Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Saturday, 1 October 2011

Tujuh Penyuluh daripada Kapal Nuh


1. Jangan tertinggal 'kapal'

2. Ingatlah kita di atas 'kapal' yang sama

3. Rancanglah masa depan. Hujan atau ribut tidak berlaku ketika Kapal tersebut sedang dibina.

4. Abaikan kritikan dan kutukan yang tidak membina. Fokus terhadap usaha dan kerja yang perlu dilaksanakan.

5. Bina masa depan di atas tempat yang tinggi

6. Cepat dan laju tidak selalunya berfaedah dan berguna. Dari selambat-lambat makhluk seperti siput sehinggalah selaju-laju makhluk seperti harimau bintang... semuanya sempat naik ke atas 'kapal'.

7. Seteruk mana pun ribut yang melanda 'kapal', jika Allah s.w.t. bersama kita, pasti dan pasti ada 'pelangi' yang sedia menanti.


Wa Allahu A'lam

Jzkk

Ahmad Izwan Nordin

Thursday, 29 September 2011

Ucapan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimun dalam Muktamar Tullab

Sumber:

http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

http://ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=210&ArtID=91732


Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.

Anak-anakku muda-mudi tercinta,

Ketahuilah bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang cerah, masa-depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta kegemilangannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu. Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.

Dan kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi realiti dan mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”

Bertitik tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.

1. Kewajipan terhadap diri sendiri

Sesungguhnya kamu kini berada pada peringkat usia paling subur dan paling kuat. Maka wajib ke atas kamu memelihara kekuatan ini dan menunaikan hak-haknya. Yang aku maksudkan dengan kekuatan di sini ialah semua jenis dan semua anasirnya, iaitu kekuatan lahiriah, maknawiah, ruhiah, jasadiah dan sebagainya. Kamu kini berada pada peringkat kuat di antara dua peringkat lemah sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban…” Ar-Rum:54

Dan kamu akan ditanya pada Hari Qiamat nanti tentang peringkat ini sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…” Lihat, meskipun muda itu sudah termasuk dalam usia keseluruhannya, namun baginda sebut secara khusus tentangnya memandangkan kepentingan usia peringkat ini.

Kita perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita menanggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang.

Justeru, hendaklah kamu mempertingkatkan diri kamu dari aspek keimanan, keruhanian, ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar kamu menjadi insan yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri kamu. Sejauh mana besarnya dan beratnya tanggungjawab kamu, maka sekadar itulah persiapan yang kamu harus lakukan untuk memikul tanggugjawab itu. Setinggi mana matlamat yang hendak dicapai, setinggi itulah usaha yang mesti dicurahkan untuk merealisasikannya, dan pastinya ganjarannya juga besar dengan izin Allah.

Maka hendaklah kamu mengelokkan hubungan kamu dengan Allah sama ada ketika rahsia dan terbuka. Jangan kamu lakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan-Nya. Hendaklah kamu memohon pertolongan dan bantuan-Nya. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Putera puteriku yang disayangi,

Jangan kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya sungai-sungai di dalam dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dikumpulkan pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun awas! Jangan pula kamu sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada kamu. Sesungguhnya hikmah itu barang hilang orang mukmin. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.

Realisasikan pada diri kamu 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal bagi kamu sedaya mampu kamu. 10 sifat itu ialah:

jasad yang kuat,
akhlak yang mantap,
fikiran yang bermaklumat,
mampu bekerja,
aqidah yang sejahtera,
ibadah yang sahih,
bermujahadah melawan nafsu,
sangat menjaga waktu,
urusannya tersusun,
berguna untuk orang lain.


Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.

Jadikan diri kamu sebagai qudwah solehah bagi orang sekeliling kamu, sama ada orang yang committed dengan Islam atau tidak, bahkan bagi orang Islam dan bukan Islam. Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan warganegara seluruhnya.

Jadilah kamu orang yang berinovatif dan kreatif. Keluarkan seluruh keupayaan kamu, gunakan ia untuk berkhidmat kepada tanahair kamu supaya seluruh alam berbangga dengan kamu. Hendaklah kamu jadi orang yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang dan pelbagai jurusan. Semua ini tidak akan terlaksana melainkan dengan ilmu, amal, sabar dan gigih.

Berhati-hatilah kamu dari penyakit hati dan hawa nafsunya. Ketahuilah bahawa orang yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah matlamat kamu.

Pastikan kamu bersahabat dengan orang yang baik dan orang yang dapat membantu kamu dalam mentaati Allah dan memajukan diri kamu dalam segenap lapangan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang apabila kamu ingat kepada Allah, dia membantu kamu dan apabila kamu lupa, dia mengingatkan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Jangan kamu memandang rendah kepada diri kamu dan usia kamu. Berapa ramai sudah pemuda yang telah mengubah wajah sejarah. Di dalam sirah dan sejarah lama dan baru terdapat fakta yang menyokong kata-kataku ini. Maka jadilah kamu pemuda jenis ini, yang sirahnya ditulis dengan huruf-huruf daripada cahaya dan dengan tinta daripada emas.

Maka tanggungjawab kamu sangat besar, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab yang hebat. Dan para pemuda telah memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam menjayakan revolusi tersebut. Mereka bekerjasama dengan semua golongan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan yang ada. Ketahuilah bahawa revolusi belum lagi berakhir sehingga terlaksana matlamat kita sepenuhnya. Inilah yang menuntut kita mencurahkan tenaga, menambahkan sumbangan lagi dan lagi sehingga revolusi ini masak ranum dan Negara kita terangkat maju ke hadapan.

2. Kewajipan terhadap kedua ibu bapa

Ingatlah Allah dan ingatlah pesanan Allah mengenai ibu bapa kamu. Mereka adalah jalan kamu menuju ke syurga. Maka berbaktilah kepada mereka, taatilah mereka, dekatkan diri dengan mereka, berusahalah untuk menunaikan hajat mereka dan berendah dirilah dengan mereka. Elakkan diri kamu dari perkara yang menimbulkan kemarahan mereka atau melanggar suruhan mereka dalam perkara yang makruf. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…” Al-Isra’:23

Di dalam mentafsir firman Allah yang bermaksud “maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uff”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”, sebahagian ulamak berkata, hendaklah kamu bercakap dengan lembut, mengandungi perasaan belas kasihan, menarik hati mereka, sesuai dengan kehendak dan kecenderungan mereka sedaya mampu kamu, lebih-lebih lagi ketika mereka telah tua.

Aku suka menarik perhatian kamu kepada sabda Nabi s.a.w. yang cukup padat dan penuh hikmah (maksudnya): “Keredhaan Tuhan terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan ibu bapa.” Dan sabdanya (bermaksud): “Celakalah dan kecewalah!” Mereka bertanya, “Siapakah yang celaka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang yang sempat bersama ibu bapa atau salah seorang daripada keduanya ketika tua, kemudian dia tidak tidak masuk syurga.” Ketahuilah bahawa datuk nenek kamu adalah akar bagi pokok keluarga, ayah dan ibu kamu adalah batangnya dan kamu adalah daun-daun, bunga-bunga dan buah-buahnya. Kalaulah tidak adanya mereka, tidak adalah kamu.

3. Kewajipan kamu terhadap tanahair

Sesungguhnya tanahair kamu sangat berhajat kepada tenaga kamu yang ikhlas untuk bangkit, lebih-lebih lagi selepas apa yang telah menimpanya selama ini. Ia telah lama diperas, dizalimi dan dirosakkan. Warganya, potensinya, kekayaannya hampir musnah kesemuanya. Maka hendaklah kamu tolong menolong dengan semua pihak, bersatu padu dengan semua golongan, bekerjasama dengan semua pertubuhan untuk membina tanahair kamu. Ruang dan peluang untuk bekerjasama amat luas demi kebaikan tanahair kita. Kita berkerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan kita menerima keuzuran dalam perkara yang kita tidak sepakati.

Hendaklah kamu gariskan matlamat kamu dengan jelas dan tepat agat tenaga kamu tidak terbuang sia-sia, kamu tidak keliru antara hadaf dengan wasilah, tidak memperbesarkan perkara kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Pelajarilah fiqh aulawiyyat dan beransur-ansurlah menyusun langkah. Dengan jelasnya matlamat dalam fikiran kamu, akan teranglah jalan kamu, tenaga dan kesukaran jakan kamu dapat diminimumkan, dan matlamat akan tercapai dengan lebih cepat. Utamakan aspek beramal daripada berteori supaya manusia dapat melihat daripada kamu amal yang hebat, bukan semata-mata cakap. Teladan perbuatan seorang lelaki dalam seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki.

Hendaklah kamu beramal bersungguh-sungguh untuk mencari alternative yang lebih baik yang dapat membantu kamu memanfaatkan waktu kamu. Berhati-hati dengan masa lapang. Sesungguhnya masa lapang itu musuh kamu yang paling ketat. Masa lapanglah yang mendorong pemuda terjerumus ke lembah kesesatan dan keruntuhan akhlak. Kamu juga perlu mengikhlaskan niat, menggunakan semua kebolehan serta bakat dan manfaatkan setiap detik waktu. Itulah rahsia kejayaan dengan izin Allah. Hendaklah kamu menggabungkan diri dengan pusat-pusat aktiviti pemuda, kesatuan sukan, badan kerajaan, majlis tempatan, pertubuhan sukarela, pertubuhan sosial, badan kebajikan dan sebagainya. Bangunkan, kembangkan, susun program keilmuan dan kemahiran yang berguna. Ikut serta dalam pelbagai kegiatan amal sehingga mereka sedar akan nilai kamu dan risalah kamu dalam kehidupan serta sumbangan kamu yang berguna kepada tanahair kamu.

Hendaklah kamu mengambil berat tentang masyarakat kamu dan permasalahannya dan memainkan peranan yang positif dalam membantunya. Aktifkan minda kamu mencari penyelesaian masalah masyarakat. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan mereka, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan untuk menunaikan hajat manusia. Digemarkan mereka kepada kebaikan dan digemarkan kebaikan kepada mereka. Mereka akan mendapat keamanan pada hari manusia dalam ketakutan (Hari Qiamat).”

4. Kewajipan terhadap umat

Hendaklah kamu mengambil berat tentang umat kamu dan isu-isunya. Serapkan dalam diri kamu dan berusaha menolongnya. Jangan kamu menyisihkan diri dari permasalahannya kerana siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka. Kamu menjauhkan diri dari permasalahan umat kamu merupakan permulaan kepada perpecahan dan pertelingkahan. Dan itu akan membawa kepada kerugian serta menunjukkan kamu tidak berintima’ kepada umat kamu, umat Arab dan umat Islam.

Putera puteriku yang dikasihi,

Sesungguhnya Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah telah menggariskan di dalam risalahnya “Ilasy-Syabab” rukun-rukun kejayaan. Dia berkata: “Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keimanan kepadanya kuat, keikhlasan yang sempurna dalam merealisasikannya, semangat (hamasah) yang membuak-buak dalam memikulnya, serta wujud kesediaan untuk berkorban dan beramal demi menegakkannya.” Dari kata-kata ini kita dapati rukun kejayaan itu empat perkara: iman, ikhlas, hamasah (semangat) dan amal. Rukun-rukun ini merangkumi aspek ruh dan aqidah (iman dan ikhlas) di samping aspek amal dan pelaksaan (hamasah dan amal). Ini merupakan gabungan yang sungguh cantik, semangat (hamasah) pemuda, pengarahan yang baik, kemantapan fahaman, mendahulukan aspek aqidah daripada yang lain.

Di tempat lain beliau berkata: “Dan setiap orang yang beramal dengan benar dari kalangan kamu akan mendapati di medan Islam apa yang selari dengan kehendaknya dan memenuhi aktivismanya jika dia terdiri daripada orang yang benar.” Tabiat pemuda adalah hamasah. Jika tidak dikekang mungkin akan terlajak. Lantaran itu Imam al-Banna menasihatkan: “Kekanglah runtunan emosi dengan pandangan akal. Sinarilah pandangan akal dengan nyalaan emosi.” Maka di sini Imam al-Banna mengekang dan mengawal semangat serta menghalakannya ke jalan yang betul dan lurus, jalan iman, ikhlas dan benar.

Maka berpegang teguhlah dengan empat rukun ini. Realisasikan di dalam diri kamu dan serulah orang lain daripada kamu. Beramallah dengannya dan tukarkan ia menjadi realiti yang bergerak bersama kamu di setiap medan kehidupan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Imam al-Banna juga telah menyebut di dalam risalahnya yang ditujukan kepada kamu thawabit (perkara yang tetap) jamaah yang terpenting, iaitu:

rabbaniah,
tadarruj,
tarbiah,
syumuliah.


Maka jadikan thawabit ini sentiasa berada di hadapan mata kamu. Berpeganglah dengannya dan beramallah mengikut tuntannya. Dengan itu akan menjamin keselamatan jalan, kebenaran hadaf dan terlaksana natijah yang paling baik dengan izin Allah.

Rabbaniah bermaksud: menuju hadaf yang diletakkan Allah untuk kita, bukan hadaf yang kita letakkan untuk diri kita. Dan kita akan sampai dengan izin Allah dan pertolongan-Nya. “Dan Allah enggan kecuali Dia akan sempurnakan cahaya-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

Tadarruj dan tarbiah bermaksud: “Kita akan didik diri kita semoga kita menjadi individu muslim, kita akan didik rumah kita supaya menjadi rumah muslim, kita akan didik bangsa kita sehingga menjadi bangsa muslim di kalangan bangsa-bangsa yang muslim, dan kita akan tetap teruskan langkah kita sehingga sempurna semua pusingan.”

Syumul bermaksud: “Ikhwan beriman bahawa Islam itu aqidah dan ibadah, tanahair dan bangsa, akhlak dan kebendaan, ilmu dan undang-undang, toleransi dan kekuatan. Mereka yakin dan berpegang teguh bahawa Islam adalah sistem yang lengkap dan merealisasikannya pada diri dalam semua aspek kehidupan, menyusun urusan dunia sebagaimana menyusun urusan akhirat. Mereka beriktiqad Islam adalah sistem amali dan ruhi secara seiring. Maka Islam di sisi Ikhwan adalah din dan daulah, mushaf dan saif (pedang). “sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” Al-Kahf:13

Dan akhirnya,

Kamu adalah harapan dengan izin Allah. Kami mengetahui bahawa pada kamu ada kebaikan yang besar. Maka rasailah sentiasa wahai pemuda realiti yang dialami umat kamu, realiti yang cukup masam, pahit, menyedihkan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kita yang redha dengannya. Rasailah bahawa di tangan kamu dan dengan usaha kamu akan merobah keadaan umat kamu dan memenangkannya jika terlaksana pada diri kamu dan reality kamu syarat-syarat kemenangan, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Muhammad:7

Maka hendaklah kamu mengelokkan iman kamu dengan Allah dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w., amal berterusan, tajarrud sepenuhnya, curah tenaga tanpa henti, berkorban apa saja, jujur dengan Allah, dengan diri dan dengan manusia, gunakan tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana diri kita ini jika tidak digunakan untuk perkara yang benar, dia akan sibukkan kita dengan perkara yang batil. Apabila terlaksana semua ini, akan terlaksanalah kemanangan sebagaimana yang telah dicapai sebelum ini, dan ia tidak sukar bagi Allah. “dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj:40

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluargannya dan sahabat-sahabatnya.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.

Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi,
Cairo, Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011M

Tuesday, 16 August 2011

Muhasabah separuh Ramadhan


Salam,

Telah separuh Ramadhan kita lalui pada tahun ini. Marilah kita sama2 bermuhasabah. Bagaimana kita menggunakan masa kita pada bulan yang mulia ini? Adakah cukup kita bertilawah sehari sejuzuk? Atau setengah juzuk ataupun kurang daripada itu sama sahaja seperti hari2 biasa diluar bulan Ramadhan? 

Adakah kita bersolat tahajjud setiap kali selepas bersahur? Ataupun kita memilih untuk menyambung tidur? Ataupun kita bersahur di kedai mamak sehingga masuk waktu subuh dan terlepas tahajjud? Di Msia, ramai yang sanggup berjaga malam untuk menonton EPL, tetapi berapa ramai yang bertahajjud sekali?

Bagaimana pula dengan tarawikh kita? Pernahkah kita meninggalkan tarawikh kita dengan sengaja atas alasan malas, keluar bershopping atau lepak2 di kedai mamak?

Bagaimana pula dengan infaq kita? Sama seperti sebelum ini?

Marilah kita sama2 bermuhasabah agar separuh kedua Ramadhan kita menjadi lebih bermakna. Ayuh, bersiaplah kita sebelum menjelangnya 10 malam terakhir.

Salam muhasabah,

Pena Biru,
5.27 am, 26 Ramadhan

Sunday, 30 January 2011

Kita dan Syura

Salam,


Ramai daripada kita menghadiri meeting di sana sini, namun mungkin sedikit yang menyedari bahawa bermesyuarat itu sebenarnya sangat dianjurkan dan dekat dengan Islam. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu konsep yang penting iaitu konsep syura. Allah telah menggambarkan salah satu ciri2 orang beriman ialah bermesyuarat dalam menentukan keputusan seperti dalam surah As -Syura


Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka
(As-Syura: 38)

Begitu juga dalam surah Ali - Imran,

Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal2 keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah.
(Ali Imran: 159)

Rasulullah s.a.w. juga sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat dan menerima pendapat peribadi mereka jika ternyata pendapat tersebut benar. Inilah yang berlaku antara baginda dengan al-Habbab bin al-Munzir ketika perang badar. Saidina Umar juga telah menyerahkan kuasa kepada ahli syura semasa pemilihan khalifah.

Lihatlah betapa cantik, syumul dan pratikalnya Islam dalam kehidupan kita. Sehinggakan method terbaik membuat keputusan juga sudah di ajar lebih 1400 tahun yang lalu (masih lagi releven sehingga kini).

Konsep syura juga meraikan pendapat dan idea orang yang berbilang. Sebagai contoh, apabila sesebuah organisasi atau jemaah ingin membuat keputusan, ianya haruslah disyurakan dikalangan ahli2nya. Ianya bukan one man show. Untuk menjamin kemajuan dan kompetensi organisasi, proses perbincangan tidak boleh disekat. Keluarkanlah seberapa banyak idea, hujah, pendapat dan kreativiti masing2 dalam tempoh  perbincangan.

Namun, selepas proses perbincangan tamat, dan keputusan syura diambil, semua ahli harus menerimanya sekalipun keputusan itu tidak dipersetujuinya. Di sinilah konsep berlapang dada memainkan peranan (suatu konsep yg nampak mudah tapi kadang2 susah untuk diterjemahkan). Keputusan syura harus diterima dan disokong ahli. Namun, sekiranya (in the future) ternyata keputusan syura itu salah, ingatlah bahawa keputusan yang diambil atas kapasiti syura itu sentiasa mendapat keberkatan Allah dan diganjari pahala.

Saya ingin mengambil contoh yang berlaku dalam Hamas yang saya baca dalam buku Azzam Tamimi 'Hamas the unwritten chapters'. Pada awal gerakan Ikhwan Palestin (Hamas sebelum 1987), modus operandi mereka lebih kepada membina atau menyusun kembali masyarakat yang pada ketika itu sudah jauh daripada mempraktikkan Islam yang sebenar. Mereka percaya bahawa kejatuhan Palestin ketangan Israel adalah kerana kelemahan orang Arab sendiri dan proses merawat mereka adalah prioriti utama. Tiada gunanya bercerita untuk membebaskan Palestin sekiranya keadaan umat Islam adalah lemah dan dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, gerakan utama mereka ialah dakwah dan tarbiyyah, kebajikan, sosial dan education (tiada physical resistance dengan Israel).

Namun, pada ketika itu, disebabkan faktor luaran dan dalaman, sesetengah mendesak agar Ikhwan Palestin untuk terlibat dalam military resistance menentang Israel. Namun, syura pada ketika itu menentangnya. Sheikh Ahmad Yassin berkata,

'I had personal desire, and I was motivated, to launch the battle as early as 1967. However, whenever we studied the circumstances and assessed the resources we found them insufficient and had to postpone. Then, we would study the case once more then postpone again'

Pada ketika itu, beberapa ahli terkemuka Ikhwan Palestin dibuang kerana ingkar. Fathi al Shiqaqi sebagai contoh dibuang kerana membina tanzim baru yang ahlinya direkrut dikalangan Ikhwan. Dia kemudian menubuhkan Islamic Jihad.

Akhirnya pada 1987, Ikhwan Palestin mengambil keputusan untuk menubuhkan Hamas dan turun padang menentang Israel melalui intifada pertama. Ketika itu, mereka sudah bersedia (dari segi pengaruh dalam masyarakat, fikrah dan ketahanan ahli, facilities dan military equipments) dan penentangan terhadap Israel bukan sahaja dapat bertahan selama 2 hari, 2 bulan atau 2 tahun, malah lebih daripada 20 tahun sehingga kini.

Mudah2an kita sama2 dapat ambil iktibar dan implement dalam kehidupan kita. Insha Allah.

Pena Biru
12.16 am, 30 Jan 2011

Thursday, 4 November 2010

'Kalau' dan 'Sihat tubuh badan'


Artikel ini ditulis hasil inspirasi perbincangan dalam usrah sebentar tadi (credit tu burn, afifi, haikal, akmal dan atiq)...

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, pada kedua2nya ada kebaikan. Berjaga2 lah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata, 'Kalaulah aku lakukan begini, maka sudah pasti lain yang berlaku'. Tetapi katakanlah, 'Itu merupakan takdir  Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya', sesungguhnya 'Kalau' akan membuka pintu amalan syaitan'

(Riwayat Muslim)

Disini saya ingin berkongsi 2 points; pertamanya penggunaan perkataan 'kalau'. 

Sebagaimana yang diterangkan Rasulullah, perkataan 'kalau' akan membuka jalan kepada hasutan syaitan. Ia akan menjadikan seseorang itu resah gelisah, berduka dan tidak redha kepada qada' dan qadar Allah. Seharusnya, kita berfikiran positif kerana sesuatu yang berlaku itu adalah dengan keizinan-Nya. Allah lah yang Maha Bijaksana dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Penggunaan 'kalau' untuk sesuatu yang belum berlaku atau untuk future planning adalah tidak salah sama sekali.

