpulan sokongan.
Bagi seorang felo, tugas utama mereka ialah melakukan penyelidikan dan menyelia pelajar postgraduate (MSc by research dan PhD). Pensyarah juga melakukan penyelidikan tetapi kuantiti masa yang diperuntukan untuk penyelidikan adalah kurang berbanding felo kerana mereka mempunyai tugas untuk mengajar.
Kebiasaannya, felo di tempatkan di institut penyelidikan manakala pensyarah di jabatan (department). Institut adalah pusat kecemerlangan bidang tertentu. Oleh itu, skop penyelidikannya adalah fokus dan mendalam. Contohnya, Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) di UKM hanya melakukan penyelidikan dalam bidang tersebut sahaja. Namun, jabatan menjalankan penyelidikan dalam skop yang lebih besar. Contohnya, jabatan elektrik dan elektronik menjalankan penyelidikan dari bidang VLSI, fotonik, power, hingga ke telekomunikasi.
Dari aspek skim gaji, felo penyelidik dan pensyarah adalah sama. Ini bermakna, felo penyelidik juga boleh mendapat gaji profesor.
Graduan berkelulusan sarjana muda akan bermula sebagai felo penyelidik muda/junior research fellow yang setaraf dengan tutor, felo penyelidik/research fellow setaraf pensyarah, felo penyelidik kanan/senior research fellow setaraf profesor madya, felo utama/principal research fellow setaraf profesor. Namun, felo tidak mendapat title 'prof' walaupun berada dalam skim tersebut kerana tidak mengajar.
Dari aspek kenaikan pangkat pula, pensyarah yang mempunyai prestasi cemerlang boleh dilantik menjadi ketua jabatan (head of department), timbalan dekan, dekan, timbalan naib canselor dan akhirnya naib canselor. Felo yang cemerlang pula boleh dilantik menjadi ketua research group, timbalan pengarah, pengarah institut, timbalan naib canselor dan naib canselor. Jawatan pengarah adalah setaraf dengan dekan.
Perkara yang dinilai untuk menentukan prestasi seorang felo penyelidik ialah penerbitan, penyelidikan, penyeliaan (supervision), persidangan, pentadbiran, khidmat masyarakat dan sahsiah. Bagi pensyarah pula, pengajaran dan khidmat pelajar turut dinilai. Namun untuk felo, peratusan markah untuk penyelidikan dan penerbitan adalah lebih tinggi dan kosong untuk pengajaran dan khidmat pelajar
PS: di sesetengah tempat, warden asrama dipanggil felo. Jadi, jangan keliru antara felo penyelidik dan felo.