Friday, 22 June 2012

Jihad around the clock

Salam,

Contoh syahid Palestin, Mohammed Shabat. Di siang hari beliau adalah nurse terlatih dan di malam hari merupakan pejuang Palestin. Jihad around the clock!






Tuesday, 12 June 2012

Peristiwa penting dalam isu Palestin

di ambil daripada FB Dr. Hafidzi Mohd Noor

Sebagaimana seseorang itu membuat persiapan-persiapan untuk menziarahi tanah suci yang dua (Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah) maka persiapan juga amat perlu untuk menziarahi tanah suci yang ketiga di mana terletaknya Masjid yang jauh - Masjid al-aqsa.

Salah satu dari cara untuk membuat persiapan ini ialah dengan menghiasi taqwim (kalender) dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di bumi Palestin dan kemudian menganjurkan siri-siri program untuk terus menghidupkan kesedaran umat Islam bahawa tanah sucinya yang ketiga sedang dijajah dan perjuangan untuk membebaskannya perlu kepada pembelaan berterusan. Berikut disenaraikan tarikh-tarikh peringatan yang bolih dijadikan asas untuk menyusun program bulanan berkaitan Palestin.

Januari - Serangan biadab ke atas Gaza yang bermula pada 27 Disember 2008 hingga 21 Januri 2009. Serangan ini dirujuk oleh Israel sebagai 'Operation Cast Lead'. Bagi kita umat Islam ia disebut sebagai Ma'rakat Furqan (The Battle of al-Furqan - Pembeda (criterion).

Februari - Pembunuhan 29 jamaah yang sedang solat subuh di masjid Ibrahimi - al-Khalil (Hebron) oleh askar Israel. Peristiwa ini berlaku pada 25 Februari 1994.

Mac -
'Land Day' di mana rakyat Palestin telah bangkit membantah rampasan tanah dan pembinaan penempatan haram Yahudi di bumi Palestin. Peristiwa yang berlaku pada 28 Mac 1976 yang menyaksikan 6 rakyat Palestin yang membuat bantahan telah ditembak dan syahid. Secara rasminya peristiwa ini diingati sebagai 'Land Day' dan di peringkat antarabangsa ia diingati dengan jenama GMJ (Global March to Jerusalem) yang ditetapkan pada 30 Mac setiap tahun. Kini ia menjadi acara tahunan di seluruh dunia.

Juga pada 17 Mac 2004 - Syeikh Ahmad Yassin menemui syahidnya di bedil dengan peluru berpandu dari Apachee sebaik keluar dari masjid selepas solat subuh.

April - Pembunuhan kejam di Dier Yassin (tidak jauh dari Masjid al aqsa) pada 9 April 1948. Jenayah ini dilakukan oleh Menachem Begin dan kumpulan pengganas yang dipimpinnya 'Irgun' dan 'Haganah'. Satu dari ratusan pembunuhan kejam ke atas rakyat Palestin yang mencetuskan Nakbah.

Tragedi Jenin - 3 - 12 April, di mana ratusan rakyat Palestin dibedil dan terbunuh dalam runtuhan rumah-rumah mereka yang dirobohkan oleh jentolak.

Syahidnya Dr Abdul Aziz Rantissi - 22 April. Beliau menggantikan Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid sebagai pemimpin Hamas utk selama 24 hari sahaja. Beliau juga syahid dengan cara yang sama, ditembak dengan Apachee.

Hari tahanan Palestin yang di tetapkan pada 17 April.

Mei -
Hari an-Nakbah pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan 800,000 rakyat Palestin di usir dari tanah air mereka dan berlindung di khemah pelarain di Lebanon, Syria dan Jordan sejak 67 tahun yang lalu. Tarikh tersebut juga berdirimnya negara haram Israel di atas bumi Palestin yang di rampas.