Point ke-2 ialah Allah lebih menyukai dan mencintai mukmin yang kuat dan sihat berbanding mukmin yang lemah. Sebab itulah salah satu daripada muwasafat tarbiah kita ialah untuk membina individu yang memiliki 'kekuatan jasmani' ataupun 'Qawiyyul Jism'. Melalui kekuatan jasmani dan tubuh yang sihat, kita dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang kuat, apalagi berperang di jalan Allah dan bentuk2 perjuangan yang lain. 

Untuk itu, dalam tarbiah, setiap orang dibiasakan untuk menjaga kebersihan badan, pakaian, makan dan minum mengikut sunnah, meninggalkan kebiasaan yang buruk (i.e MEROKOK) atau mengambil makanan2 yang melemahkan tubuh. Selain itu, setiap orang juga dibiasakan untuk menjauhi makanan dan minuman yang diawet, mengatur jadual makan, makan makanan yang seimbang (piramid makanan) dan tidak berlebihan dalam mengambil lemak, garam dan gula (kurangkan soft drinks).
Setiap orang juga dibiasakan untuk mendapat tidur yang cukup, bangun sebelum fajar dan menjadikan bersukan minimum 15 mins sekali dan sebanyak 3 kali seminggu dalam mutabaah amal.

Kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Walaubagaimanapun, sakit adalah lumrah dan wajar diterima dengan hati yang redha.

Wallahua'lam. 

Selamat bersukan,

Pena Biru
11.30pm, 4 Nov 2010

Sunday, 12 September 2010

Aku Terima Nikahnya....


Assalamualaikum,

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Saya telahpun selamat diijabkabulkan dengan ukt Nurul Huda Ahmad Nawawi pada tanggal 5 Jun 2010 yang lalu bertempat di Temerloh. Seorang muslimah hebat yang dikirim oleh Allah sebagai hadiah untuk melengkapkan diri saya yang tidak seberapa ini. Hadiah unggul yang tidak ternilai harganya. Tidak lain dan tidak bukan iaitu isteri solehah. Isteri yang sentiasa menyenangkan hati dan mengingatkan dikala terleka. 

Seorang lelaki pasti akan ditanya oleh sang isteri/bakal isteri, kenapa kamu memilih dia? Itulah naluri semulajadi seorang wanita yang mahukan kepastian. Jadi, atas dasar apakah kamu memilih dia? Adakah sebab kita suka dan tertarik pada dia, maka kita berkahwin dgnnya? Amatlah rugi sekiranya itulah satu-satunya dasar kita memilih seorang isteri dan berkahwin. Terlalu banyak tujuan, hikmah dan fungsi perkahwinan itu kepada diri dan masyarakat, sekiranya kita mengetahui.

Pertamanya, kita perlu mengetahui kedudukan seorang lelaki dan wanita dalam Islam, di mana lelaki dan wanita itu saling melengkapi (Taubah 71-72), lelaki itu sebagai seorang pemimpin wanita - disebabkan perbezaan tabiat dan sikap (An-Nisaa' 34) dan persamaan antara lelaki dan wanita dalam melakukan tugas2 ad-deen - kedua2nya perlu melakukan amar makruf nahi mungkar dan perkahwinan itu membolehkan  pembesaran skop amar makruf (An-Nisaa' 124)

Seseorang yang ingin berkahwin itu perlu mempunyai satu mindset bahawa keluarga yang ingin dibentuk itu adalah satu bentuk pengekalan dan penerusan umat, melindungi akhlak dan tatasusila, menstabilkan hubungan rohani, pembentukan diri dan ahli keluarga, memberi jaminan sosial, meluaskan kaum kerabat dan meningkatkan produktiviti dan keazaman utk berusaha. Melalui perkahwinan juga, akan terbuka lebih banyak medan2 amal baru dan amal jamaie kepada kita. Dari solat bersama, bertadarus bersama sampailah kepada bergurau senda (4 perkara yang dilakukan tidak sia2) dan mandi bersama (sunnah Nabi SAW mandi bersama Aishah). Semua itu adalah ibadah sekiranya kita memahami.

Melalui kefahaman yang sebenar, barulah kita akan dapat merasai dan menghargai betapa berharganya sebuah perkahwinan itu. Perkahwinan bukan sahaja semata2 untuk melunaskan hawa nafsu dan atas dasar suka sama suka, tetapi perkahwinan itu sebagai suatu institusi yang jauhh lebih besar. Lihatlah perkahwinan itu sebagai satu langkah untuk menjaga diri, meningkatkan amal dan menyumbang kepada masyarakat.

