Thursday, 17 August 2023

Testing2x

 First post after many years. 

Monday, 21 November 2016

Analisa Pilihanraya AS dan Impaknya Terhadap Masa Depan Palestin

Pengenalan
  1. Kemenangan calon underdog iaitu Donald Trump dalam pilihanraya presiden AS mengalahkan Hillary Clinton telah mengejutkan pelbagai pihak. Trump memenangi 290 electoral votes berbanding Clinton sebanyak 232 votes. Majoriti mudah yang diperlukan untuk menjadi presiden adalah 270 votes. Walau bagaimanapun, Clinton memenangi undi popular dengan margin tipis iaitu 48% berbanding 47% yang dimenangi Trump.
  2. Secara umumnya, Trump mendapat sokongan daripada majoriti pengundi lelaki kulit putih (berpendidikan tinggi dan rendah) dan wanita kulit putih (berpendidikan rendah). Clinton pula mendapat sokongan majoriti masyarakat minoriti yang terdiri daripada kulit hitam, hispanic, asian dll. Walau bagaimanapun, sokongan masyarakat minoriti terhadap Clinton menurun berbanding semasa kemenangan Obama dan ini menjadi penyebab kepada kekalahan Clinton. Peratusan tidak keluar mengundi kekal tinggi sekitar 40%.  
  3. Clinton dan Trump dilihat mempunyai kerangka pemikiran dan pendekatan yang berbeza. Clinton dilihat condong kepada interventionism manakala Trump lebih cenderung dengan isolationism.
  4. Clinton yang mempunyai kecenderungan interventionist berkemungkinan besar akan meningkatkan aktiviti ketenteraan di timur tengah terutamanya di Syria dan Iraq untuk menentang ISIS dan menyokong usaha campurtangan AS dalam politik di timur tengah walaupun melibatkan kos ketenteraan yang besar.  
  5. Trump pula adalah seorang ahli perniagaan yang kurang berpengalaman dalam politik antarabangsa dan timur tengah. Dalam satu temuramah dengan Hugh Hewitt, Trump mengakui bahawa beliau tidak tahu siapakah Hassan Nasrallah, Abu Bakar al-Baghdadi dan tidak boleh membezakan antara Hamas dan Hezbollah.  
  6. Trump dilihat lebih cenderung kepada isu domestik AS dan mementingkan aspek kos dalam menentukan polisi luar AS. Trump menegaskan bahawa AS telah membelanjakan dana yang besar untuk menjaga sempadan dan kepentingan negara lain berbanding memperkuat sempadan AS-Mexico sendiri. Sebagai contoh, Trump mahu NATO dan negara sekutu mereka untuk menggalas beban kewangan yang lebih besar untuk operasi ketenteraan dan pertahanan masing2.  
  7. Trump adalah kritikal terhadap nuclear deal Iran dan telah melabel perjanjian ini sebagai ‘disaster’ kepada US, Israel dan dunia secara amnya. Beliau berjanji akan menghalang US daripada memenuhi komitmen kewangan yang telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut.  
  8. Selepas peristiwa tembakan rambang di Orlando, Trump mengejutkan dunia dengan menyeru agar umat Islam dihalang dan diharamkan daripada memasuki AS.  
Pendirian Trump dan Clinton Terhadap Isu Palestin 
  1. Berdasarkan kenyataan dan ucapan yang dibuat oleh Trump dan Clinton terutama semasa persidangan AIPAC, adalah jelas bahawa kedua2 mereka mempunyai pandangan berat sebelah yang pro-Israel. 
  2. Trump dan Clinton secara umumnya bersetuju dengan 2 states solution. Namun, kedua-dua mereka tidak menjelaskan bagaimana perkara ini dapat dicapai atau dilaksanakan. Mereka juga tidak menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengekang pembinaan penempatan haram Israel di West Bank dan pengunduran tentera Israel ke sempadan 1967. Ini memberi isyarat bahawa mereka cenderung agar perkara ini ditentukan hasil rundingan terus antara Israel dan Palestin. 
  3. Trump bersetuju bahawa rundingan terus (direct negotiation) antara Palestin dan Israel adalah asas kepada mencapai penyelesaian antara kedua belah pihak tanpa melibatkan UN dan komuniti antarabangsa. Trump dengan jelas telah menyatakan akan menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang sebarang resolusi atau syarat daripada dikenakan terhadap Israel oleh UN. Ini bermakna isu-isu penting seperti status Jerusalem, pelarian dan sempadan kedua negara akan ditentukan hasil rundingan antara Palestinian Authority dan Israel. Rundingan terus seperti ini pastinya akan dipengaruhi oleh balance of power antara kedua-dua belah pihak yang terlibat dan tentunya menyebelahi Israel (yang mendapat bantuan ketenteraan daripada AS berbillion dollar). Tanpa tekanan antarabangsa, Israel bebas mengenakan sebarang syarat terhadap Palestin untuk mendapat sebanyak mungkin konsesi.  
  4. Pada Sept 2016 lalu, pentadbiran Obama telah bersetuju untuk memperbaharui kontrak bantuan ketenteraan AS kepada Israel berjumlah $3.1 billion setahun yang akan tamat pada 2019. Menerusi perjanjian baru ini, AS bersetuju untuk meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel kepada $3.8 billion setahun sehingga 2029. Trump tidak memberi sebarang komen secara spesifik terhadap perjanjian baru ini dan ianya dijangka tidak berubah dibawah pentadbiran baru Trump.   
  5. Semasa ucapannya di persidangan AIPAC, Trump berjanji akan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem sekiranya memenangi pilihanraya presiden. Namun, berkemungkinan besar, ianya tidak akan ditunaikan dan merupakan janji kosong  dihadapan pelobi Zionist.  
  6. Kedua-dua Trump dan Clinton menentang idea penentangan bersenjata (armed resistance) oleh Palestin. Namun, Trump dilihat mempunyai kebencian khusus terhadap penentangan bersenjata dan gerakan islamis berbanding Clinton. Trump menuduh Hamas dan Islamic Jihad menggalakkan keganasan dan menanam kebencian terhadap bangsa yahudi dikalangan kanak2 Palestin. Beliau juga menyalahkan pihak Palestin atas kegagalan rundingan sebelum ini disamping memuji Israel yang konsisten terhadap keamanan.   
Kesimpulan dan Cadangan

