Sunday, 30 January 2011
Kita dan Syura
Salam,
Ramai daripada kita menghadiri meeting di sana sini, namun mungkin sedikit yang menyedari bahawa bermesyuarat itu sebenarnya sangat dianjurkan dan dekat dengan Islam. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu konsep yang penting iaitu konsep syura. Allah telah menggambarkan salah satu ciri2 orang beriman ialah bermesyuarat dalam menentukan keputusan seperti dalam surah As -Syura
(As-Syura: 38)
Begitu juga dalam surah Ali - Imran,
Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal2 keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah.
(Ali Imran: 159)
Rasulullah s.a.w. juga sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat dan menerima pendapat peribadi mereka jika ternyata pendapat tersebut benar. Inilah yang berlaku antara baginda dengan al-Habbab bin al-Munzir ketika perang badar. Saidina Umar juga telah menyerahkan kuasa kepada ahli syura semasa pemilihan khalifah.
Lihatlah betapa cantik, syumul dan pratikalnya Islam dalam kehidupan kita. Sehinggakan method terbaik membuat keputusan juga sudah di ajar lebih 1400 tahun yang lalu (masih lagi releven sehingga kini).
Konsep syura juga meraikan pendapat dan idea orang yang berbilang. Sebagai contoh, apabila sesebuah organisasi atau jemaah ingin membuat keputusan, ianya haruslah disyurakan dikalangan ahli2nya. Ianya bukan one man show. Untuk menjamin kemajuan dan kompetensi organisasi, proses perbincangan tidak boleh disekat. Keluarkanlah seberapa banyak idea, hujah, pendapat dan kreativiti masing2 dalam tempoh perbincangan.
Namun, selepas proses perbincangan tamat, dan keputusan syura diambil, semua ahli harus menerimanya sekalipun keputusan itu tidak dipersetujuinya. Di sinilah konsep berlapang dada memainkan peranan (suatu konsep yg nampak mudah tapi kadang2 susah untuk diterjemahkan). Keputusan syura harus diterima dan disokong ahli. Namun, sekiranya (in the future) ternyata keputusan syura itu salah, ingatlah bahawa keputusan yang diambil atas kapasiti syura itu sentiasa mendapat keberkatan Allah dan diganjari pahala.
Saya ingin mengambil contoh yang berlaku dalam Hamas yang saya baca dalam buku Azzam Tamimi 'Hamas the unwritten chapters'. Pada awal gerakan Ikhwan Palestin (Hamas sebelum 1987), modus operandi mereka lebih kepada membina atau menyusun kembali masyarakat yang pada ketika itu sudah jauh daripada mempraktikkan Islam yang sebenar. Mereka percaya bahawa kejatuhan Palestin ketangan Israel adalah kerana kelemahan orang Arab sendiri dan proses merawat mereka adalah prioriti utama. Tiada gunanya bercerita untuk membebaskan Palestin sekiranya keadaan umat Islam adalah lemah dan dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, gerakan utama mereka ialah dakwah dan tarbiyyah, kebajikan, sosial dan education (tiada physical resistance dengan Israel).
Namun, pada ketika itu, disebabkan faktor luaran dan dalaman, sesetengah mendesak agar Ikhwan Palestin untuk terlibat dalam military resistance menentang Israel. Namun, syura pada ketika itu menentangnya. Sheikh Ahmad Yassin berkata,
Namun, pada ketika itu, disebabkan faktor luaran dan dalaman, sesetengah mendesak agar Ikhwan Palestin untuk terlibat dalam military resistance menentang Israel. Namun, syura pada ketika itu menentangnya. Sheikh Ahmad Yassin berkata,
'I had personal desire, and I was motivated, to launch the battle as early as 1967. However, whenever we studied the circumstances and assessed the resources we found them insufficient and had to postpone. Then, we would study the case once more then postpone again'
Pada ketika itu, beberapa ahli terkemuka Ikhwan Palestin dibuang kerana ingkar. Fathi al Shiqaqi sebagai contoh dibuang kerana membina tanzim baru yang ahlinya direkrut dikalangan Ikhwan. Dia kemudian menubuhkan Islamic Jihad.
Akhirnya pada 1987, Ikhwan Palestin mengambil keputusan untuk menubuhkan Hamas dan turun padang menentang Israel melalui intifada pertama. Ketika itu, mereka sudah bersedia (dari segi pengaruh dalam masyarakat, fikrah dan ketahanan ahli, facilities dan military equipments) dan penentangan terhadap Israel bukan sahaja dapat bertahan selama 2 hari, 2 bulan atau 2 tahun, malah lebih daripada 20 tahun sehingga kini.
