Saturday 19 December 2009

Kalau berani buatlah PhD

Semenjak 2 menjak ni, ramai groupmates saya yang tamat dalam PhD mereka. Andrew mengharungi viva nya kira2 2 bulan yang lalu, Fadzlin bulan lepas dan Wai Mun minggu lalu. RA dalam group kami iaitu Lionel pun akan tamat kontraknya pada bulan April tahun depan. Bila melihat mereka yang sudah habis viva ni, terfikir pula macam manalah nasib aku nanti. Selalunya, apa yang terbayang dalam kepala ialah satu perjalanan yang masih jauh. Begitu jauh. Sangat jauh.

Masa mula2 saya buat PhD, ramai orang kata, apa yang kita buat masa first year ni biasanya tak contribute untuk final thesis. Term yang selalu orang guna ialah 'donkey year'. Mula2 saya memang tak percaya atau refuse untuk percaya. Tapi, setelah 8 bulan menjadi PhD student, nampaknya kata2 mereka benar belaka. Walaupun sudah hampir setahun, saya masih lagi tiada results untuk di report.

PhD sangat berbeza dengan Degree and Masters. Untuk degree dan Masters, kita diberi silibus, belajar silibus tersebut dan exam. Project pula adalah straightforward, nothing to lose kind of project dan telah di designed supaya at the end of the project duration, you are guaranteed to get results that you can report. PhD pula sangat berbeza. Dalam PhD, there are elements that you can and can't control, elements of uncertainty and unpredictability, involves a lot of money and you are not guaranteed to get results. In some cases, it also involves internal politics and bureaucracy. That's why sometimes PhD can be so frustrating. Saya teringat kata2 kak Fadzlin dalam email dan blognya,

"Teringat saya kata-kata seorang senior PhD disini masa saya mula2 start buat phD dulu (kak salmiah kasolang kalau sesiapa mengenali beliau)...she said to me 'Fadzlin, every phd candidate has his/her own unique story'... memang benarlah, setiap satu drp kita akan ada perjalanan phd yg unik....ada yg 2 tahun dah siap, ada yg 7 tahun belum siap...ada yg pelbagai ujian dtg menimpa, kalau tidak ujian drp supervisor or academic wise, ada pula cabaran drp keluarga etc....tapi. ..yg pastinya, Allah tidak akan menguji kita lebih drp kemampuan kita masing2...jadi jika ada cabaran mendatang, sudah pasti kita mampu menghadapinya. ..if we persevere, janji Allah pada kita...Innamal 'usri yusra...selepas kesusahan pastinya ada kesenangan.."

Fokus PhD saya agak berbeza berbanding rakan2 dalam group kami (Impact Ionisation Group aka IIG). Ini kerana expertise group kami ialah characterisation of avalanche photodetectors. Namun, untuk PhD saya, saya bukan sahaja involve dengan device characterisations, malah juga akan involve dengan growth and material characterisations.


V90 Molecular Beam Epitaxy

Di Sheffield, ada 2 MBE machines untuk tujuan growth; V80 dan V90. Kedua2 mesin ini sebenarnya milik dan diuruskan oleh National Centre for III-V Semiconductor (NC). Kedua2 mesin ini bukan sahaja supply samples untuk Uni of Sheffield, tetapi untuk Uni2 lain di UK seperti Surrey, Bristol, etc. Aktiviti growth dijalankan oleh 2 orang grower (mempunyai PhD qualification) yang merupakan staff NC. Based on their system, they don't allow students to do growth. Mungkin disebabkan mesin MBE tersebut mahal (the machine plus all the piping cost more than a million pounds), growth involves dealing with highly toxic gaseous (arsine, phosphine) that can cause fatality and not properly trained personnel can easily damage it.


V80 MBE


V80 MBE

Disebabkan perkara2 yang dinyatakan diatas, arrangement untuk membolehkan saya di trained sahaja telah mengambil masa berbulan lamanya. Mungkin position John sebagai Head of Department sedikit sebanyak telah mempercepat proses tersebut. Kini, growth training saya telahpun bermula. Intensive training tersebut sahaja dijangka akan mengambil masa 6-9 bulan. (Ini bermakna saya tidak akan mempunyai sample sendiri serta results dalam 6-9 bulan akan datang. Nampaknya terpaksalah den transfer bila dah 2 tahun. huhu).

Mudah2an training tersebut akan berjalan lancar. Di Malaysia hampir tiada grower. Hopefully, I can become an expert in growth and contribute my expertise.