  1. Keputusan pilihanraya AS menunjukkan bahawa rakyat AS lebih mementingkan isu domestik seperti ekonomi, pengganguran, percukaian dan kesihatan berbanding polisi luar AS. Oleh sebab itu, pada jangka masa pendek, pentadbiran Trump dijangka akan memberi fokus kepada isu domestik berbanding polisi antarabangsa. 
  2. AS dibawah pentadbiran Trump dijangka akan terus menyokong Israel melalui (i) bantuan ketenteraan tahunan yang bernilai berbillion dollar dan (ii) sokongan politik dalam UN  
  3. UN Security Council tidak akan memberi pengaruh besar dalam menentukan halatuju pelan perdamaian dan seterusnya mendedahkan pihak Palestin kepada ketidakseimbangan kuasa yang tidak menyebelahi mereka.
  4. Untuk mendepani cabaran-cabaran di masa hadapan, rakyat dan gerakan pembebasan Palestin perlu:

a.    Meneruskan usaha penyatuan antara dua gerakan utama iaitu Hamas dan Fatah serta menyelesaikan isu representasi untuk rakyat Palestin.

b.     Kekal neutral dan berhati-hati agar tidak terlibat dalam kancah politik dalaman negara-negara Arab lain.
c.  Bersedia terhadap kemungkinan pentadbiran Trump akan mengenakan tekanan kewangan terhadap negara2 teluk dan seterusnya mengehadkan bantuan kepada rakyat Palestin dalam usaha memberi tekanan kepada mereka untuk memberi lebih konsesi dalam rundingan
d.  Bersedia terhadap kemungkinan tindakan agresif terhadap kumpulan pembebasan bersenjata seperti Hamas dan Islamic Jihad oleh pentadbiran Trump.
e.     Bersedia terhadap kemungkinan perubahan landskap politik timur tengah sekiranya AS mengambil keputusan untuk mengurangkan penglibatan dalam politik timur tengah yang boleh memberi ruang kepada dominasi Russia dan Iran. 

 Dr. Abdul Rahman Mohmad
Aktivis MyCARE

*artikel ini adalah hasil pemerhatian penulis, pembacaan2 berita dan pelbagai artikel yang ditulis pemerhati politik timur tengah
 

Friday, 17 June 2016

CORETAN POLITIK TANAHAIR - BAHAGIAN 1: BAGAIMANA PAS BERUBAH?

[CORETAN POLITIK TANAHAIR - BAHAGIAN 1]
***artikel ini bukan berniat untuk tujuan provokasi terhadap ahli atau penyokong mana2 parti politik tetapi lebih kepada pandangan dan pengamatan penulis terhadap situasi politik tanahair.

Saya amat tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan bahawa "PAS kini bersendirian dan tidak mempunyai sekutu, sebab itulah dia berjuang disisi Najib" [http://www.malaysiakini.com/news/344997]. Artikel ini mengingatkan saya kepada kata-kata Anis Matta dalam pidatonya mengenai pengalaman PKS (Partai Keadilan Sejahtera) di Indonesia. Beliau berkata bahawa setiap parti politik mempunyai 3 fasa utama:
Fasa 1: Setiap parti perlu mengintegrasi dalam sistem politik nasional dan kekal dalam arus perdana (mainstream). Sebab itulah, kebanyakkan parti terlibat dalam coalition atau pakatan di peringkat nasional. 
Fasa 2: Menjadi kekuatan utama atau mendominasi koalisi politik mereka. Sebagai contoh, UMNO adalah kekuatan dan dominasi utama BN.
Fasa 3: Meyakinkan keseluruhan rakyat bahawa mereka boleh memimpin (rentas coalition).

Apabila memerhati situasi politik tanahair, terutamanya PAS, saya beranggapan bahawa kata-kata Anis Matta ini ada kebenarannya. Apabila PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini bermakna bahawa mereka telah keluar daripada sistem politik arus perdana. Dari segi politiknya, ini tentu sekali adalah one step backward. Oleh sebab itu, tidak lama kemudian, PAS terpaksa membuat pakatan baru dengan parti IKATAN, walaupun parti baru ini tidak mempunyai apa-apa pengaruh. Malah boleh memberi baggage tambahan kepada PAS. 
Atas dasar ini jugalah, PAS yang kini keseorangan lebih cenderung untuk dilihat memperjuangkan bangsa Melayu. Suka atau tidak, DS Najib dan UMNO adalah satu-satunya parti utama yang boleh dijadikan sekutu kepada PAS pada ketika ini. Ini jelas dapat dilihat daripada ucapan dan pakaian ala pahlawan kepimpinan PAS semasa muktamar mereka baru-baru ini. Inilah apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dalam artikel Malaysiakini diatas. Beberapa hari lepas juga, presiden PERKASA mengatakan bahawa PAS kini sudah hendak menjadi seperti mereka (PERKASA). 
Wallahua'lam. 

Pena Biru

Sunday, 24 May 2015

PERANAN AKADEMIA DALAM PEMBINAAN NEGARA RAHMAH


Berikut adalah catatan yang sempat saya ambil daripada syarah Ustaz Dr. Sheikh Mohd Parid, Presiden IKRAM berkaitan tajuk di atas dalam Konvensyen Akademia IKRAM 2015. *Ini adalah catatan sendiri dan mungkin tidak berapa lengkap

1. Ciri2 negara Rahmah:
a. Memberi kebaikan kepada penghuninya
b. Berdiri di atas hakimiah Allah
c. Maqasid Syariah menjadi asas pentadbiran
d. Keadilan manusia sejagat
e. Mengamalkan proses syura dan muafakat
f. Urus tadbir yang baik
g. Masyarakat berilmu, rasional dan bersikap tolak ansur

