Tuesday, 6 September 2011

Mat Sabu oo Mat Sabu

Salam,

Terasa nak komen sikit mengenai perkara yang hot di malaysia sekarang;


Kes Mat Sabu, Mat Indera dan Komunis;

Mat Sabu mengeluarkan satu statement yang tak sepatutnya dikeluarkan. Salah satu yang beliau mentioned ialah mengenai mat indera. Yang ni saya tidak mahu komen sebab tak pernah dengar pun nama tu sebelum ni. 

Mat Sabu (dan Mustafa Ali) juga claim bahawa sejarah kita mengatakan hanya UMNO satu2nya pejuang kemerdekaan dan tok janggut etc adalah pengganas. Seingat saya semasa belajar sejarah di sekolah dahulu, kami diajar bahawa tok janggut, datuk bahaman, abdul rahman limbong etc adalah pejuang sebelum kemerdekaan. Fakta ini ditulis dalam buku teks dan UMNO tiada pun menafikan fakta ini. 

Mat Sabu juga mengatakan "semua sejarah negara kita adalah bohong dan cikgu di sekolah dok membohong kita". Statement ini langsung tiada nilai intelek dan menggambarkan betapa rendahnya tahap sensitiviti dan pemikiran individu tersebut. Pertamanya, apakah authority Mat Sabu untuk claim bahawa SEMUA sejarah negara kita adalah bohong? Adakah beliau seorang ahli sejarah yang telah membuat banyak kajian dan mempunyai bukti kukuh untuk menyokong claim beliau? Adakah hanya selepas membaca sebuah dua buku sejarah, kita mempunyai authority untuk membuat claim (di hadapan orang ramai) bahawa SEMUA sejarah negara kita adalah bohong? Sekiranya beliau mengatakan SEBAHAGIAN sejarah negara kita tidak tepat dan come up dengan bukti2 dan hujah2 untuk menyokong statement beliau, itu boleh diterima. Bukti dan hujah boleh dibahaskan. Tetapi, untuk claim SEMUA sejarah negara kita adalah bohong dan kemudian tidak menjelaskan dengan hujah dan bukti, tidak boleh diterima sama sekali. (cikgu sejarah yang tiada kena mengena pun dibabitkan sekali)
Point disini: Kurang2 exaggerate dan berhati2 dalam membuat statement atau generalisation

Selepas UMNO menghentam Mat Sabu di media, Mat Sabu dengan selamba mengatakan beliau tidak ingat points dalam ceramah beliau. Straight away kita tahu bahawa Mat Sabu sendiri kurang yakin dengan statement yang beliau buat. Apa yang menariknya, selepas itu ramai penyokong2 Mat Sabu korek sana sini, kaji itu ini (pejuang haluan kanan, kiri etc), semata2 untuk mencari hujah membenarkan statement Mat Sabu. Kadang2 terasa kelakar juga bila teringat, mereka kutuk Ulama muda UMNO dengan mengatakan mereka mencari2 ayat al-Quran dan hadis untuk membenarkan/mengiakan tindakan kerajaan. Namun, dalam kes ini, penyokong Mat Sabu sebenarnya melakukan perkara yang sama, mencari2 hujah untuk membenarkan statement Mat Sabu (Mat Sabu tak kisah pun nak cari hujah, kata dia lupa. senang cerita).
Point di sini: Janganlah kita taksub dengan pemimpin. Sekiranya pemimpin kita lakukan perkara yang salah, kita tegur atau kita tolak. Kalau pemimpin kita melakukan perkara yang betul, kita sokong. Bila taksub menguasai diri, semua perkara yang dilakukan pemimpin tersebut benar2 belaka, tiada yang lain selain benar.

Statement sebegini kadang2 harus diabaikan dan tidak mempunyai merit untuk dibahaskan. Apatah lagi untuk dibawa ke kabinet supaya sejarah negara disemak semula, seperti yang dicadangkan SU PAS, Datuk Mustafa Ali. Adakah disebabkan Mat Sabu telah mengeluarkan satu statement yang dia kemudiannya claim lupa, merupakan asas kepada kerajaan untuk berbelanja dan menghabiskan masa untuk menyemak semula sejarah negara?
Point disini: Bincanglah perkara yang mempunyai asas kepada kepentingan rakyat di Parlimen, dan bukan perkara yang berasaskan kepada retorik politik

Dalam kes ini, stand DAP adalah tepat. Karpal Singh mengatakan statement tersebut tidak perlu dan menyebabkan impak yang negatif terhadap Pakatan Rakyat (kemudian biarkan PAS dan UMNO bertelagah. =) )

Video: PAS wants cabinet committee to review history

No comments: