Hari ini merupakan hari pertama Ramadhan. Pengalaman Ramadhan pada tahun lepas masih lagi segar dalam ingatan aku. [Sila refer post terdahulu, Kisah Ramadhan]. Pada waktu itu, aku sedang bekerja di UKM. Setiap petang, selepas balik dari kerja, aku akan singgah ke Bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Malam aku ke surau untuk bertarawih. Setahun sudah berlalu. Aku rasakan setahun berlalu dengan begitu pantas sekali. Ramadhan yang lepas seakan-akan baru beberapa bulan yang lalu.
Setahun sudah berlalu namun, aku masih seperti dahulu. Aku tidak menjadi lebih baik berbanding dahulu. Tiada apa-apa yang aku peroleh yang boleh dibanggakan. Terlalu sedikit ilmu yang telah aku perolehi. Aku masih kurang berfikir. Agamaku pula terlalu banyak turun dan naiknya. Aku terlalu rapuh. Setahun telah berlalu, tapi aku masih seperti dahulu. Alangkah ruginya setahun hidupku.
Aku berharap Ramadhan kali ini akan memberi aku kekuatan untuk merubah diri aku. Memacu aku untuk menjadi lebih baik daripada dahulu.
Salam Ramadhan daripada aku,
Pena Biru

5 comments:
Itulah sebenarnya objektif Ramadhan,mengingatkan kita amalan setahun yang lalu. Masih belum terlambat. Sama-sama kita rebut peluang yang ada.
betul tu. sama2 kita memperbanyakkan amalan
teringat kau taya aku kat mana bazar ramadhan bangi hehehe..aku plak yg dpt gi bazar ramadhan kali ni..=p
insya Allah hope the best ramadhan for you this year..
maybe u'll find sumthing this time...
tringt aku buka kt baryani anje. hehehe. kena dtg awal, kalu tak, kena beratur pjg
Tiada manusia yg sempurna..
Apa yg penting kte sedar dgan segala kekurgan diri dan berusaha utk meningkatknnya..
Post a Comment