Mudah2an kita sama2 dapat ambil iktibar dan implement dalam kehidupan kita. Insha Allah.
Pena Biru
12.16 am, 30 Jan 2011
Wednesday, 10 November 2010
Puasa 3 hari sebulan
Hadith berkaitan utk puasa 3 hari dalam sebulan seperti dalam mutabaah amal:
"...Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah untuk solat (qiam) serta berpuasalah tiga hari setiap bulan kerana pahalanya dilipatkan sepuluh kali. Jika setiap bulan kamu berpuasa 3 hari, itu seperti berpuasa sepanjang masa"
Riwayat Bukhari dan Muslim
Thursday, 4 November 2010
'Kalau' dan 'Sihat tubuh badan'
Artikel ini ditulis hasil inspirasi perbincangan dalam usrah sebentar tadi (credit tu burn, afifi, haikal, akmal dan atiq)...
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, pada kedua2nya ada kebaikan. Berjaga2 lah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata, 'Kalaulah aku lakukan begini, maka sudah pasti lain yang berlaku'. Tetapi katakanlah, 'Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya', sesungguhnya 'Kalau' akan membuka pintu amalan syaitan'
(Riwayat Muslim)
Disini saya ingin berkongsi 2 points; pertamanya penggunaan perkataan 'kalau'.
Sebagaimana yang diterangkan Rasulullah, perkataan 'kalau' akan membuka jalan kepada hasutan syaitan. Ia akan menjadikan seseorang itu resah gelisah, berduka dan tidak redha kepada qada' dan qadar Allah. Seharusnya, kita berfikiran positif kerana sesuatu yang berlaku itu adalah dengan keizinan-Nya. Allah lah yang Maha Bijaksana dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Penggunaan 'kalau' untuk sesuatu yang belum berlaku atau untuk future planning adalah tidak salah sama sekali.
Point ke-2 ialah Allah lebih menyukai dan mencintai mukmin yang kuat dan sihat berbanding mukmin yang lemah. Sebab itulah salah satu daripada muwasafat tarbiah kita ialah untuk membina individu yang memiliki 'kekuatan jasmani' ataupun 'Qawiyyul Jism'. Melalui kekuatan jasmani dan tubuh yang sihat, kita dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang kuat, apalagi berperang di jalan Allah dan bentuk2 perjuangan yang lain.
Untuk itu, dalam tarbiah, setiap orang dibiasakan untuk menjaga kebersihan badan, pakaian, makan dan minum mengikut sunnah, meninggalkan kebiasaan yang buruk (i.e MEROKOK) atau mengambil makanan2 yang melemahkan tubuh. Selain itu, setiap orang juga dibiasakan untuk menjauhi makanan dan minuman yang diawet, mengatur jadual makan, makan makanan yang seimbang (piramid makanan) dan tidak berlebihan dalam mengambil lemak, garam dan gula (kurangkan soft drinks).
Setiap orang juga dibiasakan untuk mendapat tidur yang cukup, bangun sebelum fajar dan menjadikan bersukan minimum 15 mins sekali dan sebanyak 3 kali seminggu dalam mutabaah amal.
Kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Walaubagaimanapun, sakit adalah lumrah dan wajar diterima dengan hati yang redha.
Wallahua'lam.
Selamat bersukan,
Pena Biru
11.30pm, 4 Nov 2010
Saturday, 16 October 2010
Islam dan Dakwah dalam Kehidupan Seharian
Assalamualaikum wbt
Tulisan daripada Dr Ilfita Birm, (SHO in Medicine). Moga kita sama2 mendapatkan manfaat dan iktibar daripada penulisannya di sini.
Tulisan daripada Dr Ilfita Birm, (SHO in Medicine). Moga kita sama2 mendapatkan manfaat dan iktibar daripada penulisannya di sini.
--------
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kpd ikhwah akhawat yg dikasihi kerana Allah SWT,
Semoga kita semua di bawah lembayung Rahmat Allah SWT di bumi UK Eire..
Alhamdulillah, hampir kesemua kita telah menjejaki semula kaki ke bumi UK/Eire untuk memulakan semester baru tahun ini. InsyaAllah datang bersama azam baru, mad uu baru, keluarga baru dan tidak lupa juga cabaran baru.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan kebaikan kepada ikhwah akhawat kita yang diberikan ujian kesihatan/pelajaran dan lain2, sepertimana di dalam hadith;
“Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhawatiran yang mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya”.
