Friday 21 December 2007

Erti Persahabatan............

Sedarkah kita bahawa seseorang itu menjadi rapat dengan orang lain sekiranya mereka mempunyai persamaan.

Sekiranya persamaan tersebut sudah tidak lagi releven, hubungan persahabatan tersebut akan mulai suram. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin rapat dengan rakan serumahnya, akan tetapi apabila mereka sudah tidak tinggal sebumbung, persahabatan tersebut mula menjadi renggang.

Si X dan si Y mungkin merupakan sahabat yang baik kerana kedua-duanya belajar di UK. Akan tetapi, apabila si X kembali ke Malaysia selepas tamat pengajian tetapi si Y masih lagi di sana, mereka sudah kehilangan persamaan. Bagi pelajar-pelajar di luar negara, cuba ingat kembali berapa ramai rakan-rakan atau senior anda yang telah pulang ke tanahair yang masih lagi rapat dengan anda sebagaimana rapatnya anda berdua semasa berada luar negara.

Sama juga seperti rakan-rakan sebaya di universiti yang kebanyakannya akan ditinggalkan apabila masing-masing mengikut haluan kerjaya yang berbeza.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa persahabatan tidak memerlukan sebab. Akan tetapi, secara realitinya, persamaan yang dikongsi bersama itulah yang menjadi penyebab yang merapatkan lagi hubungan seseorang.

Bagaimana kita hendak menjadi seorang sahabat yang sejati sekiranya kita mengetahui bahawa persahabatan tersebut hanyalah sementara? Bolehkah kita mengasihi seseorang walaupun mengetahui bahawa kita akan meninggalkannya? Hanya disebabkan oleh persamaan yang bakal tidak dikongsi bersama?

Persahabatan pastinya bersifat sementara sekiranya ia terbina atas persamaan yang hanya bersifat sementara. Sama kelas, sama sekolah, sama 'batch', sama universiti, semuanya bersifat sementara. Namun, persahabatan akan berkekalan sekiranya terbina oleh persamaan yang bersifat kekal.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu menerima hakikat bahawa bersahabat, kemudian berpisah, bersahabat baru, berpisah, ............. merupakan satu proses putaran yang pasti akan dialami oleh setiap insan.

Walaupun kebanyakan persahabatan yang kita lalui hanya bersifat sementara, kita harus menghargainya, berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang terbaik dan mengasihi sahabat kita seolah-olah kita akan bersahabat dengannya selama-lamanya.

5 comments:

lad said...

betul tu man,yang penting kita selalu bertanya khabar walaupun kawan2 kita tu jauh.Berkawan ni seronok sebenarnya,tapi tulah,bila dah rapat kemudian berpisah...sedih oooo.

Anonymous said...

bersahabat kerana Allah,bertemu dan berpisah keranaNya,i'Allah kekal selamanya..(^_-)v

Pena Biru said...

totally agree with you

[danial][ma] said...

hej! rahman...

friends like stars...you won't see them but you know that they are there...up in the sky!

cheers! BON NADAL!

Anonymous said...

sahabat ni mcm chipsmore..
kejap ada, kejap tiada..
kadang2, trus tiada...
semua ni bergantung pd niat seseorg ms berkawan..
kalo niatnya baik, insyaALLAH...
persahabatan tu akan kekal..
tp, jika ada niat yg sebaliknya...
persahabatn tu akan hilang bila2 ms sahaja...