2. Peranan academia secara makro (umum):
a. Membangun kewibawaan dan integriti diri, menjadi ilmuan contoh dan idola kepada pelajar dan masyarakat.
b. Memimpin masyarakat untuk menegakkan negara Rahmah
c. Menerajui usaha untuk menasihati kepimpinan (agar sentiasa bersikap waras)
d. Membangun kecelikkan umat dalam pelbagai bidang (politik, ekonomi, sosial etc)
e. Membangun budaya keilmuan dan rasional dalam masyarakat
f. Membangun pemimpin masa depan yang akan membina negara Rahmah
g. Membangun jatidiri/personaliti pelajar dan masyarakat
h. Memperjuangkan dunia yang mesra kehidupan (green energy, environment), habitatnya dan manusia
i. Membangun kemakmuran global untuk umat sejagat

3. Peranan academia secara mikro (dalam bidang):
a. Membangun teknologi dan hasil baru dalam bidang
b. Membangun pelajar dalam bidang dengan holistic
c. Membangun kepakaran dalam bidang
d. Membangun pelapis sebagai pewaris
e. Membangun budaya pengkaji dalam bidang (passion researcher)
f. Meninggalkan literature untuk generasi baru
g. Menunjukkan aplikasi ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan
h. Membina polisi2 berkaitan bidang
i. Menggunakan langkah2 kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah umat
j. Mesra manusia dan alam dalam urusan
k. Memberi solusi yang praktikal untuk menyelesaikan masalah dalam bidang
l. Memindahkan kepakaran kepada umat/negara yang memerlukan
m. Memperjuang ilmu untuk kedamaian dan manfaat manusia

Friday, 25 April 2014

[Siri Inovasi 1] Chinese Firm 3D Prints 10 Homes in 24 Hours

http://blogs.wsj.com/corporate-intelligence/2014/04/15/how-a-chinese-company-built-10-homes-in-24-hours/?mod=e2fb
Chinese companies have been known to build major real-estate projects very quickly. Now, one company is taking it to a new extreme. Suzhou-based construction-materials firm Winsun New Materials says it has built 10 200-square-meter homes using a gigantic 3-D printer that it spent 20 million yuan ($3.2 million) and 12 years developing. Such 3-D printers have been around for several years and are commonly used to make models, prototypes, plane parts and even such small items as jewelry. The printing involves an additive process, where successive layers of material are stacked on top of one another to create a finished product.
Winsun’s 3-D printer is 6.6 meters (22 feet) tall, 10 meters wide and 150 meters long, the firm said, and the “ink” it uses is created from a combination of cement and glass fibers. In a nod to China’s green agenda, Winsun said in the future it plans to use scrap material left over from construction and mining sites to make its 3-D buildings.
Winsun says it estimates the cost of printing these homes is about half that of building them the traditional way. And although the technology seems efficient, it’s unlikely to be widely used to build homes any time soon because of regulatory hurdles, Mr. Chen said.
The Chinese firm isn’t the first to experiment with printing homes. Architects in Amsterdam are building a house with 13 rooms, with plans to print even the furniture. The Dutch architect in charge of the project said on the project’s website it would probably take less than three years to complete.

Thursday, 12 December 2013

Bank : Institusi tamak dan hipokrit?

Sebelum ini, perception saya mengenai bank sangat positif. Bank adalah institusi yang sangat penting terutamanya dalam membangun negara. Bekerja dgn bank pula adalah pekerjaan yang dipandang tinggi.

Namun, bila semakin lama saya ikuti perkembangan bisnes, perception saya mula berubah. Saya dapati bahawa bank adalah institusi yang paling tamak dan hipokrit. Mungkin merekalah duri dalam daging/musuh dalam selimut dalam masyarakat yang perlu kita jinakkan dan kawal. Kenapa saya berkata demikian? Biar saya jelaskan.