HR. Al-Bukhari & Muslim.
Juga semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada hati-hati kita untuk menghadapi hari-hari yang sukar sebagaimana firman-Nya, yg bermaksud
At-Taghabun: 11
Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.
Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.
Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
| |||
| Al-Baqarah: 276 Allah will deprive usury (Riba’) of all blessing, but will give increase for deed of charity.
|
Be sure we shall test you with something of fear and hunger, some loss in goods, lives and the fruits, but we give glad tidings to those who patiently persevere.
Who say; when afflicted with calamity: ' To Allah we belong and to Him is our return. '
They are those on whom (descend) blessings from their Lord and Mercy and they are the ones that receive guidance.
Well itu org bukan Islam punya pemikiran, jika daie apa tah kan lagi.. kita bukan hendak melahirkan manusia2 yang akan memenuhi bumi Allah SWt shj, sepertimana org lain- tapi manusia2 yang memenuhi tanggungjawab mereka kpd Maha Suci Allah SWT..
| ||||
| ||||
Jangan sekali-kali kita rasakan mahu kecualikan diri dari usrah disebabkan nak kejarkan pelajaran atau perkara lain2... sebab bila kita shy away dari usrah.. maka, unsur-unsur lain akan meresap masuk sedikit, demi sedikit.. Syaitan mmg suka ambil kesempatan bila kita duduk seorang diri sepertimana di dalam hadith Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan”. (Hadis Riwayat Abu Daud). Jangan disebabkan pergeseran ukhuwwah kita meninggalkan usrah, jangan juga disebabkan kita merasakan kita tidak 'meningkat' kita tinggalkan usrah, disebabkan kita tidak mendapat benda yang ‘baru’ kita pinggirkan usrah. Syaitan akan membisikkan pelbagai perkara utk deceive kita sedikit demi sedikit supaya kita jauhi dari perkumpulan kita. Sama juga mcm serigala dlm litlle red riding hood, serigala tu nak makan the little girl takde la makan je terus2 depan2. Budak kecil itu di deceive sedikit demi sedikit , n then baru dia 'telan' hidup2... (afwan kasik analogi cerita budak2) . Bila usrah tidak ada, ukhuwwah makin longgar, iman mulai luntur. Maka perkara-perkara yang haram dilihat ringan.. (ni at the extreme, na'uzubillah) Pelajaran memang akan didapati, tetapi pada masa itu bagaimana ilmu yang kita dapatkan itu katakan sebahagian dari amal jamaie , jika tidak dibuat dalam konteks amal jamaie.
| ||||
|
Semoga Allah SWT menetapkan hati-hati kita supaya sentiasa tetap berada di jalan ini..
| |
Allhumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik.
(O Controller of the hearts, make my heart steadfast in Your religion)
Sunday, 12 September 2010
Aku Terima Nikahnya....
Assalamualaikum,
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Saya telahpun selamat diijabkabulkan dengan ukt Nurul Huda Ahmad Nawawi pada tanggal 5 Jun 2010 yang lalu bertempat di Temerloh. Seorang muslimah hebat yang dikirim oleh Allah sebagai hadiah untuk melengkapkan diri saya yang tidak seberapa ini. Hadiah unggul yang tidak ternilai harganya. Tidak lain dan tidak bukan iaitu isteri solehah. Isteri yang sentiasa menyenangkan hati dan mengingatkan dikala terleka.
Seorang lelaki pasti akan ditanya oleh sang isteri/bakal isteri, kenapa kamu memilih dia? Itulah naluri semulajadi seorang wanita yang mahukan kepastian. Jadi, atas dasar apakah kamu memilih dia? Adakah sebab kita suka dan tertarik pada dia, maka kita berkahwin dgnnya? Amatlah rugi sekiranya itulah satu-satunya dasar kita memilih seorang isteri dan berkahwin. Terlalu banyak tujuan, hikmah dan fungsi perkahwinan itu kepada diri dan masyarakat, sekiranya kita mengetahui.
