Tuesday, 15 May 2012

Artikel Khas Sempena Nakba oleh Israa Institution


15 Mei 1948 adalah tarikh penting dalam sejarah dunia di mana telah berlakunya peristiwa Nakbah (malapetaka). Pada tarikh ini jugalah negara haram Israel telah diisytihar oleh Perdana Menteri pertamanya iaitu David Ben Gurion.

Palestin di bawah mandat British

Sebelum 1917 (sebelum penjajahan British), bilangan masyarakat yahudi di Palestin adalah kira-kira 50,000 orang dan pemilikan tanah mereka adalah kira-kira 2%. Majoriti daripada mereka berhijrah ke Palestin semasa zaman Uthmaniyyah disebabkan pembunuhan, diskriminasi dan tekanan yang dilakukan oleh Eropah terhadap bangsa yahudi. Mereka memilih Palestin kerana kerajaan Uthmaniyyah melaksanakan polisi layanan sama rata kepada semua tanpa mengira bangsa. Bangsa yahudi dan arab palestin tinggal bersama tanpa sebarang masalah. 
Gerakan Zionist antarabangsa juga diasaskan rentetan daripada diskriminasi terhadap bangsa yahudi oleh masyarakat Eropah. Theodor Herzl, pengasas gerakan Zionist berpendapat bahawa terhadap 2 cara untuk menamatkan diskriminasi terhadap yahudi iaitu; (1) meninggalkan budaya mereka secara total dan meng-adaptasi dengan budaya eropah atau (2) menubuhkan sebuah negara atau 'nation state' khusus untuk bangsa Yahudi. Gerakan Zionist kemudiannya memilih untuk menubuhkan negara yahudi di Palestin yang juga merupakan sebuah projek penjajahan (colonization).
Dari tahun 1917 - 1948 iaitu semasa zaman penjajahan British, kaum yahudi dibawa masuk ke Palestin secara sistematik dan meningkat daripada 50,000 kepada ~500,000 orang (10 kali ganda). Ini menyebabkan peratusan kaum yahudi meningkat kepada hampir 30% daripada populasi Palestin manakala baki 70% lagi adalah rakyat asal Palestin. Pemilikan tanah yahudi pula meningkat daripada 2% kepada 6%. Sokongan British terhadap projek Zionist juga diterjemah dengan penubuhan pelbagai institusi pendidikan, kesihatan, sosial dan industri khusus untuk kaum yahudi. 

Resolusi 181 PBB

Apabila British mengambil keputusan untuk meninggalkan Palestin, British telah menyerahkan nasib rakyat Palestin kepada PBB (UN). Ini adalah bertentangan dengan kebiasaan (yang berlaku di seluruh dunia) dan undang-undang antarabangsa di mana hak kemerdekaan dan kedaulatan negara akan diserahkan kepada rakyat tempatan selepas penjajahan tamat (self-determination). British mengetahui bahawa sekiranya hak kemerdekaan diserahkan kepada rakyat tempatan, rakyat Palestin akan mendapat majoriti dan memilih untuk menubuhkan negara Palestin yang berdaulat. Ini juga bermaksud kegagalan projek Zionist.

PBB kemudiannya mewartakan Resolusi 181 pada November 1947 yang mencadangkan '2 states solution' iaitu, (i) penubuhan negara yahudi yang merangkumi 55% tanah Palestin, (ii) penubuhan negara palestin dengan keluasan 44% tanah asal Palestin dan (iii) Jerusalem (1%) diletakkan dibawah pemantauan antarabangsa. Perkara ini adalah tidak logik kerana lebih banyak tanah diberi kepada minoriti yahudi (30% daripada populasi dan pemilikan tanah hanya 6%) yang kebanyakannya berhijrah ke Palestin hanya beberapa tahun sebelum itu. Sebagai rakyat asal dan majoriti, masyarakat arab palestin sudah pasti menolak cadangan resolusi ini. Kebanyakan negara Arab juga memboikot dan mengusulkan agar Resolusi 181 dicabar di mahkamah antarabangsa. Resolusi ini ditolak atas dasar, (i) PBB mengabaikan realiti komposisi kaum dan pemilikan tanah, (ii) PBB melanggar hak asas rakyat Palestin iaitu 'right of self-determination', (iii) pembahagian yang tidak adil iaitu hampir keseluruhan tanah yang subur dan kawasan pelabuhan diberi kepada negara yahudi.

Pembersihan etnik oleh tentera Zionist

Pada pandangan Zionist, Resolusi 181 masih lagi tidak mencukupi walaupun secara jelas telah menyebelahi mereka. Ideologi Zionist secara jelas mahukan negara ekslusif hanya kepada bangsa yahudi di Palestin yang pada ketika itu diduduki oleh 1.2 juta rakyat berbangsa arab. Dengan kata lain, yahudi hanya akan mendapat majoriti dengan melakukan pembersihan etnik (ethnic cleansing) terhadap penduduk asal Palestin.
Oleh sebab itu, bermula Disember 1947, pihak Zionist mula menyerang perkampungan Palestin dengan tujuan provokasi dan menimbulkan huru hara. Namun, dari Mac - Oktober 1948, pihak Zionist telah mengambil keputusan untuk melancarkan Plan Dalet (Plan D) yang merupakan plan penghapusan etnik secara sistematik dan besar-besaran. Ini dilakukan oleh 12 brigade tentera Zionist yang mendapat arahan terus daripada David Ben Gurion dan beberapa pemimpin Zionist lain (the consultancy). Matlamat mereka adalah jelas iaitu menyerang, menakluk, menghapus dan mengusir rakyat Palestin.
Nakba adalah impak terus daripada penghapusan etnik yang dilakukan oleh Zionist. Dalam masa 7 bulan sahaja, kira-kira 800,000 daripada 1.2 juta rakyat Palestin diusir daripada tanah air mereka. Melalui Plan Dalet ini jugalah berpuluh-puluh pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan terhadap rakyat Palestin. Rumah mereka juga dirobohkan dan aset serta perniagaan mereka dirampas.

Reaksi masyarakat antarabangsa

Peristiwa pembersihan etnik yang dilakukan oleh tentera Zionist pada 1948 berlaku dengan disaksikan oleh pelbagai institusi dan media antarabangsa. Namun, agensi-agensi ini mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan laporan dan artikel berkaitan dan inilah yang dikatakan sebagai 'the conspiracy of silence'. Kebanyakan media barat tidak menerbitkan berita berkaitan kerana tidak mahu mengkritik yahudi terlalu awal selepas peristiwa Holocaust (3 tahun sebelum itu). PBB pula enggan mengakui bahawa cadangan resolusi 'damai' 181 tajaan mereka sebenarnya adalah resepi kepada kegagalan dan malapetaka serta pembunuhan rakyat Palestin. Masyarakat eropah ketika itu menutup mata terhadap kezaliman zionist disebabkan rasa bersalah terhadap diskriminasi yang mereka lakukan terhadap bangsa yahudi sebelum ini. Mereka juga tidak mahu digelar sebagai anti-semitic. Pihak Zionist pada masa yang sama menyebarkan propoganda kepada dunia bahawa bangsa yahudi berada dalam keadaan genting dan di ambang Holocaust ke-2 di tangan bangsa arab.

Penutup

Pengusiran rakyat Palestin yang dilakukan Zionist pada 1948 telah menimbulkan isu pelarian Palestin. Kini, setelah 68 tahun, pelarian Palestin dianggarkan kira-kira 7 juta dan ini merupakan isu pelarian paling lama dan paling besar dalam sejarah dunia. Kezaliman Zionist juga tidak tamat hanya pada 1948. Perampasan tanah palestin, pembunuhan dan pembersihan etnik berterusan sehingga kini dalam pelbagai bentuk baru. Rakyat Palestin tidak pernah melakukan kezaliman terhadap bangsa yahudi, malah merupakan mangsa kepada projek Zionist. Projek Zionist ini yang disokong oleh kuasa-kuasa barat atas pelbagai kepentingan dan sebahagiannya atas rasa bersalah terhadap kezaliman dan diskriminasi yang mereka lakukan terhadap bangsa yahudi.

Disediakan oleh,
Dr. Abdul Rahman Mohmad

Wednesday, 9 May 2012

Descrimination on water supply

Descriminations by Israeli government towards Palestinians on water supply:

Hydrological experts estimate that more than 1/3 of water supply in Israel comes from aquifers in West Bank (Palestinians area). However, due to racist policies implemented by the Israeli government, Palestinians in the West Bank and Gaza suffered from severe water shortages. No water supply restrictions were imposed on the Jewish settlers in West Bank.

For example, Jewish settlers di Kiryat Arba uses 547 litre/day/person. However, Palestinians are restricted to only 58 litre/day/person.

Let's put this number into our context. On average, 1 min of shower consumes 12 litres of water. If we take shower for 10 mins and once a day, it already uses 120 litres. Everytime we flush the toilet, we use another ~3 litres of water. If we flush the toilet 7x/day, water consumption is equivalent to 21 litres. Plus water for wudu', prepare foods, wash the dishes, ........etc. So, 58 litre/day/person is extremely small for our daily life.

The only reason why they have been denied with this basic needs is because they are Palestinians!

Saturday, 5 May 2012

Israel democracy

Examples of descriminations and inequality by Israeli government towards Palestinians in West Bank;

1. They earned half of what Israelis earned for a comparable job
2. They had to pay higher taxes
3. Even after paying higher taxes, Palestinians did not benefit from the same level of medical or social services afforded to Israelis
4. Palestinians suffered daily harrassments and arrests, usually without any reason
5. Beating of Palestinians became routine
6. Daily document and body searches accompanied by verbal and physical abuse took place
7. Thousands of Palestinians were arrested and detained for weeks and months without trial
8. Most of houses in refugee camps had no running water and open sewers coursed through the streets
9. Palestinians need permits to travel, open businesses, construct houses which Israelis in most cases do not grant
10. Illegal jewish settlers in the West Bank kept increasing: 35,000 in 1984 to 200,000 in 2003
11. Between 1967 - 1987; 535,000 Palestinians were arrested by the Israelis

but still some people claim that Israel is a democratic country. In fact, for Israel, democratic is only for the masters.

Thursday, 3 May 2012

1 state solution kepada konflik Israel - Palestin

Salam,

Adakah 2 states solution adalah jalan penyelesaian kepada masalah konflik Israel - Palestin?

Tidak. 2 states solution adalah tidak praktikal dan tidak adil untuk mengatasi konflik Israel - Palestin. Pelbagai percubaan untuk menjayakan 2 states solution sejak 1948 lagi telah menemui kegagalan. Sudah tiba masanya di mana significant efforts and thinking diperlukan untuk menjayakan 1 state solution dimana rakyat palestin dan yahudi hidup bersama dalam satu negara. Namun, sehingga sekarang the Quartet (Russia, EU, US dan UN) masih lagi favour kepada 2 states solution. 

Untuk menjayakan 1 state solution, kita memerlukan suatu political structure yang mengiktiraf hak kesamarataan antara palestinians dan israeli, mengikitiraf right of return penduduk Palestin dan menghapuskan ideologi zionist yang tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin di tanah air mereka. 

Penyelesaian 1 state solution ini pastinya akan menimbulkan rasa bimbang dan takut di kalangan israeli kerana pada mereka itulah satu2nya tempat dimana mereka boleh mendapat hak self-determination. Pada saya, this is understandable. Namun, perlu kita ingat bahawa tanah Palestin juga adalah satu2nya tanah di mana palestinians boleh mendapat hak self-determination mereka. Peristiwa sejarah telah menyebabkan kedua2 mereka tinggal di Palestin dan kedua2nya tidak mungkin akan berjaya untuk menubuhkan negara masing2 tanpa mengambil tanah orang lain. Jadi, penyelesaiannya adalah untuk mereka menubuhkan negara yang mengiktiraf hak kedua2 mereka. 

Daripada israeli POV, ini tidak semestinya sesuatu yg negatif. Positif daripada 1 state solution adalah penduduk yahudi dapat hidup dengan aman. Tiada lagi confrontation antara kedua2 belah pihak. Penubuhan 1 state solution juga tidak bermakna penghapusan israel itself, tapi lebih kepada penghapusan negara israel sebagai zionist entiti yang menekan, menjajah dan melakukan pembunuhan dan war crimes on daily basis. Israel sebagai zionist entiti pada hari ini adalah punca konflik dan bukannya solution.

Friday, 24 February 2012

Hutang dan Economic growth

salam.

ada rakan bertanya, "one side claimed that Malaysia's debt is mounting. The other one claimed that Msia economy is getting better. Don't know which one is true".

Ulasan saya (berpandukan ilmu yg ada): dua2 betul. secara ringkasnya, disebabkan kita nk ekonomi berkembang, kita perlu spend duit. kalau kita ada duit, maka kita spend duit yg kita ada. namun, kalau kita takde duit, maka kita pinjam duit dan kemudian spend untuk generate the economy. dlm keadaan ekonomi dunia yg gawat, ekonomi msia secara tak langsung akan terjejas. maka, untuk sustain the same level of growth, gov. have to spend more. Sekiranya gov pinjam lebih banyak, spend lebih banyak dan ekonomi meningkat, maka kita akan ada duit utk bayar balik pinjaman. Namun, sekiranya kita pinjam lebih banyak, spend lebih banyak namun ekonomi tak meningkat, maka u will be in trouble. cthnya: greece. namun, hutang yg terlalu banyak adalah tidak sihat dan negara akan menjadi fragile. maka pinjam dan berbelanjalah mengikut kemampuan. namun, kita tidak boleh melihat hutang sahaja tanpa melihat economy growth dan GDP negara pada masa yg sama. Kemana duit negara dibelanjakan dan ketirisan adalah satu topik lain yang boleh dibincangkan dengan panjang lebar.

Pandangan rakan2 yg belajar ekonomi dialu2kan.

Saturday, 18 February 2012

2 states solution & pengiktirafan Israel - Part 2

Salam, izinkan saya menambah sedikit;

Tindakan Israel menduduki wilayah Palestin melepasi sempadan 1967, pembinaan separation wall, pembukaan new jewish settlements etc adalah menyalahi undang2 antarabangsa. Oleh itu, sooner or later, Israel perlu berundur dan kembali kepada sempadan 1967

Hamas melihat '2 states solution' sebagai temporary solution (bukan permanent solution) dan merupakan langkah pertama ke arah mendapatkan kembali lebih banyak hak2 rakyat Palestin. Adalah mustahil untuk Hamas re-claim the 'historical Palestine' (Palestine before 1948) tanpa Israel terlebih dahulu berundur ke sempadan 1967. '2 states solution' adalah method ke arah perdamaian/peace dan bukannya pengiktirafan negara Israel.

In fact, WHY should Palestine recognise the existence of Israel sekiranya mereka berundur ke sempadan 1967? sedangkan itu memang hak mereka (mereka hanya re-claim their rights sahaja!).

OK, saya berikan analogi yg mudah. Ali ada sebuah rumah. Rumah itu kemudiannya dirampas oleh Ahmad dan Ali ditendang keluar. Ali bekerja keras dengan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali rumahnya. Namun, selepas 50 tahun, ditambah dengan tekanan jiran tetangga, akhirnya Ahmad offer 30% daripada rumahnya kembali. Adakah ali mahukan 30% ini? Ya, mestilah nak. Namun, Ahmad kata, ali juga perlu iktiraf Ahmad sebagai pemilik 70% daripada rumah tersebut. Ali kata, aku memang nak 30% tu, tapi kenapa aku perlu iktiraf bahawa ahmad adalah pemilik 70% lagi? sedangkan 100% rumah tu memang milik aku. Faham?

Di sini, kita boleh lihat bagaimana media massa shape our understanding on Palestinian issues. Pengunduran Israel ke sempadan 1967 di ceritakan seolah2 ini adalah hak optional Israel dan in return, Palestin MESTI give something back iaitu mengiktiraf kewujudan Israel. Walhal yg sebenarnya, pengunduran Israel ke sempadan 1967 adalah WAJIB sebagai satu proses pemulangan semula hak rakyat Palestin dan pengiktirafan Israel adalah sesuatu yg optional kepada Palestin. Fahami hakikat ini!

Berbalik kepada 2 states solution. Sekiranya Israel berundur ke sempadan 1967, Hamas akan menawarkan genjatan senjata (truce)/keamanan antara kedua2 belah pihak. Ini bermakna kedua2 belah pihak boleh hidup aman dan damai dalam satu tempoh masa yg dipersetujui, i.e 20 years. Genjatan senjata ini boleh direnew dari semasa ke semasa. Ingat, Hamas tidak pernah mengiktiraf Israel. Pengiktirafan terhadap negara Israel bermaksud menerima perampasan tanah2 rakyat palestin. Ia juga bermaksud perjuangan sudah selesai atau Game Over. Hamas memahami bahawa perjuangan sebenar mereka adalah untuk re-claim the 'historical Palestine' (Palestine before 1948), dan sebab itulah mereka tidak mengiktiraf Israel.

Samb...

2 states solution & pengiktirafan Israel - Part 1

Salam.

Setelah membaca penjelasan DSAI dan komen rakan2 di facebook, saya perhatikan, telah berlaku beberapa salah faham terutamanya terhadap pendirian Hamas terhadap '2 states solutions' dan apakah kita boleh menerima 'two states solution' ini?

Ya, Hamas memang mengatakan mereka menerima '2 states solution'. Tapi, Hamas tidak pernah mengatakan bahawa mereka akan mengiktiraf kewujudan negara Israel. Menerima 2 states solution dan mengiktiraf negara Israel adalah 2 perkara yang berbeza. Pendekatan Hamas adalah menerima 2 states solution dan kemudian menawarkan gencatan senjata dengan Israel dalam satu tempoh yang dipersetujui kedua2 belah pihak. Mengiktiraf negara Israel sebagai balasan kepada 2 states solution tidak pernah diterima Hamas. Hanya Fatah pernah bersetuju mengiktiraf Israel sebagai balasan kepada 2 states solution dalam Oslo Accords. Namun, Oslo accords tidak pernah diiktiraf Hamas kerana perjanjian tersebut dibuat secara sulit dan Hamas tidak pernah di consult sebelum perjanjian tersebut di materai. Oslo accords ini juga akhirnya menemui kegagalan kerana keengganan Israel untuk berundur ke sempadan 1967.

Mengapa kita tidak boleh mengiktiraf Israel? Ini kerana, mengiktiraf kewujudan negara Israel secara tidak langsung akan menidakkan hak milik tanah rakyat Palestin yang dirampas oleh Israel sejak 1948. Tanah rakyat Palestin perlu dipulangkan kembali kepada rakyat Palestin. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa Hamas tidak mengiktiraf Oslo accords kerana ini merupakan salah satu bentuk pengkhiatan kepada rakyat Palestin.

DSAI ada mengatakan pandangannya diterima/sama dengan pendirian Jordan dan Arab Saudi. Itu aspirasi negara lain, tapi bukan aspirasi rakyat Palestin. Aspirasi rakyat Palestin bukan sahaja mahukan keamanan tetapi mahukan keadilan, iaitu dengan tanah mereka dikembalikan.

Abdul Rahman Mohmad,
Misi Kasih Palestin (MKP)