Soalan:
Dr. Hafidzi, saya ada soalan
mengenai Iran bersekongkol dengan US. Kita tahu US sekutu Israel dan
musuh Israel adalah Iran. Jadi, bagaimana pula US boleh bersekongkol dgn
Iran (iaitu musuh sekutu mereka iaitu Israel)?
Jawapan (dr. Hafidzi):
Dalam pertembungan di antara
hak dan batil, kita kena timbangkan banyak senario. Al-Haq itu satu
sedang kebatilan itu banyak dan pelbagai. Al-Haq yang satu akan berdepan
dengan kebatilan yang bergabung atau berpecah. Makna kata pertembungan
di antara al-Haq dan kebaitilan ini sifatnya bukan straight fight (satu
lawan satu) tetapi boleh jadi 3 corner (3 punjuru) atau 4 corner fight
atau lebih (4 penjuru dsbnya). Ada kalanya dua atau lebih kebatilan akan
bersama menentang al-Haq yang satu, ada kalanya, beberapa kutlah
(pecahan) kebatilan dilihat bersama dan beberapa kutlah di lihat
memusuhi kumpulan kebatilah yang satu lagi untuk berdepan dengan al-Haq.
ada kalanya satu kebatilan dilihat bersama dgn al-Haq untuk menentang
kebatilan yang satu lagi atas sifat 'common enemy' atau musuh bersama /
musuh sepunya. Pertembungan di anatar al-Haq dan kebatilan ini dynamic
sifatnya. Inilah yang melatari pertembungan di antara Iran dan Amerika
Syarikat/Israel. Bolih juga dilihat Amerika Syarikat memusuhi Iran
tetapi musuh yang lebih utama ialah negara-negara Arab Sunni. Maka US
bolih shj menggunakan Iran untuk mengatasi negara-negara Arab Sunni yang
memang dimusuhi oleh Iran secara covert. Dalam ertikata yang lain,
equation yang wujud di antara al-Haq dan Syiah dan musuh bersama
Israel/US adalah complex dan dynamics. Cuma kita bolih rumuskan al-Haq
yang satu akhirnya akan berdepan dengan kebatilan yang akan bergabung.
bagaimana bentuk gabungan ini dan bagi cara mana ia dimanifestasikan -
sama-sama kita lihat nanti.