Saturday, 31 May 2008

Siapa lelaki baik?

Salah satu minat saya ialah menonton drama melayu. Kebanyakan drama-drama tersebut saya tonton di web TV3 dan TV9. Drama mingguan yang selalu saya tonton ialah Impak Maksima, Ezora, Sindarela, Dunia Anita dan Mr. Mama.

Isu yang saya ingin utarakan ialah definisi 'lelaki baik' yang ditonjolkan dalam drama-drama tersebut.

Impak Maksima: Hero drama ini ialah Ayie, seorang pelajar kolej yang digilai ramai. Dia bukan sahaja terkenal disebabkan kehenseman dia, tapi dia juga terkenal dengan adab sopan, gentleman dan lain-lain. Ayie juga pandai ambil hati orang tua. Sampaikan Nek Jah yang baru sahaja kenal Ayie ni bermati-matian menyuruh cucunya jadi girlfriend Ayie. Nek Jah kata, kalau lelaki tu baik, tak salah kalau perigi yang mencari timba. Sampai begitu sekali sukanya Nek Jah dengan Ayie ni. Tapi, Ayie ni bukanlah orang yang baik sangat dari segi agama. Dia pernah terlanjur dengan girlfriend lama dia. Namun, disebabkan perwatakan dia yang pandai ambil hati orang tua, hormat orang tua, dia masih lagi dianggap sebagai lelaki idaman. Gadis kampung yang suci seperti Hanim juga tergila-gilakan Ayie. Bukankah seorang penzina itu hanya layak dengan seorang penzina juga. Lebih-lebih lagi penzina yang tak pernah bertaubat.

Drama ini cuba menonjolkan bahawa seorang lelaki itu masih dianggap sebagai 'lelaki baik' sekiranya pandai ambil hati orang tua, gentleman.... walaupun hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kaum wanita pula ditonjolkan sebagai agak cuai dalam menilai seseorang lelaki. Dengan kata lain, kalau pandai ambil hati orang tua dan sopan santun, itu bermakna lelaki tersebut sempurna dari semua segi.

Ezora: Hero drama ni ialah Reza. Seorang jejaka yang berasal dari kampung yang kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Namun, lupa daratan. Dia juga terlanjur dengan majikannya. Namun, dia tetap disukai oleh ramai wanita termasuklah nenek majikannya (nenek lagi!).

Adakah seorang lelaki yang bersopan santun itu layak dianggap sebagai 'baik' sekiranya hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat?

Mengapa drama-drama melayu mendefinisikan lelaki baik sedemikian rupa? Adakah kerana masyarakat melayu kini sudah mengganggap berzina itu merupakan perkara kecil yang dianggap sebagai 'no big deal'?

Pasangan kekasih tinggal serumah, berpegangan tangan, berpelukan, semuanya digambarkan sebagai norm.

Kanak-kanak dan remaja masa kini pastinya akan terikut-ikut cara hidup seperti ini sekiranya inilah moral yang dihidangkan kepada mereka hari demi hari.

Tanggungjawab ibu bapa pula pastinya bertambah mencabar dalam mendidik anak-anak mereka.

4 comments:

wie said...

oh kamu taktau kah yg filem n drama melayu malaysia skang ni sume sudah hilang nilai keagamaan? cek la sume drama n filem tuh... ada yg selamba tompang tido kat surau tapi terbangun kul 10pagi... takkan le azan yg begitu kuat tepi telinga pun tak cukup nak terbangun? wa wa wa

Pena Biru said...

org seni selalu claim, diorg nk tunjuk realiti sebenar masyarakat. mmg betul. tapi, kalu sume cerita tunjuk perangai buruk, xde nilai keagamaan langsung, pun tak boleh jugak. sebab penonton pasti akan terpengaruh dgn apa yg mereka lihat, rasa dan dengar.

Pena Biru said...

lupa plak, welcome to my blog puan wie =) lamer x dgr crite

wie said...

wakaka... entri kamu sgt relate dgn keresahan pada hasil seni masa kini... cewah. tak sangka rajin kamu nonton di web... daku sndri tak kose... (tp tgk juge sindarela n vice versa sbb dah tertgk so oh oh mau trus tgk kesudahannya)... jd bodo tunggu sambungan minggu ke minggu.. wachaa.. nway raman.. jgn segan2 add url blog kamu di homepage ku yg best http://widura.net kat bawah tu ye... wahaha.. keep writing