Tuesday, 18 November 2008

Nanoteknologi dan Islam

Saya amat tertarik apabila terbaca sebahagian teks daripada Syarahan Perdana Prof. Burhanuddin mengenai MEMS dan Nanoteknologi.

"Sebagai perbandingan, 1 nm bersamaan 1/1000 juta meter, seumpama rambut dibelah 80,000 kali. Jika 1 nm seumpama 1 m, maka sel darah merah adalah selebar 7 km"

Apabila terbaca rambut dibelah, saya teringat mengenai titian sirat al-Mustaqim, iaitu titian yang perlu kita seberangi untuk ke syurga. Titian tersebut sangat nipis. Sekiranya kita jatuh daripada titian ini, maka jatuhlah kita ke dalam neraka. Menurut riwayat, nipisnya titian tersebut adalah seperti sehelai rambut dibahagi 7.

Dulu kita pasti tidak dapat membayangkan bagaimana halusnya rambut jika dibahagi 7. Namun, dalam bidang nanoteknologi, kita mampu untuk mengkaji sehingga ke tahap sehelai rambut dibahagi 80,000.

Apa yang membuatkan saya tertarik dan kagum ialah kerana perkara mikro dan nano ini sebenarnya telah pun di nyatakan dalam Islam sejak berzaman lagi. Allah mahu kita berfikir dan kaji hingga ke tahap paling kecil sekali. Allah telah pun memberi 'hint' berkenaan kewujudan ilmu pada skala mikro dan nano yang mempunyai banyak manfaat kepada manusia. Terpulanglah kepada kita untuk berfikir dan mengkaji ilmu tersebut.
Ilmu2 sains lain seperti proses kejadian manusia dalam rahim ibu dan putaran2 planet juga dinyatakan dalam al-Quran.

Terlalu banyak ilmu yang terkandung dalam Islam yang boleh kita pelajari. Begitulah ajaib dan sempurnanya Islam.

3 comments:

blog reader said...

Tentang riwayat menyatakan analogi titian siratul-mustaqim ibarat sehelai rambut dibelah tujuh ini apa betul atau pun tidak berada dalam kerangka agama?..atau pun hanya rekaan sahaja untuk menyedapkan ceramah atau cerita turun temurun dari orang-orang tua..

Agak berbahaya menggerakkan akal membandingkan atau membayangkan teknologi hasil ciptaan manusia dengan perkara-perkara ghaib di alam akhirat ciptaan Tuhan yang jelas tidak ada sangkut-paut!

Anyway, this is nice blog...keep writting!

Pena Biru said...

sebelum saya tulis artikel tu, saya dah buat quick check dah pasal source rambut dibelah 7 tu. yang saya dapat ialah perkara itu 'diriwayatkan'. details dia saya pun x dapat. sebab tula saya tulis dalam Islam, bukan dalam al-quran ataupun hadis.

berkenaan hal bahaya untuk membandingkan hal2 ghaib dgn hal2 ciptaan manusia tu, ya, saya bersetuju dgn awk. terima kasih utk peringatan tersebut.

jadi, kepada sesiapa yang membaca artikel ini, anggap ini ialah sebagai satu pendapat yang lemah.

JHaZKiTaRo said...

salam dari Dublin.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)