Tuesday, 16 August 2011

Nikah, jalan cinta dan kasih sayang

Salam,

Sabtu yang lepas, saya sempat menziarah kawan di hospital leicester. Isterinya bersalin awal (25 weeks) dan anak yang keluar hanyalah 0.7 kg. Sangat kecil dan masih lagi merah. Normal bayi adalah seberat ~3 kg.

Apabila melihat baby tersebut yang masih merah dan kecil itu didalam incubator, tiba2 rasa insaf menerpa kedalam diri. Saya masih lagi ingat kira2 2 tahun lepas, kawan saya juga mempunyai anak yang lahir tidak cukup bulan, ~27 weeks. Anak yang keluar ~1kg. Anaknya lahir di chech republic dan isterinya tiada heatlh insurance. Bayangkanlah, kos incubator tersebut adalah a few thousands a day dan anaknya perlu diletakkan dalam incubator untuk beberapa bulan. The total medical cost is reaching few hundred thousands. Pelbagai cara dilakukan termasuklah donation drive ke seluruh UK Eire utk membantu dia. But, deep down in my heart, I know berapa jela boleh dapat dengan donation drive ni. Max, few thousands only. But, he need few hundred thousands! 

Masa ketika tu, terdetik di hati, mahalnya harga untuk menyelamatkan satu nyawa! Kalau anaknya tidak dapat diselamatkn, tiadalah masalah. Akan datang, boleh cuba untuk dapatkan anak lagi sekali. Astagfirullah3x. Begitu jahat bisikan syaitan. Namun, secara jujurnya itulah yang terdetik di hati saya pada saat itu, melihatkan the magnitude of the problem.

Kini, saya sudah pun berkahwin dan bakal menjadi ayah kepada seorang mujahidah dalam masa lebih kurang 2 bulan. Apabila, saya melihat aqeef (anak kawan di leicester) di dalam incubator, begitu insaf sekali keadaannya. Dada aqeef turun naik bernafas dan sesekali bergerak. Kini, barulah saya faham naluri seorang ayah. Sekiranya saya ditempat dia, I will do everything I can to save my child.

Itulah kasih sayang yang Allah berikan kepada seorang ayah kepada anaknya. Bila teringatkan kes buang bayi, memang rasa amat tersentuh. Inilah hikmahnya Allah mensyariatkan nikah dalam kehidupan kita. Tanpa nikah yang sah, anak yang merupakan suatu rezeki dan kurnia Allah akan dianggap sebagai satu beban, masalah dan pembawa malu. Sebab itulah, anak tersebut perlu dibuang atau dihapuskan. Si lelaki selalu mencabar wanita untuk berzina dengan alasan untuk membuktikan 'cinta' sejati. Namun, bila si wanita 'termengandung', si anak tersebut disuruh gugur dan 'cinta' sejati entah hilang kemana. Itulah nafsu! Wahai wanita, janganlah tertipu dengan pujuk rayu sebegitu. Janganlah dekati zina kerana zina adalah jalan yang keji lagi terkutuk.

Namun, dengan ikatan nikah yang sah, semuanya berubah. Anak tersebut dianggap sebagai rezeki dan pengikat kasih sayang. This is the total opposite tanpa perkahwinan yang sah. Betullah kata orang bahawa perkahwinan adalah jalan kepada sakinah, mawaddah dan rahmat Allah di dunia ini. Begitulah cantiknya Islam yang mensyariatkan nikah sebelum hubungan suami isteri. Sekiranya anak kita lahir tidak cukup bulan, si ayah pasti akan berusaha untuk menyelamatkan anaknya. Itulah, kasih sayang yang Allah berikan kepada seorang ayah kepada anaknya.

Allahua'lam

Pena Biru,
6.16 am, 16 Ramadhan

No comments: