Assalamualaikum,
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Saya telahpun selamat diijabkabulkan dengan ukt Nurul Huda Ahmad Nawawi pada tanggal 5 Jun 2010 yang lalu bertempat di Temerloh. Seorang muslimah hebat yang dikirim oleh Allah sebagai hadiah untuk melengkapkan diri saya yang tidak seberapa ini. Hadiah unggul yang tidak ternilai harganya. Tidak lain dan tidak bukan iaitu isteri solehah. Isteri yang sentiasa menyenangkan hati dan mengingatkan dikala terleka.
Seorang lelaki pasti akan ditanya oleh sang isteri/bakal isteri, kenapa kamu memilih dia? Itulah naluri semulajadi seorang wanita yang mahukan kepastian. Jadi, atas dasar apakah kamu memilih dia? Adakah sebab kita suka dan tertarik pada dia, maka kita berkahwin dgnnya? Amatlah rugi sekiranya itulah satu-satunya dasar kita memilih seorang isteri dan berkahwin. Terlalu banyak tujuan, hikmah dan fungsi perkahwinan itu kepada diri dan masyarakat, sekiranya kita mengetahui.
Pertamanya, kita perlu mengetahui kedudukan seorang lelaki dan wanita dalam Islam, di mana lelaki dan wanita itu saling melengkapi (Taubah 71-72), lelaki itu sebagai seorang pemimpin wanita - disebabkan perbezaan tabiat dan sikap (An-Nisaa' 34) dan persamaan antara lelaki dan wanita dalam melakukan tugas2 ad-deen - kedua2nya perlu melakukan amar makruf nahi mungkar dan perkahwinan itu membolehkan pembesaran skop amar makruf (An-Nisaa' 124)
Seseorang yang ingin berkahwin itu perlu mempunyai satu mindset bahawa keluarga yang ingin dibentuk itu adalah satu bentuk pengekalan dan penerusan umat, melindungi akhlak dan tatasusila, menstabilkan hubungan rohani, pembentukan diri dan ahli keluarga, memberi jaminan sosial, meluaskan kaum kerabat dan meningkatkan produktiviti dan keazaman utk berusaha. Melalui perkahwinan juga, akan terbuka lebih banyak medan2 amal baru dan amal jamaie kepada kita. Dari solat bersama, bertadarus bersama sampailah kepada bergurau senda (4 perkara yang dilakukan tidak sia2) dan mandi bersama (sunnah Nabi SAW mandi bersama Aishah). Semua itu adalah ibadah sekiranya kita memahami.
Melalui kefahaman yang sebenar, barulah kita akan dapat merasai dan menghargai betapa berharganya sebuah perkahwinan itu. Perkahwinan bukan sahaja semata2 untuk melunaskan hawa nafsu dan atas dasar suka sama suka, tetapi perkahwinan itu sebagai suatu institusi yang jauhh lebih besar. Lihatlah perkahwinan itu sebagai satu langkah untuk menjaga diri, meningkatkan amal dan menyumbang kepada masyarakat.
Insha Allah, dengan niat dan kefahaman yang betul, Allah akan mengurniakan kita keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.
Saya juga ingin recommend satu buku yang sangat hebat isinya bertajuk 'Di Jalan Dakwah Aku Menikah' (klik here untuk baca intro) tulisan Cahyadi Takariawan. Sesuai untuk dibaca bagi yang hendak bernikah atau lama lagi sebagai pengisian kefahaman. Insha Allah, buku ini dapat membantu kita memahami makna tersirat perkahwinan yang mudah2an menjadikan kita berfikir dan perkahwinan kita lebih bermakna.
Akhir kalam, saya ingin berkongsi doa2 yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian berkaitan keluarga islam yang terdapat dalam al-Quran.
1. Furqan 74
2. Ibrahim 40
3. Ali Imran 38
Salam Aidilfitri,
Pena Biru,
8.02am,
3 Syawal 1431