Pada 31 Mei 2010 - Peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan 9 aktivis kemanusiaan Turki syahid dan labih 600 aktivis dari seluruh dunia di tawan dan dipenjarakan. Mavi Marmara adalah kapal induk yang menerajui LL4G (Life Line for Gaza), satu inisiatif yang digerakkan oleh IHH (Turki) yang mendapat dokongan masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara barat. bahkan hampir sepertiga aktivis adalah rakyat Eropah beragama Kristian. 12 orang sukarelawan dari Malaysia bersama di atas kapal Mavi Marmara. Aktuvis tersebut adalah dari Haluan Palestin, Aqsa Syarif, Muslim Care, Yayasan Amal. Ketua misi ialah Sdr Noorazman dari Haluan Palestin. Aqsa Syarif diwakili oleh mantan Pengerusinya Ust Hasanuddin Mohd Yunus dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Ir Dr Selamat Aliman (juga mewakili PACE - Palestine Centre of Excellence)

Jun -

Jun 5 - 10 1967, Perang 6 hari. Istilah yang kita akan rujuk ialah an-naksah. hari di mana 3 negara Arab dikalahkan dengan cara yang paling memalukan. Gaza, Baitul maqdis timur dan Tebinmg Barat dikuasai israel setelah mereka ceroboh garisan hijau (the green line - Rhodes Armistice 1949). Selain itu Semenanjung Sinai (Mesir) dan Bukit Golan (Syria) dikuasai Mesir. Masjid al-Aqsa juga ditawan dan dikepung sehingga hari ini.

28 Jun 1967. Baitul Maqdis timur dan barat disatukan. Israel mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ib negara Israel yang disatukan dan abadi (united and eternal capital of israel) (nota : pada tarikh yang sama iaitu pada 28 June 2011, kilang roti Persahabatan Malaysia-Palestin yang dibina dengan dana yang disumbangkan oleh rakyat malaysia melalui Aqsa Syarif telah dirasmikan oleh ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr Mohd Zin Kandar).

Julai -

14 Julai 1915. Urusan surat-menyurat di antara Syarif Hussin Makkah dan Pesuruhjaya British di Mesir, Mcmahon dimulakan sebagai satu inisiatif untuk memerdekakan negara Arab dari pemerintahan Turky uthmaniah. Apa yang dikenali sebagai Hussein-McMahon Correspondence ini kemudian dikhianati oleh perjanjian di antara British dan Peranchis Sykes-Picot 1916 yang membahagikan Bild-us-Syams kepada wilayah yang menjadi asas kepada penubuhan negara bangsa Syria, Jordan. Lubnan dan Palestin. ia adalah satu konspirasi musuh untuk memecah belahkan umat arab dan Turki pada Perang Dunia pertama yang membuka laluan kepada penguasaan bumi Palestin.

Ogos

- 21 Ogos 1969 yang disebut sebagai hari al-Quds, hari di mana masjid al-aqsa dibakar oleh bangsa yahudi dari Australia. Peristiwa ini menjadi pendorong kepada tertubuhnya OIC yang diasakan pada asalnya untuk membela masjid al- Aqsa dan tanah suci Palestin.

Ogos 31, 1953. Pembunuhan beramai-ramai ke atas pelarian Palestin di kem al-buruj. Unit 31 tentera Israel yang dipimpin oleh Ariel Sharon telah menyerang rumah-rumah pelarian dan menembak secara rambang membunuh tidak kurang dari 50 rakyat Palestin.
.

September

- 13 September 1993, Yasser Arafat menandatangani perjanjian Oslo yang menyaksikan pertama kalinya PLO mengiktiraf negara Palestin sekaligus mengakui 78% dari bumi Palestin yang ditawan Israel dalam perang arab-Israel 1948 sebagai wilayah kedaulatan Israel. Perjanjian Oslo adalah siri penipuan yang pertama kerana tujuannya hanya untuk membendung pengaruh HAMAS yg tidak dapat ditundukkan oleh Israel. Maka PLO diperkudakan untuk mengambil tindakan ke atas HAMAS dan membanteras intifadah.