Pertama, bila kita deposit wang dalam akaun simpanan, bank akan gunakan wang deposit kita untuk investments, loans etc untuk mendapatkan keuntungan. Dengan kata lain, deposit kita adalah sumber kewangan bank dan kalau kita tidak deposit, maka bank tiada modal. i.e bank memerlukan kita. Namun, apabila bank invest duit simpanan kita, ratio keuntungan yang diberi adalah ~5% utk pendeposit dan ~95% bank. Saya tahu ratio ni pun masa akad nak buka akaun simpanan (islamic) di sebuah bank. Kalau bank konvensional, ratio 5:95 ni tak pernah diberitahupun pada kita.

Namun, bila kita nak buat loan dengan pihak bank, mereka kenakan interest/kadar keuntungan yang berlipat kali ganda. Padahal mereka dapat modal pun daripada kita (dan investor2 lain). Contohnya, kalau kita buat loan rumah RM300k, kadar interest yang dikenakan pada kita sekitar Rm300k juga. Mereka charge kita ~100% keuntungan. Bare in mind, bila kita deposit duit dengan mereka, mereka bagi 5% sahaja.

Namun, apa jadi kalau bank nak bankrupt? First step, mereka minta government/ other agencies untuk bail out mereka. Kalau tak cukup, maka pendeposit akan menjadi mangsa. Contoh terbaru adalah di Cyprus di mana dua bank terbesar di sana hampir bankrupt (http://www.bbc.co.uk/news/business-21922110). Government pula tak mampu untuk bailout sebab saiz kedua2 bank ini jauh lebih besar daripada pendapatan kerajaan. Jadi, mereka telah ambil decision untuk freeze akaun2 yang mempunyai deposit >100,000 euro. Contohnya, kalau kita simpan 200k di bank tersebut, 100k boleh kita guna manakala 100k lagi digunakan untuk bailout/selamatkan bank tersebut daripada bankrupt.

Mesejnya di sini, bila bab2 untung, bankla yang kaut paling banyak sekali. Pendeposit dapat ciput saja. Namun, bila bank nak bankrupt, wang pendeposit juga menjadi mangsa. Dengan kata lain, dalam keadaan bank untung atau rugi, pendeposit sentiasa 'tertindas' manakala bank sentiasa untung.

Satu aspek lain adalah kes2 salah laku yang dibuat oleh bank2 yang menunjukkan mereka sangat tamak dan hipokrit. Untuk 2 tahun ini saja, saya telah jumpa 3 kes salah laku bank.

Kes 1, Oct 2013 : JP Morgan didenda USD 13 Billion oleh mahkamah US disebabkan menjadi punca utama kegawatan ekonomi tahun 2007. Produk kontroversi mereka adalah mortgage-backed securities.

http://www.bbc.co.uk/news/business-24599345

Kes 2, 2012 : Libor-fixing scandal melibatkan UK dan european banks

http://www.bbc.co.uk/news/business-18671255

Kes 3, hari ni! : EU denda 8 banks berjumlah £1.4billion kerana menjalankan sindikit haram (illegal cartel) for rate-rigging. EU commissioner mengatakan bahawa dia personally terkejut bagaimana bank2 yang sepatutnya bersaing sesama mereka boleh berpakat dalam sindiket haram. Sindiket mereka terdedah apabila ada 2 bank yang berpaling tadah (UBS dan Barclay). Walaupun mereka terlibat, tapi mereka tidak didenda kerana memberi kerjasama dalam siasatan. Di hadapan kita, mereka memperjuangkan bahawa free market adalah sistem yang bagus. Tapi di belakang, mereka menjalankan sindiket haram untuk keuntungan mereka.

http://www.bbc.co.uk/news/business-25215560

Kalau kita baca di web http://gata.org/ pula, mereka mendakwa bahawa bank2 juga menjalankan illegal cartel untuk suppress gold market. Bank2 tidak mahu kita kembali kepada sistem emas. So, wonder how many illegal cartels yang dilakukan oleh bank2 yang tidak diketahui semata2 untuk keuntungan mereka?

Banyak soalan yang boleh kita utarakan. Bagaimana hendak mengawal sistem perbankan sedia ada? Bagaimana hendak menukar bank daripada profit driven yang melampau sehingga menindas orang kepada lebih reasonable dan bermatlamat membangun dan memakmurkan dunia ini?