Friday 19 October 2007

Raya di Sheffield, Egham dan London

Saya telah menyambut Aidilfitri di bumi Sheffield sebanyak 3 kali. Apabila memikirkan bahawa Aidilfitri pada tahun ini mungkin ialah aidilfitri terakhir saya di uk, saya berasakan ada baiknya saya menyambut aidilfitri kali ini di london.

Apabila teringat bahawa 2 orang rakan sekolah rendah saya baru sahaja tiba di uk untuk melanjutkan pelajaran, saya berasakan bahawa aidilfitri kali ini adalah peluang terbaik untuk kami berjumpa. Menyambut raya bersama rakan-rakan yang sudah terpisah bertahun-tahun lamanya pasti lebih istimewa.

Khamis, 11/10/2007:

Tidak ramai yang menjangka aidilfitri di UK pada tahun ini akan jatuh pada hari jumaat. Pihak PMPMS pastinya kelam kabut untuk menyediakan makanan untuk majlis hari raya pada hari esok. Rancangan saya untuk membaca kertas jurnal pada malam itu turut terbantut. Saya dan rakan-rakan hall yang lain berpakat untuk bergotong-royong menyediakan menu hari raya seperti nasi impit, rendang dan sambal kacang. Apabila lewat malam, barulah kami siap memasak. Walaupun kepenatan, tetapi kami gembira kerana kemeriahan syawal sudah dapat dirasai pada malam tersebut.

Jumaat, 12/10/2007

Saya bergerak ke Opal One seawal 7.45 pg dengan berpakaian baju melayu lengkap bersongkok dan bersamping. setelah menjamah makanan yang dimasak semalam, kami semua bertolak ke PMC dengan menaiki tram (keretapi yang bergerak di atas jalan raya) di mana solat dan sambutan hari raya akan diadakan. apabila tiba di pmc, dewan sembahyang sudah pun penuh sesak dengan para hadirin. muka-muka warga sheffield yang jarang dijumpai juga kelihatan. menu yang disediakan oleh pihak pmpms ialah nasi impit, kuah kacang dan mi hoon goreng sahaja. walau bagaimanapun, juadah yang terhidang amat banyak sekali, terima kasih atas pot luck yang dibawa oleh para hadirin. sebenarnya, saya mempunyai 2 kelas pada hari tersebut. walau bagaimanapun saya hanya sempat menghadiri satu kelas sahaja iaitu dari jam 12-1 petang.

saya bertolak ke london pada pukul 4.10ptg dan tiba kira-kira jam 8.15 malam. kemudian, saya berkumpul dengan rakan dari stafford iaitu afiq dan fadzilah di stesen keretapi waterloo sebelum bertolak ke egham. egham terletak kira-kira 30minit dari kota london dan berada dalam kawasan surrey. setibanya di egham, kami terus menuju ke royal holloway, universiti di mana amizah belajar. kami langkah kanan pada malam tersebut kerana amizah awal-awal lagi telah menyediakan pizza untuk kami. kami berbual-bual sehingga lewat malam. maklumlah, sudah lama tidak berjumpa.

Sabtu, 13/10/2007

selepas bersarapan, kami keluar bersiar-siar di kawasan royal holloway. tidak dapat saya nafikan bahawa saya begitu kagum apabila melihat keadaan persekitaran kolej tersebut. persekitaran kolej tersebut begitu sunyi, aman dan kehijauan. bangunan utamanya iaitu The Founder pula begitu unik sekali. universiti-universiti yang pernah saya kunjungi sebelum ini semuanya terletak di kawasan bandar dan keadaannya tidak banyak berbeza dengan university of sheffield. pada pandangan saya, persekitaran seperti di royal holloway amat sesuai bagi pelajar-pelajar di peringkat masters mahupun PhD. suasana yang tenang boleh membantu seseorang untuk berfikir dengan lebih baik.

satu lagi keistimewaan royal holloway terletak pada salah sebuah perpustakaannya. hiasan dalaman perpustakaan yang berada di The Founder amat mewah dan klasik. anda pasti akan dapat merasai suasana berada di dalam sebuah perpustakaan british di zaman 50-an apabila menjejakkan kaki ke dalam perpustakaan tersebut. sebelum ini, saya hanya melihat perpustakaan seperti itu di kaca televisyen sahaja.

pada malam tersebut, kami bersiar-siar di kota london. kami melawat kawasan Big Ben, Thames River dan London Eye.

Ahad, 13/10/2007

Kami bergerak ke royal oak (berada di zon 2) untuk menghadiri majlis hari raya anjuran malaysian student department (MSD). makanan yang dihidangkan pada majlis tersebut ialah laksa penang, lemang yang tak berapa jadik (lembik sampai takde shape langsung. hahaha. tapi rasa masih lagi sedap), nasi impit, nasi minyak, rendang, dalca, kuah kacang dan kuih raya. dewan tersebut penuh sesak dengan orang yang asing bagi saya. tidak seorang pun yang saya kenali berada di dewan tersebut. satu perkara menarik yang di luar jangkaan saya ialah ramainya perempuan-perempuan melayu yang cantik-cantik berada di dewan tersebut, bertudung mahupun tidak. pada ketika itu, tarikan terhadap perempuan-perempuan tersebut sudah berjaya mengatasi daya tarikan terhadap makanan. benarlah kata mawi, "siapa kata gadis melayu tak menawan". benar juga kata rakan saya gjie, "budak london hot-hot ar". tidak lama kemudian, barulah muncul seorang demi seorang rakan-rakan saya semasa di kolej mara banting. saya juga sempat berkenal-kenalan dengan beberapa orang semasa di majlis tersebut.

kira-kira pukul 2 ptg, kami bertolak ke london bridge. akan tetapi, disebabkan kesuntukan masa, saya tidak dapat meluangkan masa yang lama di sana. saya pulang ke sheffield petang itu juga dan tiba di sana kira-kira jam 9 mlm.

akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada amizah kerana kesudian melayan kami bertiga semasa di egham. kepada afiq dan fadzilah, kesanggupan untuk meninggalkan stafford semata-mata untuk menjayakan serta memeriahkan raya kali ini amat dihargai. tidak lupa juga kepada hairi, hanafi, wak pear dan rakan-rakan rumah mereka. pengalaman beraya di london dan egham pada tahun ini amat istimewa dan tidak mungkin akan luput dari ingatan saya. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, dengan ingatan tulus ikhlas dari saya, rahman.

No comments: