Thursday, 24 March 2011

Remote Desktop Logmein

Assalamualaikum wbt,

Saya rasa pasti anda semua pernah mengalami situasi seperti ini;
'Aiseh, file presentation aku tu dalam laptop kt rumah la. Lupa nak save. Sekarang ni kat uni. Nak balik    rumah malas. Macam mana ek?' 
'Kat rumah tak boleh cari journal online sebab bukan dalam network universiti. Orang kata boleh guna VPN tapi tak retila.' 
'Bila nak buat simulation, mesti kena pergi office. Sebab software tu available kat PC office je'. 
'Aku sekarang kat Jepun ni untuk conference. Tapi ada file yg aku tak save la. Boleh tak ko bukakan laptop aku, password 123 dan emelkan file tu kat aku?'

Masalah tersebut sebenarnya boleh diselesaikan sekiranya anda menggunakan 'remote desktop'. Remote desktop ini dengan kata lain, kita control PC kita remotely atau dari jauh. Microsoft Windows sudah pun mempunyai application ini tapi kita perlu mengetahui PC Name atau IP Addressnya. IP address, apa tu? Takpe, lupakan saja.

Untuk remote desktop, saya selalu menggunakan website 'logmein.com'. Asalkan PC yang anda ingin remotely-controlled itu mempunyai internet dan 'ON', anda boleh access PC tersebut dari mana2 sahaja di dunia ini. Saya personally selalu remote desktop antara PC office, laptop dirumah dan PC di lab. Kadang2 bila saya lupa untuk bawa pendrive utk save data di lab, saya tidak perlu pergi kembali ke lab, tapi boleh terus access remotely dan dapatkan data tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah register di website berkenaan dan boleh add PC yang anda ingin connect. Kemudian anda perlu install software yang diberi. Just follow the step by step instructions. Sangat mudah dan ianya FREE. Semasa trial period, anda boleh copy di remote PC dan kemudian paste terus di PC anda. Namun selepas trail period habis, anda perlu bayar utk features tersebut. Tapi remote desktop service masih lagi boleh digunakan indefinitely secara FREE. I found it very2 useful dan banyak membantu kerja2 seharian. Apa tunggu lagi? Cuba hari ini utk optimise masa anda!!!

Wednesday, 9 March 2011

Sunday, 6 March 2011

MKP@DUBLIN

Assalamualaikum,

Di sekitar Program Palestine Week di Trinity College Dublin, Rep of Ireland pada 2 Mac 2011. Program ini adalah anjuran IKRAM UK-Eire. Program ini menampilkan Syeikh Majdi Aqil dari Interpal (Palestinian Relief & Development Fund) yang beribu pejabat di London. Pengarah PACE merangkap ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr Hafidzi turut berkongsi pentas dengan beliau. Sdr Abdul Rahman dari Misi Kasih Palestin (MKP) membentangkan pengalaman menjalankan misi bantuan ke Lubnan - satu usaha yang diterajui oleh pelajar-pelajar IKRAM di UK-Eire.
 
Bergambar bersama Afiq Razhif Razali (Dublin) dan
Abdul Rahman (Sheffield) dari Misi Kasih Palestin (MKP)
Bersama Syeikh Majdi Aqil dari Interpal, London . Beliau adalah kelahiran Palestin (di sebuah pekan berhampiran Ashdod - wilayah haram Israel). Keluarga beliau turut terlibat dalam peristiwa Nakbah pada tahun 1948. Beliau dibesarkan di khemah pelarian di Ghazzah)
Sdr Abdul Rahman menerima cenderahati dari Palestine Mercy Mission (MKP) IKRAM UK-Eire
Suasana di dalam dewan
Syeikh Aqil Majdi


Menerima cenderahati dari Palestine Mercy Mission yang
disampaikan oleh aktivis Interpal (kelahiran Baitul Maqdis)

Bergambar ramai selepas Forum
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif
Posted by Dr Hafidzi Mohd Noor at 8:36 PM

Sunday, 30 January 2011

Teaser SeSi

Kita dan Syura

Salam,


Ramai daripada kita menghadiri meeting di sana sini, namun mungkin sedikit yang menyedari bahawa bermesyuarat itu sebenarnya sangat dianjurkan dan dekat dengan Islam. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu konsep yang penting iaitu konsep syura. Allah telah menggambarkan salah satu ciri2 orang beriman ialah bermesyuarat dalam menentukan keputusan seperti dalam surah As -Syura


Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka
(As-Syura: 38)

Begitu juga dalam surah Ali - Imran,

Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal2 keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah.
(Ali Imran: 159)

Rasulullah s.a.w. juga sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat dan menerima pendapat peribadi mereka jika ternyata pendapat tersebut benar. Inilah yang berlaku antara baginda dengan al-Habbab bin al-Munzir ketika perang badar. Saidina Umar juga telah menyerahkan kuasa kepada ahli syura semasa pemilihan khalifah.

Lihatlah betapa cantik, syumul dan pratikalnya Islam dalam kehidupan kita. Sehinggakan method terbaik membuat keputusan juga sudah di ajar lebih 1400 tahun yang lalu (masih lagi releven sehingga kini).

Konsep syura juga meraikan pendapat dan idea orang yang berbilang. Sebagai contoh, apabila sesebuah organisasi atau jemaah ingin membuat keputusan, ianya haruslah disyurakan dikalangan ahli2nya. Ianya bukan one man show. Untuk menjamin kemajuan dan kompetensi organisasi, proses perbincangan tidak boleh disekat. Keluarkanlah seberapa banyak idea, hujah, pendapat dan kreativiti masing2 dalam tempoh  perbincangan.

Namun, selepas proses perbincangan tamat, dan keputusan syura diambil, semua ahli harus menerimanya sekalipun keputusan itu tidak dipersetujuinya. Di sinilah konsep berlapang dada memainkan peranan (suatu konsep yg nampak mudah tapi kadang2 susah untuk diterjemahkan). Keputusan syura harus diterima dan disokong ahli. Namun, sekiranya (in the future) ternyata keputusan syura itu salah, ingatlah bahawa keputusan yang diambil atas kapasiti syura itu sentiasa mendapat keberkatan Allah dan diganjari pahala.

Saya ingin mengambil contoh yang berlaku dalam Hamas yang saya baca dalam buku Azzam Tamimi 'Hamas the unwritten chapters'. Pada awal gerakan Ikhwan Palestin (Hamas sebelum 1987), modus operandi mereka lebih kepada membina atau menyusun kembali masyarakat yang pada ketika itu sudah jauh daripada mempraktikkan Islam yang sebenar. Mereka percaya bahawa kejatuhan Palestin ketangan Israel adalah kerana kelemahan orang Arab sendiri dan proses merawat mereka adalah prioriti utama. Tiada gunanya bercerita untuk membebaskan Palestin sekiranya keadaan umat Islam adalah lemah dan dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, gerakan utama mereka ialah dakwah dan tarbiyyah, kebajikan, sosial dan education (tiada physical resistance dengan Israel).

Namun, pada ketika itu, disebabkan faktor luaran dan dalaman, sesetengah mendesak agar Ikhwan Palestin untuk terlibat dalam military resistance menentang Israel. Namun, syura pada ketika itu menentangnya. Sheikh Ahmad Yassin berkata,

'I had personal desire, and I was motivated, to launch the battle as early as 1967. However, whenever we studied the circumstances and assessed the resources we found them insufficient and had to postpone. Then, we would study the case once more then postpone again'

Pada ketika itu, beberapa ahli terkemuka Ikhwan Palestin dibuang kerana ingkar. Fathi al Shiqaqi sebagai contoh dibuang kerana membina tanzim baru yang ahlinya direkrut dikalangan Ikhwan. Dia kemudian menubuhkan Islamic Jihad.

Akhirnya pada 1987, Ikhwan Palestin mengambil keputusan untuk menubuhkan Hamas dan turun padang menentang Israel melalui intifada pertama. Ketika itu, mereka sudah bersedia (dari segi pengaruh dalam masyarakat, fikrah dan ketahanan ahli, facilities dan military equipments) dan penentangan terhadap Israel bukan sahaja dapat bertahan selama 2 hari, 2 bulan atau 2 tahun, malah lebih daripada 20 tahun sehingga kini.

Mudah2an kita sama2 dapat ambil iktibar dan implement dalam kehidupan kita. Insha Allah.

Pena Biru
12.16 am, 30 Jan 2011

Wednesday, 10 November 2010

Puasa 3 hari sebulan

Hadith berkaitan utk puasa 3 hari dalam sebulan seperti dalam mutabaah amal:

"...Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah untuk solat (qiam) serta berpuasalah tiga hari setiap bulan kerana pahalanya dilipatkan sepuluh kali. Jika setiap bulan kamu berpuasa 3 hari, itu seperti berpuasa sepanjang masa"

Riwayat Bukhari dan Muslim

Thursday, 4 November 2010

'Kalau' dan 'Sihat tubuh badan'


Artikel ini ditulis hasil inspirasi perbincangan dalam usrah sebentar tadi (credit tu burn, afifi, haikal, akmal dan atiq)...

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, pada kedua2nya ada kebaikan. Berjaga2 lah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata, 'Kalaulah aku lakukan begini, maka sudah pasti lain yang berlaku'. Tetapi katakanlah, 'Itu merupakan takdir  Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya', sesungguhnya 'Kalau' akan membuka pintu amalan syaitan'

(Riwayat Muslim)

Disini saya ingin berkongsi 2 points; pertamanya penggunaan perkataan 'kalau'. 

Sebagaimana yang diterangkan Rasulullah, perkataan 'kalau' akan membuka jalan kepada hasutan syaitan. Ia akan menjadikan seseorang itu resah gelisah, berduka dan tidak redha kepada qada' dan qadar Allah. Seharusnya, kita berfikiran positif kerana sesuatu yang berlaku itu adalah dengan keizinan-Nya. Allah lah yang Maha Bijaksana dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Penggunaan 'kalau' untuk sesuatu yang belum berlaku atau untuk future planning adalah tidak salah sama sekali.

Point ke-2 ialah Allah lebih menyukai dan mencintai mukmin yang kuat dan sihat berbanding mukmin yang lemah. Sebab itulah salah satu daripada muwasafat tarbiah kita ialah untuk membina individu yang memiliki 'kekuatan jasmani' ataupun 'Qawiyyul Jism'. Melalui kekuatan jasmani dan tubuh yang sihat, kita dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang kuat, apalagi berperang di jalan Allah dan bentuk2 perjuangan yang lain. 

Untuk itu, dalam tarbiah, setiap orang dibiasakan untuk menjaga kebersihan badan, pakaian, makan dan minum mengikut sunnah, meninggalkan kebiasaan yang buruk (i.e MEROKOK) atau mengambil makanan2 yang melemahkan tubuh. Selain itu, setiap orang juga dibiasakan untuk menjauhi makanan dan minuman yang diawet, mengatur jadual makan, makan makanan yang seimbang (piramid makanan) dan tidak berlebihan dalam mengambil lemak, garam dan gula (kurangkan soft drinks).
Setiap orang juga dibiasakan untuk mendapat tidur yang cukup, bangun sebelum fajar dan menjadikan bersukan minimum 15 mins sekali dan sebanyak 3 kali seminggu dalam mutabaah amal.

Kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Walaubagaimanapun, sakit adalah lumrah dan wajar diterima dengan hati yang redha.

Wallahua'lam. 

Selamat bersukan,

Pena Biru
11.30pm, 4 Nov 2010