September 16 - 17 1982. Pembunuhan kejam ke atas lebih dari 3000 pelarian Palestin di kem Sabra Shatila. Angkara Ariel Sharon yang bersekongkol dengan tentera phalangist Lubnan untuk menghapuskan rakyat Palestin di selatan Lubnan.

September 28, 2000 - tercetusnya intifadah al-Aqsa apabila Ariel Sharon dan 2000 askar israel dengan biadap memasuki perkarangan masjid al-Aqsa. Intifadah al- Aqsa menyaksikan bagaimana seorang anak berusia 10 tahun Muhammad Ad-Durra ditebak dari jarak dekat tanpa belas kesihan dan disaksikan di seluruh dunia pembunuhan kejam tersebut.

Oktober

Perang Oktober 6 - 25 Oktober 1973. juga dikenali dgn Perang Ramadhan. Yang menyaksikan kemenangan di pihak tentera Mesir pada pusingan awal. tidak kurang dari 500 kereta kebal Israel dimusnahkan dan lebih 200 jet pejuang Israel ditembak jatuh. namun perancangan lick Amerika Syarikat yang mengkuatkuasakan gencatan senjata melalui PBB menyebabkan tempo kemaraan tentera Mesir terbantut. israel menggunakan kesempatan gencatan senjata untuk menyerang balas dan meletakkan Mesir dalam keadaan yang genting. Akhirnya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel dengan penyerahan Semenanjung Sinai kepada Mesir (hanya di atas kertas kerana Israel masih menguasai keselamatan di sinai sehingga hari ini). Perjanjian damai ini dikenalai sebagai Perjanjian Camp David 1978 yang membuahkan hubungan diplomatik di antara Mesir dan Israel sehingga hari ini - yang juga menjadi punca kepada sekatan laluan untuk masuk ke Mesir dari Gaza melalui pintu masuk rafah.


November


November 2, 1917 - Deklarasi Balfour diterima oleh Parlimen Bristih yang merestui penubuhan negara Yahudi di bumi palestin. Kemenangan British dan kekalahan turki Uthmaniyah di Palestin dalam perang dunia pertama (kemuncaknya kekalahan turki di Beersheba, Palestin membuka laluan kepada berdirinya negara Israel yang haram pada tahun 1948)

November 20 - 1935. Izzudin el Qassam pemimpin jihad umat Islam di Palestin syahid dalam pertempuran di Ya'bad ketika menentang tentera British. Beliau adalah ispirasi perjuangan Palestin pada fasa awal. HAMAS menamakan sayap bersenjatanya sebagai Briged al-Qassam dan roket nya sebagai roket Al-Qassam.

November 29, The international day of solidarity with Palestine. Tarikh ini dipilih kerana pada tarikh inilah PBB meluluskan resolusi 181 yang membahagikan Palestin berdasarkan pembahagian partition plan di mana 55% negara Palestin diserahkan kepada yahudi pendatang dan cuma 45% yang dikekalkan di bawah penguassan penduduk Arab yang merupakan penduduk asal. Israel menguasai lebih banyak lagi kawasan iaitu tambahan 22% (kepada 77%) dan inilah yang membentuk negara haram Israel pada tahun 15 Mei 1948

Disember

- 9 Disember 1987, tercetusnya intifadah yang pertama, apabila 6 orang pemuda Palestin dilanggar oleh trak Israel. Kemarahan rakyat yang sudah lama tertindas membentu satu gelombang protes yang bermula dari mimbar masjid. intifadah di pimpina oleh gerakan Islam yang muncul pada bulan Disember secara rasminya sebagai HAMAS (Harakatul Muqawwamah wa Islamiyah).

Perutusan Aqsa Syarif Sempena Memperingati Peristiwa An-Naksah Ke-45

artikel di ambil daripada web Aqsa Syarif

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Bagi umat Islam khususnya, tarikh 5 – 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling rendah dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa kembali terjajah setelah ianya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira seribu tahun yang silam.

Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya untuk memperingati satu lagi insiden dalam siri tragedi bertimpa yang dilalui oleh rakyat Palestin. Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah, rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau ‘hari kekalahan’. Peristiwa an-Naksah merujuk kepada Perang enam hari yang berlangsung dari 5 hingga 10 Jun 1967 di antara Negara-negara Arab dan Israel. Dalam tempoh sesingkat enam hari 3 negara Arab iaitu Mesir, Syria dan Jordan kehilangan wilayah dan mengalami kemusnahan yang besar dari sudut ketenteraan. Bahkan dalam tempoh tersebutlah Masjid al-Aqsa ditawan oleh tentera Israel dan terus terjajah sehingga hari ini.

Pada 8 Jun Mesir kehilangan seluruh Semenanjung Sinai yang merupakan satu kekalahan yang besar dan memberi kelebihan strategik kepada Israel untuk terus menguasai Selat Tiran yang mengawal laluan ke Laut Merah. Jalur Gaza yang dikuasai oleh Mesir sejak tahun 1948 juga jatuh ke tangan musuh.Tentera Israel juga memasuki Kota lama Baitul Maqdis dan menduduki Masjid al-Aqsa pada 7 Jun, seterusnya mara ke Sungai Jordan dan menguasai seluruh Tebing Barat yang ditadbir oleh Jordan.

Apabila Mesir dan Jordan bersetuju dengan gencatan senjata yang diputuskan oleh PBB pada 8 Jun, seluruh Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat sudah diduduki oleh tentera Israel. Syria juga memilih untuk patuh dengan gencatan senjata pada 9 Jun, namun Israel terus menceroboh wilayah Syria dan menduduki Tanah Tinggi Golan sehingga kini. Menjelang 10 Jun, Israel menguasai wilayah yang keluasannya ialah dua kali ganda dari Negara haram Israel yang didirikan ke atas wilayah Palestin pada tahun 1948. Wilayah tersebut meliputi Baitul Maqdis Timur, Tebing Barat, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.

Bagi umat Islam, 7 Jun adalah tarikh yang amat memilukan kerana pada tarikh tersebutlah Masjid al-Aqsa kembali terjajah. Tentera Israel memasuki Masjid al-Aqsa yang mulia dan mencemarinya dengan pelbagai perbuatan biadab. Mereka bersorak menghina umat Islam dengan melaungkan Khaibar! Khaibar! Mereka menganggap pada hari tersebut penghinaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh umat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW ditebus dengan jatuhnya Masjid al-Aqsa di tangan Yahudi. Mereka menghina Rasulullah SAW dengan melaungkan "Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita"; merujuk kepada Negara-negara Arab yang mengalami kekalahan teruk dalam Perang 6 hari tersebut.

Mereka turut memusnahkan laluan (pintu) Maghriba dan merobohkan semua rumah-rumah rakyat Palestin yang mengadap Tembok Buraq (Western Wall) dan menukarnya menjadi satu perkarangan lapang bagi upacara keagamaan Yahudi. Tembok Buraq mereka kuasai dan menamakannya sebagai ‘Kottel’ atau ‘Wailing wall’, satu tindakan yang jelas merampas hak umat Islam yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa sebagai warisan Islam. Israel seterusnya mengisytiharkan penggabungan Baitul Maqdis Barat (bahagian Baitul Maqdis yang ditawan pada tahun 1948) dan Baitul Maqdis Timur (yang mereka tawan dalam Perang 6 hari) dan menamakan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu Negara abadi Israel yang tidak boleh dirunding buat selama-lamanya pada 26 Jun 1967.
PBB bertindak meluluskan Resolusi 242 pada bulan 2 November 1967 yang memutuskan Israel perlu berundur semula ke sempadan sebelum 1967 dan mengembalikan ‘sebahagian dari wilayah yang ditawannya’. Namun Israel telah menggunakan wilayah yang didudukinya sebagai bahan tawar-menawar (bargaining chip) untuk menciptakan perdamaian palsu melalui apa yang disebut sebagai pertukaran wilayah (land swap). Hakikatnya Israel tidak pernah berniat untuk melepaskan mana-mana wilayah di Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur yang ditawannya.