Insha Allah, dengan niat dan kefahaman yang betul, Allah akan mengurniakan kita keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.

Saya juga ingin recommend satu buku yang sangat hebat isinya bertajuk 'Di Jalan Dakwah Aku Menikah' (klik here untuk baca intro) tulisan Cahyadi Takariawan. Sesuai untuk dibaca bagi yang hendak bernikah atau lama lagi sebagai pengisian kefahaman. Insha Allah, buku ini dapat membantu kita memahami makna tersirat perkahwinan yang mudah2an menjadikan kita berfikir dan perkahwinan kita lebih bermakna.

Akhir kalam, saya ingin berkongsi doa2 yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian berkaitan keluarga islam yang terdapat dalam al-Quran.

1. Furqan 74
2. Ibrahim 40
3. Ali Imran 38

Salam Aidilfitri,
Pena Biru,
8.02am,
3 Syawal 1431

Sunday, 2 May 2010

MKP Charity Dinner

Barisan AJK

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, majlis Makan Malam Amal Misi Kasih Palestin (MKP) 2010 anjuran Majlis Syura Muslimun (MSM) telah berjalan dengan jayanya pada 24 April lalu di Birmingham. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 180 tetamu dari seluruh United Kingdom dan Ireland. Majlis bermula pada jam 7.45pm dan tamat pada pukul 10.30pm. Sajian yang dihidangkan pada malam tersebut bertemakan makanan Arab. Tetamu juga diberikan ole-ole tamar dan kekacang yang di bawa terus dari Madinah.

Tiga penceramah telah menyampaikan perkongsian penuh makna iaitu Bro. Abdul Hamid Faruki (Viva Palestina), Mr. Shahool Hameed (Palestine Centre of Excellence, PACE) dan Ustaz Mazlee Malik (Durham University). Selain itu, Mr. Amjad Hamza daripada Human Appeal International (HAI) juga telah berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada MSM atas sumbangan derma dan sokongan MSM ke atas Palestin yang berjumlah lebih daripada £7000 terhadap projek endoscopy di Gaza sebelum ini. Para tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan nashid daripada kumpulan Munawwar dan deklamasi sajak daripada saudara Naufal Jailani.

Seperti yang sedia maklum, antara objektif utama Majlis Makan Malam Amal MKP ialah untuk menjana derma untuk rakyat Palestin yang tertindas. Saya ingin mengambil peluang ini untuk memaklumkan kepada umum jumlah derma yang berjaya dijana pada malam tersebut. Jumlah derma yang berjaya diperoleh melalui jualan tiket adalah sebanyak £1626.36 manakala sponsor/derma sebanyak £596.25. Ini menjadikan jumlah keseluruhan derma yang berjaya dijana daripada Majlis Makan Malam MKP adalah sebanyak £2222.61. Alhamdulillah, Allahuakbar. Jumlah ini adalah jauh melebihi jangkaan pihak kami.

Ini menjadikan jumlah kutipan terkini derma MKP ialah sebanyak:
GBP 8868.08
EUR 219.92
MYR 67.17
CZECH 1000.00

Saya bagi pihak MKP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penderma budiman dan pembeli tiket yang hadir mahupun tidak hadir. Juga kepada AJK, penceramah, penaja, penyajak, kumpulan nasyid, sukarelawan dan semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Semoga sumbangan dan usaha kerdil kita ini diterima oleh Allah dan menjadi pemberat amalan kita di akhirat kelak.

Ingatlah janji Allah dalam surah Al-Zalzalah ayat 7,

“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya” (99:7)
Saya akhiri tulisan ini dengan petikan ucapan En. Shahool Hameed daripada PACE:

Sekiranya rakyat Palestin bersedia menjadi saff di hadapan untuk mempertahankan tanah suci Islam, siapakah yang akan menjadi saff dibelakang jika tidak diri kita. Adakah kita masih boleh bergelak ketawa dan masih tidak peduli jika sekarang pihak musuh sedang cuba merobohkan Al Aqsa dan menggantikannya dengan kuil-kuil mereka. Apa yang akan kita jawab dihadapan Allah kelak?

Adakah hanya dengan malam ini sahaja sumbangan yang kita berikan untuk Palestin? Berilah bantuan berterusan dengan rezeki gaji yang diperolehi untuk peruntukan menyara dan mengambil anak angkat Palestin yang suatu hari nanti akan menjadi mujahid. Sekiranya kita tidak mampu berjihad insyaAllah saham anak-anak mujahid ini akan kita perolehi di akhirat kelak.