Pertamanya, kita perlu mengetahui kedudukan seorang lelaki dan wanita dalam Islam, di mana lelaki dan wanita itu saling melengkapi (Taubah 71-72), lelaki itu sebagai seorang pemimpin wanita - disebabkan perbezaan tabiat dan sikap (An-Nisaa' 34) dan persamaan antara lelaki dan wanita dalam melakukan tugas2 ad-deen - kedua2nya perlu melakukan amar makruf nahi mungkar dan perkahwinan itu membolehkan pembesaran skop amar makruf (An-Nisaa' 124)
Seseorang yang ingin berkahwin itu perlu mempunyai satu mindset bahawa keluarga yang ingin dibentuk itu adalah satu bentuk pengekalan dan penerusan umat, melindungi akhlak dan tatasusila, menstabilkan hubungan rohani, pembentukan diri dan ahli keluarga, memberi jaminan sosial, meluaskan kaum kerabat dan meningkatkan produktiviti dan keazaman utk berusaha. Melalui perkahwinan juga, akan terbuka lebih banyak medan2 amal baru dan amal jamaie kepada kita. Dari solat bersama, bertadarus bersama sampailah kepada bergurau senda (4 perkara yang dilakukan tidak sia2) dan mandi bersama (sunnah Nabi SAW mandi bersama Aishah). Semua itu adalah ibadah sekiranya kita memahami.
Melalui kefahaman yang sebenar, barulah kita akan dapat merasai dan menghargai betapa berharganya sebuah perkahwinan itu. Perkahwinan bukan sahaja semata2 untuk melunaskan hawa nafsu dan atas dasar suka sama suka, tetapi perkahwinan itu sebagai suatu institusi yang jauhh lebih besar. Lihatlah perkahwinan itu sebagai satu langkah untuk menjaga diri, meningkatkan amal dan menyumbang kepada masyarakat.
Insha Allah, dengan niat dan kefahaman yang betul, Allah akan mengurniakan kita keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.
Saya juga ingin recommend satu buku yang sangat hebat isinya bertajuk 'Di Jalan Dakwah Aku Menikah' (klik here untuk baca intro) tulisan Cahyadi Takariawan. Sesuai untuk dibaca bagi yang hendak bernikah atau lama lagi sebagai pengisian kefahaman. Insha Allah, buku ini dapat membantu kita memahami makna tersirat perkahwinan yang mudah2an menjadikan kita berfikir dan perkahwinan kita lebih bermakna.
Akhir kalam, saya ingin berkongsi doa2 yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian berkaitan keluarga islam yang terdapat dalam al-Quran.
1. Furqan 74
2. Ibrahim 40
3. Ali Imran 38
Salam Aidilfitri,
Pena Biru,
8.02am,
3 Syawal 1431
Friday, 14 May 2010
Rindu Malaysia
Salam,
Saya kini sedang berada di Abu Dhabi International Airport dalam perjalanan balik ke Malaysia. Transit time ialah 7 jam (fuhh...). Bila solat di surau tadi, tiba2 timbul rasa rindu kat Malaysia. Surau airport ni sebijik dgn surau2 di Malaysia. Terbayang fikiran betapa bebas dan mudahnya kita untuk beribadat di Malaysia sampai kadang2 kita lupa akan nikmat tersebut. Itulah nikmat dan kemudahan yang kita akan perolehi di negara2 Islam. Kalau di UK pula, solat di dalam fitting room ataupun lorong2 sunyi adalah kebiasaan.
Bercakap mengenai rindu dgn tanah air, teringat saya dgn nasib saudara Palestin kita. Kita selalu menggunakan term 'refugee' kepada Palestinians yang tinggal di kem2 di lubnan, eygpt, syria etc. Namun, term yg lebih tepat utk mereka ialah 'exile'. Sebagai orang yang 'exile', mereka sentiasa mahu untuk kembali ke tanah air mereka. Kembali ke rumah asal mereka. Disebabkan rasa rindu inilah, mereka menamakan hospital2 di sekitar Beirut sebagai Gaza hospital, Haifa dan Akka supaya mereka tidak lupa akan asal usul mereka. Kebanyakan mereka juga membina rumah2 'baru' mereka seakan2 rumah lama yang mereka tinggalkan di Palestin.
Kalau kita menyingkap sirah Nabawiyyah pula, Nabi Muhammad dan juga kaum Muhajirin juga pernah rindu akan kota Mekah semasa berada di Madinah.
Itulah nature seorang manusia yg tidak akan lari dari merindui tanah air mereka. Semoga penantian berpuluh2 tahun saudara2 Palestin kita akan berakhir dan mereka dapat kembali ke tanahair mereka. Insha Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



