Monday 27 April 2009

Bolehkah itu, Bolehkah ini........

Material dibawah adalah perbualan YM saya dengan seorang rakan (telah dipendekkan sedikit). Sama2 kita renungkan....

amiril: man ko penah dgr soalan2 camni?
amiril: bolehkah allah menjadikan air itu sebagai api, dan api itu sebagai air?
amiril: bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi
amiril: bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?

Abdul Mohmad: ni soalan b***h la
Abdul Mohmad: aku penah dgr soalan yg lebih kurang mcm ni gak. mane ko dpt soalan ni?

amiril: aku tanye ko je kot2 ade jawapan best
amiril: dpt kat blog. blog tu xterang jawpan lg. tp ade jwpn dr pengkomen, yg best aku rasa.
amiril: jawapan pedang: hal ini amat mudah sekiranya kamu melihat bahawa perisai itu adalah pedang, dan pedang itu adalah perisai. dan itulah hati sang mukmin, yang teguh.
amiril: jawapan api: api sejuk seperti air, air boleh membinasa spt api.
amiril: sejuk dlm kisah nabi ibrahim, membinasa dlm kisah firaun dan tenteranya
amiril: soalan pencipta terhebat: ALLAH xkn mencipta sesuatu itu dengan sia2..stiap ciptaannya ada tujuan n sbb diciptakan. seorang pencipta itu mencipta sesuatu yang lebih hebat, dan berkuasa dari dirinya sendiri?
amiril: maha suci allah, dijadikan makhluk untuk memperhambakan diri kepada nya. akhir kata, manusia menyangka mereka mempunyai tipu daya yang hebat, sedangkan tipu daya tuhan, lebih hebat dari itu.

Abdul Mohmad: jwpn yg bijak
amiril: jwpn tu bg aku bukan stkt bijak je...tp cuma bole kluar dr mulut org2 yg ... spesel aka beriman aka mukmin
Abdul Mohmad: + org yg berfikir. kalu x berfikir, xleh gak jawab camtu

amiril: ko penah dgr soalan camni lak. cerita pasal seorg pakcik yg soleh sedang amik wudhu kat dlm toilet plane, pastu ditegur seorg peramugari
amiril: stwds tu ckp: pakcik xboleh basuh kaki dlm kabin air ni, nnt kotor
amiril: pastu pakcik tu jwb dgn soalan, berapa kali dlm sehari cik basuh muka cik?
amiril: stwdss tu jwb, 2 kali sehari
amiril: pastu pakcik tu balas: rupanya kaki saya lebih bersih dr muka cik
amiril: cik td dah merah n tanya plak, nape?
amiril: pakcik yg soleh ni jawab, sbb pakcik basuh kaki pakcik 5 kali sehari.

Kemudian, saya teringat yang petang tadi semasa berada di tandas di universiti saya, saya terjumpa sign dibawah.


Tak paham?

Wednesday 8 April 2009

Superman, Smallville and Jewish


Saya baru sahaja selesai menonton siri terbaru Smallville, episod 18 musim ke-8. Saya telah mengikuti siri ini sejak musim ke 4 lagi dan tidak pernah tertinggal walaupun satu episod. Dalam beberapa episod lepas, Clark Kent ada berjumpa dengan 'The Legion' yang datang dari abad ke-31. Mereka memberitahu bahawa pada masa hadapan, Clark Kent aka Superman adalah lagenda yang di kenali di seluruh pelusuk galaksi kerana beliaulah yang telah membuatkan manusia belajar untuk menerima 'alien' immigrant' atau makhluk asing pendatang dengan hati terbuka. Begitu hebat sekali kisah hidup Clark Kent.

Tidak lama yang lalu, semasa di Malaysia, saya ada terbaca sebuah artikel di akhbar yang ditulis oleh Datuk Johan Jaafar mengenai bagaimana Yahudi memperluaskan pengaruh mereka melalui watak superhero. Beliau mengambil contoh, Superman.

Superman adalah watak yang direka oleh 2 orang muda berbangsa Yahudi. Pada ketika itu (Perang Dunia pertama), kaum Yahudi sedang ditindas dan watak superhero Superman dicipta untuk menjadi sumber inspirasi kepada kaum mereka.

Dalam kisah Superman, demi menyelamatkan Clark Kent yang ketika itu masih bayi, ibu bapa kandungnya telah meletakkan dia ke dalam sebuah kapsul dan di lepaskan ke bumi sebelum Planet Krypton musnah. Kemudian terdamparlah Clark di bumi sebelum di jumpai dan dibela oleh Jonathan dan Martha Kent. Sebenarnya, kisah tersebut diadaptasi daripada kisah Nabi Musa yang dimasukkan ke dalam bakul dan dihanyutkan ke sungai.

Dalam kisah Superman juga, Clark adalah makhluk asing dari Krypton yang tinggal di bumi. Begitu jugalah keadaan kaum Yahudi yang merasakan diri mereka begitu asing ketika mula-mula tiba di US.

Nama sebenar Clark ialah Kal-el, bapanya Jor-el etc.... Semua nama watak-watak ini adalah nama-nama tuhan mereka.

Selain daripada Superman, banyak lagi watak-watak superhero yang terkenal di seluruh dunia adalah hasil ciptaan orang Yahudi. Setiap satunya mempunyai maksud yang tersirat yang ingin di sampaikan oleh mereka.

PS: untuk maklumat tambahan, boleh Google sendiri. Saya tidak punyai banyak masa untuk google dan hanya tulis apa yang saya ingat.