Monday, 12 November 2007

Boikot semua kedai telefon bimbit di Pertama Kompleks


Berikut adalah link video yang ingin saya komen:

http://www.youtube.com/user/tiger022425

Terdapat 3 video pada laman tersebut dan sila lihat kesemuanya.

Apabila melihat video tersebut, saya berasa begitu terkejut. Saya tidak menjangka setelah 50 tahun negara kita merdeka masih lagi terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang masih jahil.

Video tersebut memperlihatkan bagaimana seorang pelanggan sebuah kedai telefon bimbit dipukul oleh peniaga kedai gara-gara tidak mahu membeli barangan di kedai tersebut setelah bertanyakan harga atau menawar harga. Insiden ini berlaku di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur. Peniaga berbangsa Cina yang kurang ajar tersebut sememangnya tergolong dalam golongan orang yang gila. Apa tidaknya, dia menjalankan perniagaan dengan konsep "bila kau dah tawar harga, kau mesti beli atau aku pukul kau".

Konsep perniagaan seperti ini semakin menjadi trend terutamanya di kawasan yang dikuasai oleh gangster Cina seperti di Jalan Petaling. Mereka fikir apabila mereka sudah menguasai kawasan tersebut, mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka.

Ingin saya ingatkan di sini bahawa hidup mati perniagaan mereka bukannya ditentukan oleh gangster-gangster yang melindungi mereka mahupun rakan-rakan gila mereka, tetapi ditentukan oleh para pelanggan. Oleh itu, saya menyeru semua pembaca sekalian supaya memboikot kedai-kedai telefon bimbit gila seperti di Pertama Kompleks. Mari kita gunakan kuasa yang kita ada untuk mengajar peniaga-peniaga gila tersebut. Kita lihat sama ada kita atau dia yang lebih berkuasa.

P/S:

Kalau nak diikutkan hati ini, ingin saja saya menempeleng peniaga-peniaga tersebut, sumbat mereka di penjara, sita segala harta di kedai mereka dan gantung lesen perniagaan mereka selama-lamanya.

No comments: