Salam.
Setelah membaca penjelasan DSAI dan komen rakan2 di facebook, saya perhatikan, telah berlaku beberapa salah faham terutamanya terhadap pendirian Hamas terhadap '2 states solutions' dan apakah kita boleh menerima 'two states solution' ini?
Ya, Hamas memang mengatakan mereka menerima '2 states solution'. Tapi, Hamas tidak pernah mengatakan bahawa mereka akan mengiktiraf kewujudan negara Israel. Menerima 2 states solution dan mengiktiraf negara Israel adalah 2 perkara yang berbeza. Pendekatan Hamas adalah menerima 2 states solution dan kemudian menawarkan gencatan senjata dengan Israel dalam satu tempoh yang dipersetujui kedua2 belah pihak. Mengiktiraf negara Israel sebagai balasan kepada 2 states solution tidak pernah diterima Hamas. Hanya Fatah pernah bersetuju mengiktiraf Israel sebagai balasan kepada 2 states solution dalam Oslo Accords. Namun, Oslo accords tidak pernah diiktiraf Hamas kerana perjanjian tersebut dibuat secara sulit dan Hamas tidak pernah di consult sebelum perjanjian tersebut di materai. Oslo accords ini juga akhirnya menemui kegagalan kerana keengganan Israel untuk berundur ke sempadan 1967.
Mengapa kita tidak boleh mengiktiraf Israel? Ini kerana, mengiktiraf kewujudan negara Israel secara tidak langsung akan menidakkan hak milik tanah rakyat Palestin yang dirampas oleh Israel sejak 1948. Tanah rakyat Palestin perlu dipulangkan kembali kepada rakyat Palestin. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa Hamas tidak mengiktiraf Oslo accords kerana ini merupakan salah satu bentuk pengkhiatan kepada rakyat Palestin.
DSAI ada mengatakan pandangannya diterima/sama dengan pendirian Jordan dan Arab Saudi. Itu aspirasi negara lain, tapi bukan aspirasi rakyat Palestin. Aspirasi rakyat Palestin bukan sahaja mahukan keamanan tetapi mahukan keadilan, iaitu dengan tanah mereka dikembalikan.
Abdul Rahman Mohmad,
Misi Kasih Palestin (MKP)

No comments:
Post a Comment