Friday, 24 February 2012

Hutang dan Economic growth

salam.

ada rakan bertanya, "one side claimed that Malaysia's debt is mounting. The other one claimed that Msia economy is getting better. Don't know which one is true".

Ulasan saya (berpandukan ilmu yg ada): dua2 betul. secara ringkasnya, disebabkan kita nk ekonomi berkembang, kita perlu spend duit. kalau kita ada duit, maka kita spend duit yg kita ada. namun, kalau kita takde duit, maka kita pinjam duit dan kemudian spend untuk generate the economy. dlm keadaan ekonomi dunia yg gawat, ekonomi msia secara tak langsung akan terjejas. maka, untuk sustain the same level of growth, gov. have to spend more. Sekiranya gov pinjam lebih banyak, spend lebih banyak dan ekonomi meningkat, maka kita akan ada duit utk bayar balik pinjaman. Namun, sekiranya kita pinjam lebih banyak, spend lebih banyak namun ekonomi tak meningkat, maka u will be in trouble. cthnya: greece. namun, hutang yg terlalu banyak adalah tidak sihat dan negara akan menjadi fragile. maka pinjam dan berbelanjalah mengikut kemampuan. namun, kita tidak boleh melihat hutang sahaja tanpa melihat economy growth dan GDP negara pada masa yg sama. Kemana duit negara dibelanjakan dan ketirisan adalah satu topik lain yang boleh dibincangkan dengan panjang lebar.

Pandangan rakan2 yg belajar ekonomi dialu2kan.

Saturday, 18 February 2012

2 states solution & pengiktirafan Israel - Part 2

Salam, izinkan saya menambah sedikit;

Tindakan Israel menduduki wilayah Palestin melepasi sempadan 1967, pembinaan separation wall, pembukaan new jewish settlements etc adalah menyalahi undang2 antarabangsa. Oleh itu, sooner or later, Israel perlu berundur dan kembali kepada sempadan 1967

Hamas melihat '2 states solution' sebagai temporary solution (bukan permanent solution) dan merupakan langkah pertama ke arah mendapatkan kembali lebih banyak hak2 rakyat Palestin. Adalah mustahil untuk Hamas re-claim the 'historical Palestine' (Palestine before 1948) tanpa Israel terlebih dahulu berundur ke sempadan 1967. '2 states solution' adalah method ke arah perdamaian/peace dan bukannya pengiktirafan negara Israel.

In fact, WHY should Palestine recognise the existence of Israel sekiranya mereka berundur ke sempadan 1967? sedangkan itu memang hak mereka (mereka hanya re-claim their rights sahaja!).

OK, saya berikan analogi yg mudah. Ali ada sebuah rumah. Rumah itu kemudiannya dirampas oleh Ahmad dan Ali ditendang keluar. Ali bekerja keras dengan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali rumahnya. Namun, selepas 50 tahun, ditambah dengan tekanan jiran tetangga, akhirnya Ahmad offer 30% daripada rumahnya kembali. Adakah ali mahukan 30% ini? Ya, mestilah nak. Namun, Ahmad kata, ali juga perlu iktiraf Ahmad sebagai pemilik 70% daripada rumah tersebut. Ali kata, aku memang nak 30% tu, tapi kenapa aku perlu iktiraf bahawa ahmad adalah pemilik 70% lagi? sedangkan 100% rumah tu memang milik aku. Faham?

Di sini, kita boleh lihat bagaimana media massa shape our understanding on Palestinian issues. Pengunduran Israel ke sempadan 1967 di ceritakan seolah2 ini adalah hak optional Israel dan in return, Palestin MESTI give something back iaitu mengiktiraf kewujudan Israel. Walhal yg sebenarnya, pengunduran Israel ke sempadan 1967 adalah WAJIB sebagai satu proses pemulangan semula hak rakyat Palestin dan pengiktirafan Israel adalah sesuatu yg optional kepada Palestin. Fahami hakikat ini!

Berbalik kepada 2 states solution. Sekiranya Israel berundur ke sempadan 1967, Hamas akan menawarkan genjatan senjata (truce)/keamanan antara kedua2 belah pihak. Ini bermakna kedua2 belah pihak boleh hidup aman dan damai dalam satu tempoh masa yg dipersetujui, i.e 20 years. Genjatan senjata ini boleh direnew dari semasa ke semasa. Ingat, Hamas tidak pernah mengiktiraf Israel. Pengiktirafan terhadap negara Israel bermaksud menerima perampasan tanah2 rakyat palestin. Ia juga bermaksud perjuangan sudah selesai atau Game Over. Hamas memahami bahawa perjuangan sebenar mereka adalah untuk re-claim the 'historical Palestine' (Palestine before 1948), dan sebab itulah mereka tidak mengiktiraf Israel.

Samb...

2 states solution & pengiktirafan Israel - Part 1

Salam.

Setelah membaca penjelasan DSAI dan komen rakan2 di facebook, saya perhatikan, telah berlaku beberapa salah faham terutamanya terhadap pendirian Hamas terhadap '2 states solutions' dan apakah kita boleh menerima 'two states solution' ini?

Ya, Hamas memang mengatakan mereka menerima '2 states solution'. Tapi, Hamas tidak pernah mengatakan bahawa mereka akan mengiktiraf kewujudan negara Israel. Menerima 2 states solution dan mengiktiraf negara Israel adalah 2 perkara yang berbeza. Pendekatan Hamas adalah menerima 2 states solution dan kemudian menawarkan gencatan senjata dengan Israel dalam satu tempoh yang dipersetujui kedua2 belah pihak. Mengiktiraf negara Israel sebagai balasan kepada 2 states solution tidak pernah diterima Hamas. Hanya Fatah pernah bersetuju mengiktiraf Israel sebagai balasan kepada 2 states solution dalam Oslo Accords. Namun, Oslo accords tidak pernah diiktiraf Hamas kerana perjanjian tersebut dibuat secara sulit dan Hamas tidak pernah di consult sebelum perjanjian tersebut di materai. Oslo accords ini juga akhirnya menemui kegagalan kerana keengganan Israel untuk berundur ke sempadan 1967.

Mengapa kita tidak boleh mengiktiraf Israel? Ini kerana, mengiktiraf kewujudan negara Israel secara tidak langsung akan menidakkan hak milik tanah rakyat Palestin yang dirampas oleh Israel sejak 1948. Tanah rakyat Palestin perlu dipulangkan kembali kepada rakyat Palestin. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa Hamas tidak mengiktiraf Oslo accords kerana ini merupakan salah satu bentuk pengkhiatan kepada rakyat Palestin.

DSAI ada mengatakan pandangannya diterima/sama dengan pendirian Jordan dan Arab Saudi. Itu aspirasi negara lain, tapi bukan aspirasi rakyat Palestin. Aspirasi rakyat Palestin bukan sahaja mahukan keamanan tetapi mahukan keadilan, iaitu dengan tanah mereka dikembalikan.

Abdul Rahman Mohmad,
Misi Kasih Palestin (MKP)