[CORETAN POLITIK TANAHAIR - BAHAGIAN 1]
***artikel ini
bukan berniat untuk tujuan provokasi terhadap ahli atau penyokong mana2
parti politik tetapi lebih kepada pandangan dan pengamatan penulis
terhadap situasi politik tanahair.
Saya amat tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan bahawa "PAS
kini bersendirian dan tidak mempunyai sekutu, sebab itulah dia berjuang
disisi Najib" [http://www.malaysiakini.com/news/344997]. Artikel ini mengingatkan saya kepada
kata-kata Anis Matta dalam pidatonya mengenai pengalaman PKS (Partai
Keadilan Sejahtera) di Indonesia. Beliau berkata bahawa setiap parti
politik mempunyai 3 fasa utama:
Fasa 1: Setiap parti perlu
mengintegrasi dalam sistem politik nasional dan kekal dalam arus perdana (mainstream). Sebab
itulah, kebanyakkan parti terlibat dalam coalition atau pakatan di
peringkat nasional.
Fasa 2: Menjadi kekuatan utama atau
mendominasi koalisi politik mereka. Sebagai contoh, UMNO adalah kekuatan dan dominasi utama BN.
Fasa 3: Meyakinkan keseluruhan
rakyat bahawa mereka boleh memimpin (rentas coalition).
Apabila memerhati situasi politik tanahair, terutamanya PAS, saya beranggapan bahawa kata-kata Anis Matta ini ada kebenarannya. Apabila PAS
keluar daripada Pakatan Rakyat, ini bermakna bahawa mereka telah keluar
daripada sistem politik arus perdana. Dari segi politiknya, ini tentu
sekali adalah one step backward. Oleh sebab itu, tidak lama
kemudian, PAS terpaksa membuat pakatan baru dengan parti IKATAN, walaupun parti baru ini tidak
mempunyai apa-apa pengaruh. Malah boleh memberi baggage
tambahan kepada PAS.
Atas dasar ini jugalah, PAS yang kini
keseorangan lebih cenderung untuk dilihat memperjuangkan bangsa Melayu. Suka atau tidak, DS Najib dan UMNO adalah satu-satunya parti utama yang boleh dijadikan sekutu kepada PAS pada ketika ini. Ini jelas dapat dilihat daripada ucapan dan pakaian ala pahlawan kepimpinan PAS semasa muktamar mereka baru-baru ini. Inilah apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dalam artikel Malaysiakini diatas. Beberapa hari lepas juga, presiden PERKASA mengatakan bahawa
PAS kini sudah hendak menjadi seperti mereka (PERKASA).
Wallahua'lam.
Pena Biru