Ini adalah berdasarkan tindakan Israel yang terus menerus membina penempatan-penempatan haram di seluruh Tebing Barat bahkan di sekeliling Kota lama yang menempatkan Masjid al-Aqsa. Apabila Perjanjian Damai Oslo ditandatangani pada tahun 1993, Israel meningkatkan lagi aktiviti pembinaan penempatan haram tersebut. Keadaan ini berterusan setelah persetujuan dicapai dalam Annapolis Conference pada tahun 2007 sehingga kini. Israel terus berdolak dalih dan berselindung di sebalik pelbagai istilah perdamaian bermula dari Madrid (1991) sehinggalah Deklarasi Prinsip-prinsip Clinton (DOP – Declaration of Principles – 2001) dan Pelan Damai atau ‘Road Map’ (2003).

Mereka turut membina tembok pemisah (Separation or ‘Aparthied’ wall) sepanjang 800 km dari utara ke selatan jauh ke dalam Tebing Barat untuk mengepung rakyat Palestin, membataskan pergerakan mereka dan menafikan pelbagai kemudahan asas termasuklah sumber air bersih untuk minuman dan mengairi ladang, perkhidmatan dan hak rawatan di hospital bahkan untuk mendapatkan pendidikan untuk anak-anak Palestin. Apabila HAMAS memenangi pilihanraya legislatif yang pertama dan membentuk kerajaan pilihan rakyat yang sah, Israel mengenakan sekatan dan akhirnya kepungan menyeluruh ke atas Gaza bermula pada tahun 2007 sehingga kini.

Hari ini kita menyaksikan pelbagai perkembangan positif dengan perubahan lanskap politik di Timur Tengah khususnya di Mesir. Perkembangan ini merupakan gugatan kepada Israel yang semakin merasa terdesak dengan kehilangan sekutu kuatnya Mesir apabila tumbangnya rejim Hosni Mubarak yang merupakan boneka Amerika dan orang suruhan rejim Zionis. Bahkan pada hari ini Israel terpaksa mencari rakan-rakan baru setelah sekutu-sekutu tradisinya tumbang ditangan rakyat satu persatu. Turki sudah berubah arah 180 darjah dan sistem sekular berteraskan ideologi fanatisisma Kamal Ataturk semakin tergugat, Israel hanya menunggu masa untuk dipencilkan oleh Turki.

Pergolakan di Syria juga akan berakhir dengan pertukaran rejim yang pastinya menjadi ancaman yang ‘real’ kepada Israel. Kedudukannya di Tanah Tinggi Golan yang tidak pernah tergugat di zaman dinasti Basyar akan goyah. Kemenangan calon Presiden FJP iaitu Muhammad Mursi dari Ikhwan Muslimin akan menjadi mimpi ngeri kepada Israel. Kemenangan ini juga akan menukar lanskap keseimbangan kuasa di Semenanjung Sinai yang dikuasai israel secara proksi yang menjerut dan menutup pintu masuk ke Gaza selama ini. Dalam perkataan lainnya, keputusan pilihanraya presiden Mesir akan memberi harapan baru kepada Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan oleh Israel sejak tahun 2007.

Aqsa Syarif menegaskan bahawa jalan untuk menuju perdamaian di Timur Tengah dan di Palestin hanyalah satu iaitu Israel wajib berundur ke sempadan 1967 dan melepaskan semua wilayah yang didudukinya dalam perang 6 hari, berdirinya sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan 1967 tersebut dengan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Palestin yang tidak bolih dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan hak rakyat Palestin untuk pulang ke nagara mereka wajib dihormati sepenuhnya tanpa syarat. Aqsa Syarif mengulangi pendirian negara dan rakyat Malaysia yang berdiri teguh bersama rakyat Palestin untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Aqsa Syarif akan terus berjuang bagi mengembalikan hak rakyat Palestin, berdirinya sebuah negara Palestin yang merdeka dan pembebasan Masjid al-Aqsa sepenuhnya dari cengkaman Zionis Israel.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

4 Jun 2012