Disediakan oleh,

Abdul Rahman Mohmad
Misi Kasih Palestin 2010

Saturday, 3 April 2010

Al-Aqsa???

"It is incumbent upon Muslims to preserve their sanctities, their Creed and their land. Any negligence towards al-Aqsa is considered negligence toward the creed and religion. Thus, muslims must regard Al-Aqsa as an emblem of their unity, just as it has been an emblem of the unity of the entire Islamic nation since the beginning of creation. It was the place where all prophets gathered and were led in prayer by the Messenger Muhammad (pbuh). Thus it is every muslim's symbol. Allah says, "Truly, the religion with Allah is Islam" (3:19). Therefore, there is no doubt that any Muslim who acts negligently toward his religion, his creed and Al-Aqsa shall be asked by his Lord on a day when neither wealth nor progeny will avail. Each muslim individual should serve Al-Aqsa according to his capacity. The housewife should teach her children about Al-Aqsa and how great is its status, and the teacher should implant love for Al-Aqsa in the hearts of his students. Every individual in society must condemn each endeavour that aims at forsaking or damaging it."

Dr. Mahmoud As-Saratawi, Jordan

Monday, 11 January 2010

Siapa dia Nasibah ???

Salam,

Hari ni saya nak berkongsi satu kisah mengenai kehebatan seorang wanita dalam Islam bernama Nasibah. Kisah ni saya baca dalam buku Sirah Nabawiyah karangan Mustafa Sibaie. Saya amat terkesan dengan kisah Nasibah ni.

Seperti yang kita tahu, semasa ghazwah Uhud, tentera berpanah telah diperintah oleh Nabi untuk menjaga di sebuah bukit untuk mengelakkan tentera Islam daripada di serang daripada belakang. Namun, ramai daripada mereka ingkar. Akibatnya, tentera musyrikin yang diketuai Khalid al Walid telah menyerang hendap tentera Islam dari belakang. Maka, berlakulah keadaan kucar kacir dan tentera musyrikin telah menyerang Nabi untuk membunuh baginda.

Ketika itu, ramai para sahabat syahid kerana menjadi perisai Nabi. Antara yang mempertahankan Nabi ketika itu ialah Nasibah. Sebenarnya, tugas Nasibah ialah untuk memberi minum kepada tentera yang cedera. Namun, melihatkan keadaan yang genting, beliau telah meninggalkan tugasnya untuk bertempur menggunakan pedang dan panah demi mempertahankan Nabi. Bersama2 Nasibah juga ialah suami dan 2 orang anaknya.

Nabi mendoakan mereka: "Semoga Allah memberkati kamu sekeluarga"

Lantas Nasibah berkata: "Doakan kepada Allah supaya kami menemanimu di syurga"

Lantas Nabi berdoa: "Ya Allah, jadikan mereka teman-temanku di syurga" (*baca sambil bayangkan keadaan perang yang genting)

Nasibah kemudian berkata: "Aku tidak mempedulikan lagi bencana yang menimpaku dalam urusan dunia"

Nasibah terus bertempur sehinggalah sebatang anak panah hinggap di tengkuknya, lalu syahid. Pada hari tersebut, Nasibah mendapat 12 luka, sama ada akibat tikaman tombak mahupun tetakan pedang.

Nabi bersabda mengenai Nasibah: "Aku tidak menoleh ke kanan dan ke kiri pada hari ghazwah uhud, melainkan aku melihatnya berperang dihadapanku".

Monday, 4 January 2010

Kuliyyah Online


Assalamualaikum ikhwah akhawat yang dihormati,

Sempena bulan Muharram yang mulia ini, dengan sukacitanya MSM Media akan memulakan:

Kuliyyah Online
Majlis Syura Muslimun UK & Eire

Thursday, 7th January 2010
8.30pm (UK & EIRE time) 

Topic:


Anas bin Malik
(Companion of The Prophet s.a.w.)

Speaker:
Ustaz Mazrul


Language:
Malay

Format:
Talk: 45 minutes
Q&A : 15 minutes

Who can listen/join the discussion?
Anyone from anywhere in the world. 
Please observe good ethics and advice from moderators.

How to Listen:
Live Broadcast via:

Paltalk
Download Paltak at www.paltalk. com
Invitations will be sent out 15 mins before.
To join, pls send a request (including your PALTALK ID) to:
Moderator : msmkuliah