Monday 18 May 2009

Nak Tepon Mesia Murah?

Pilihan paling mudah dan murah ialah dengan menggunakan international calling card yang boleh didapati di mana2 grocery. Tapi, kebiasaannya, kualiti panggilan adalah rendah. Panggilan selalu tidak jelas dan kadang2 kita terpaksa call balik sampai 2/3 kali.

Orange juga ada menyediakan plan untuk mereka yang banyak call abroad iaitu plan Camel. Sebelum ini saya menggunakan plan ini untuk pay as you go saya. Kos untuk call ke mobile phone di msia ialah 8p per min. Kualiti panggilan sangat jelas dan tak perlu bersusah payah nak masukkan PIN number seperti calling card. Boleh call direct.

Baru2 ini, saya menggunakan 'Skype to Go' untuk call msia. Kosnya 4p per min untuk call mobile phone msia (kena beli credit Skype) + local call charge. Kalau kita menggunakan pay monthly, boleh tolak free minutes. Dengan kata lain, tiada kos untuk local call charge. Bila kita beli credit Skype, dia akan bagi local number dan kita call nombor tu untuk call msia.

Tapi, kalau penerima panggilan di msia (atau di mana2 di dunia) itu mempunyai software Skype di telefon mereka dan wireless internet, kita boleh buat panggilan Skype-to-Skype dan cara ini adalah percuma. Kosnya ialah kosong. Tapi, kebiasaanya, mak ayah kita tak ade Skype dalam handphone, jadi, 'Skype to Go' adalah pilihan terbaik. 'Skype to Go' tak memerlukan penerima dan pemanggil mempunyai software Skype dalam hp. Hanya beli credit dan boleh call dari mana2 telefon (mobile ataupun landline). Kualiti panggilan juga jelas.

Saya sangat recommend 'Skype to Go' kerana ianya murah, jelas dan boleh tolak free minutes.

Pasal telefon pula, sekarang ni network 3 ada buat offer untuk Nokia N71 pay monthly. Saya pun baru angkat satu. Itu pun sebab hp ni ada GPS, boleh browse internet, check email, bukak pdf files (walaupun lembap bila nk loading), power point, file excel dan word. Kira, kalau kita berjalan boleh buat kerja sekali. Saya ambil plan 500 mins, unlimited texts, unlimited internet dan kosnya GBP 25 sebulan (kontrak 18 bulan). Kalau nak murah sikit, ambil plan GBP 20 tapi dapat 200 mins, unlimited texts dan unlimited internet.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Skype to Go atau tinggalkan soalan kat ruang komen.

Sekian, terima kasih

3 comments:

Anonymous said...

One other option you can look at is Rebtel, call rates from UK to Malaysia is GBP 0.018 /min to call Malaysia landline or GBP 0.024/min to call Malaysian mobile. Same as skype to go, you can deduct minutes from your plan.

In my case, I have O2 pay as u go on the Favourite Place tariff where if I top up 10 pounds per month, I get 500 free minutes from 1 postcode (postcode area is quite big). Credit for Rebtel can be loaded up via PayPal, debit card and credit card.

Pena Biru said...

thanks for sharing. i'll try Rebtel =)

Ashraf said...

Saya ada jual product untuk call malaysia murah, saya guna masa study kat egypt dulu...

yang bestnya :-

1. kualiti mcm skype..
2. harga lbh murah dr skype..
3. x de expire..

produk ni dr german..

ada byk pakej..

saya jual RM 30 utk euro 5..

call malaysia seminit euro 0.01

jadi harga dia just RM 0.06 / minit..

murahkan...

boleh contact saya by email

u_airs@yahoo.com

sila p'knal diri dulu ye.. nani saya x taw sapa plak..


Ashraf

www.voipbetamax.blogspot.com
www.callpercuma.blogspot.com